Parenting Guna alat pencegahan kehamilan selamat November 3, 2011

Spread the love

Wanita pada zaman Mesir kuno pula menggunakan kurma dikisar bersama kulit pokok Acacia dan madu yang disapu pada kapas. Kapas ini kemudian dimasukkan ke dalam vagina. Campuran kulit kayu Acacia, madu dan kurma bertindak sebagai agen untuk mematikan sperma manakala kapas pula bertindak sebagai penghalang kepada sperma daripada terus masuk ke ruang rahim.

Lebih mengejutkan apabila masyarakat dalam tamadun China kuno menggunakan merkuri sebagai pencegah kehamilan. Wanita pada zaman itu dinasihatkan untuk meminum merkuri panas bagi menghalang daripada mengandung manakala di sekitar Asia Selatan dan Tenggara, betik muda sangat kaya dengan phytokimia
yang boleh menghalang penghasilan progesteron untuk proses penempelan.

Namun pada zaman moden ini, terdapat pelbagai alat pencegahan kehamilan yang diyakini selamat dan berkesan boleh digunakan antaranya:

i) Pil perancang

 
Bagaimanapun, kebanyakan wanita berkerjaya tidak memilih jenis ini kerana keberkesanannya kurang akibat terlupa. Ada pula mengatakan kesan sampingan seperti kenaikan berat badan namun semuanya bergantung kepada gaya hidup wanita.

ii) Gelung getah (nuva ring)
Sejenis kaedah halangan oleh wanita iaitu ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat �sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu lima peratus.

iii) Suntikan
Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan kehamilan adalah tinggi iaitu 99.7 peratus. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari kerana suntikan dilakukan setiap tiga bulan sekali.

Kaedah ini amat berkesan bagi wanita berkerjaya serta sering menjalankan tugasan luar kawasan. Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah ini menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

iv) Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9 peratus bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga tiga tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu yang menyusukan anaknya.

v) Kondom
Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran serta pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan.

vi) Alat dalam rahim (IUCD)

Kaedah perancang keluarga ini boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh terbabit, ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4 peratus. Selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

 

P/S : Daku guna yang no. 5 🙂 selamat, takmo mkn ubat…

Spread the love

Tags : ,

14 Comments

  • HappyIrfa posted on November 3, 2011 at 6:17 am

    saya pakai pil je tak berani lagi cube yg lain..w,pun bahana pil ni badan saya semakin kembang.huhu

    sori yer nak bgtau..blog awak ni saya suka jenguk tapi background tu comel sgt smpi x nampak tulisan.
    maaf yer,jangan kecik ati.esok sy datang lagi 🙂

    Reply
  • LiLy @ MumMyQiStInA posted on November 3, 2011 at 6:26 am

    masa mula2 dulu lily mkn ubat..tapi selalu jer terlupa..pastu amik suntikan..pastu tukar lagi makan ubat..tapi selalu jer pening2..& sekarang tak pakai apa2 dah..nak bagi Qis adik.. 😀

    Reply
  • Qaseh posted on November 3, 2011 at 6:37 am

    dulu sy guna pil je…alhamdulillah ok je…
    skrg baby dah 6 bulan still xde period lagiii coz sy fully breastfeeding

    Reply
  • fieda posted on November 3, 2011 at 6:52 am

    kita tak pernah sentuh apa2 pun bahan perancang aju..dok rancang sdiri jer..tp alhamdulillah la takder la anak rapat2…

    Reply
  • ♥MAMASYAZA♥ posted on November 3, 2011 at 6:59 am

    akak pakai IUCD. dulu penah makan ubat. sampai nak termuntah asik telan pil perancang. Dr. nasihatkan akak pakai je alat ni. Tahun depan genap 3 thn akak pakai alat ni. syukur alhamdullillah setakat ni tiada sebarang masalah. period pun ok.

    Reply
  • Bui Junaidi posted on November 3, 2011 at 7:04 am

    bui rancang sendiri2 jer..hubby bagi kerjasama..hehe

    Reply
  • :: Mrs.Eady :: posted on November 3, 2011 at 7:25 am

    hurm…

    Reply
  • Nafisa81 posted on November 3, 2011 at 7:27 am

    aku pakai maajun anggun bistari…setakat ni masih selamat…

    Reply
  • (Lizz) http://www.mummycute.com/ posted on November 3, 2011 at 7:41 am

    saya tak pakai aper2…cuma pakai kalender kesuburan…ok lagi la buat masa skang..

    Reply
  • kakngah posted on November 3, 2011 at 8:07 am

    pernah makan pil. selalu terlupa.
    kendian period pun lari.

    kendian rancang dgn kaedah kira hari. alhamdulillah…. dpt la jarak adeeb & adief dlm 4 tahun.

    lepas ni ingt nak cuba implan pulak. tak pun aku BTL jek terus. lagi senang kehkehkeh!!!

    Reply
  • wahida posted on November 3, 2011 at 8:10 am

    aku mkn pil…

    aku sgt respek org yg tak ambik sebarang pencegahan, rancang sendiri je…mmg respek abes…

    Reply
  • aanie posted on November 3, 2011 at 8:24 am

    aanie tak guna alat pencegahan langsung…..huhuh…
    implan tu mcm menakutkan je tgk jarum tuh…

    Reply
  • fiza posted on November 3, 2011 at 8:40 am

    Daku natural planning sajork. Tak suka nak makan² obat nih, sbb selalu skip.

    Reply
  • Izan Ishak posted on November 3, 2011 at 8:58 am

    izan pernah makan pil masa anak 1st. masa 2nd makan jgk tp asyik terlupa je smpai dpt twin terus.

    skrg ni merancang sendiri aje. selagi bos kata NO bby… selamat lagilah…hehe

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge