Uncategorized Ally Iskandar & Farah Lee Sah Bergelar Suami Isteri January 20, 2012

Spread the love

Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.


Spread the love

Tags : ,

14 Comments

  • aanie posted on January 20, 2012 at 3:30 am

    ally dpt replika je…farah dpt rumah…bestnya!!!

    Reply
  • Nazayiena posted on January 20, 2012 at 3:33 am

    Tahniah buat Ally dan Farah,akhirnya berakhir juga zaman bujang Ally….

    Reply
  • mama tisya posted on January 20, 2012 at 3:34 am

    muda wifenye

    Reply
  • ~izan~ posted on January 20, 2012 at 3:42 am

    Alhamdulillah selamat dah semua..cantik manis si isteri…Ally dah lama bekerja keras,mesti sediakan yg terbaik utk isterinya.bertuah bdn dpt rumah jd hantaran =)

    Reply
  • mamaNoriz posted on January 20, 2012 at 4:13 am

    syukur,
    ally bertemu jua dgn gadis idaman kan…

    Reply
  • Salina@IbuAqil posted on January 20, 2012 at 6:05 am

    Alhamdulillah!! Moga kekal ke akhir hayat!! Comel sggh bini dia.. 😉

    Reply
  • fiza posted on January 20, 2012 at 6:59 am

    Mudanya isteri dia. SMoga bahagia.

    Reply
  • zaty luvlianncezzz posted on January 20, 2012 at 8:02 am

    semoga berkekalan lah dowg ea =)

    Jum hayati di sini (^o^)
    kenapa Allah temukan kita dgn orang yg salah?

    Reply
  • Izan Ishak posted on January 20, 2012 at 8:41 am

    syukurlah semuanya dah selamat… selamat pengantin baru buat ally n farah!

    Reply
  • fieda posted on January 20, 2012 at 9:51 am

    semoga dorang ni kekal ye aju..

    Reply
  • umialya posted on January 20, 2012 at 10:11 am

    mg kekal akhirnya

    Reply
  • Bui Junaidi posted on January 20, 2012 at 11:05 am

    ALHAMDULILLAH,SEMOGA DIA ORG BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on January 20, 2012 at 4:30 am

    Alhamdulillah.. akhrnya kahwin dah ally..

    Reply
  • LiLy @ MumMyQiStInA posted on January 21, 2012 at 2:35 am

    Tahniah…cantik wife dia..^^

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge