Uncategorized Hubungan ini menyeronokkan – Ally Iskandar January 17, 2012

Spread the love

PERANCANGAN pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.

Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.

Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: “Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

“Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur,” katanya dalam nada mesra.

Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.


Spread the love

Tags : ,

13 Comments

  • anisalya posted on January 17, 2012 at 10:54 pm

    sama cantik sama padan. muka pun dah nak dekat sama.

    Reply
  • Ena posted on January 17, 2012 at 11:57 pm

    moga majlis mereka berjalan lancar dan dipermduahkan.. moga juga jodoh mereka buat selamanya..

    Reply
  • *azni* posted on January 18, 2012 at 12:25 am

    cantik la farah tu..sepadan la dorang berdua tu..

    Reply
  • amirah posted on January 18, 2012 at 12:35 am

    comel sgt2 farah ni..moga kekal ke akhir hayat

    Reply
  • ~ yus ~ posted on January 18, 2012 at 12:40 am

    sukalah tgk farah tu.

    Reply
  • @e_da posted on January 18, 2012 at 12:46 am

    sweetla bakal isteri ally ni.. semopga berbahagia

    Reply
  • Amiizaa2001 posted on January 18, 2012 at 1:48 am

    cantek ada iras…memang sepadan:)

    aju: cantek layout baru:) akak sampai tk pandai nak klik kat mana utk komen…hehehehhe

    Reply
  • Nazayiena posted on January 18, 2012 at 2:23 am

    Cantik farah tu,harap dia jodoh Ally selamanya….

    Reply
  • Bui Junaidi posted on January 18, 2012 at 5:07 am

    BERBULAN MADU DI KOREA..?BUI NAK IKUTLAH..HAHAHA

    Reply
  • mamaNoriz posted on January 18, 2012 at 9:42 am

    hepi sgt utk Ally, semoga smeua baik2 je

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on January 18, 2012 at 6:16 am

    cantiklah farah tu… manis je muka dia 🙂

    Reply
  • kayyana posted on January 19, 2012 at 1:20 am

    comel nyer muke bakal wife die nih… sweet je

    Reply
  • wan nurul hezrina posted on January 19, 2012 at 3:12 am

    alah walaupun beza umur 13tahun tp elly nampak awet mudakan aju??farah lee nie adik beradik amy lee ker..hikhik..

    cumil gtoll bakal bini dia n nampak baik

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge