Entry Terkini dan panas...

Wednesday, February 29, 2012

Mawi dikurnia cahaya mata selepas tiga tahun berumah tangga

KUALA LUMPUR - Selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga dan dua kali mengalami keguguran kandungan, akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama sebenarnya Nor'ashikin Rahmat, 33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi.

Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun ketika dihubungi Kosmo! nyata cukup teruja kerana dapat bergelar seorang bapa.

"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin sewaktu melahirkan anak sulung mereka.

7 bicara semanis kurma:

  1. alhamdulillah...mesti comel anak diorg ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tak sabar nak tengok gambar anak mereka...mesti comel cam ikin.

    ReplyDelete
  3. tahniah.tak sabar nak tgk muka anak mawi n ikin

    ReplyDelete
  4. TAK SABAR NK TENGOK WAJAH ANAK DIA ORG

    ReplyDelete

Bicara mu semanis kurma itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...