Uncategorized Kad Perkahwinan Ally Iskandar Dan Farah Lee January 14, 2012

Spread the love

Tinggal seminggu sahaja lagi Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli akan menjadi isteri kepada pengacara dan penerbit TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi. Kini, segala-galanya sudah siap disediakan bagi menempuh hari bahagia itu termasuklah kad undangan perkahwinan mereka.

Myartis yang sebelum ini pernah membuat pelbagai cerita menarik tentang hubungan Farah dan Ally, ingin mengambil kesempatan mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ kepada pasangan serasi ini. Semoga perkahwinan itu nanti akan berkekalan hingga ke anak cucu memandangkan Ally mendapat seorang gadis yang cukup manis dan kuat imannya.

Berikut adalah serba sedikit biodata Farah dan Ally:

Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli dilahirkan pada 12 Mac 1989 dan pernah menuntut dalam jurusan Mechanical Engineering di Universiti Inha, Korea Selatan. Pegangan Farah – Live for Allah. Die for Allah.

Ally Iskandar Mohd Mardzi pula lahir pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu sebelum menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem dari University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.


Spread the love

Tags :

9 Comments

  • ♥MAMASYAZA♥ posted on January 14, 2012 at 5:04 am

    farah ni mmg cumelkan

    Reply
  • LiLy @ MumMyQiStInA posted on January 14, 2012 at 5:18 am

    Tahniah..moga berkekalan hingga kehujuing nyawa..
    muda & cute Bakal wife ally ni..

    Reply
  • ainnoraini posted on January 14, 2012 at 5:18 am

    Semoga berkekalan…sama cantik…

    Reply
  • fieda posted on January 14, 2012 at 5:38 am

    semoga mereka kekal la kali ni kan aju..

    Reply
  • Nini D.. posted on January 14, 2012 at 6:52 am

    wah….
    gojess kad kawen diaoeg..

    Reply
  • LiNda posted on January 14, 2012 at 6:52 am

    kad kawin dorang cntik..smoga pasangan ni berkekalan ke akhir hayat..:)

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on January 14, 2012 at 9:21 am

    smg mereka kekal hgga akhi hayat… 😉

    Reply
  • Bui Junaidi posted on January 15, 2012 at 11:24 am

    ALHAMDULILLAH,SAMPAI SUDAH JODOH ALLY..SEMOGA DIA ORG BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYA..AMIN

    Reply
  • wan nurul hezrina posted on January 17, 2012 at 1:50 am

    lawolah bini dia nnt..2,2pun belajar tinggi

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge