JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

aju...dorang ni makin tak berhati perut kan...sakit ati dgn org lain budak2 yg jadi mangsa...taska skrg ni makin menakutkan bg ibu2 yg bekerja..
ReplyDeletetu la.. pd yg bkerja tu, jgn kedekut masa. sesekali curi masa g buat spotcek mengejut kt nursery...
ReplyDeletetak tengok pun video tu..tak sanggup..
ReplyDeleteBANGANG BETULLAH PEKERJA YG KHIANAT TU,KALAU SAKIT HATI PUN KENAPA DERA BABY YG TAK BERSALAH..GERAM BUI DGN BERITA NI
ReplyDeleteTERKENANG2 ANAK2 DEKAT NURSERY..HUHU
Kesian tgk baby2 tu.
ReplyDeletex blh tgh video tu..tp sedih sgt bila ada org sanggup buat mcm tu kt bby yg x berdosa...
ReplyDeletekot ye pun nak marah,napelah budak budak tu jadi mangsa ketidakpuashati tuuuuu,ishhh emosi tau aku tengok video nie.....
ReplyDeleteWalau apa pun alasan tetap takpatut buat mcm tu pd kanak2 yg tak berdosa..geram akak tgk..patut diberi hukuman sekerasnya..
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletependapat sy tugasan sbgai Pembantu Taska @ pengasuh ni kena dikaji, jgn ambik mudah. jawatan kena diktiraf .Taska dan Nursery2 kena ambik pekeja2 yg berkelayakan atau dah diberi kursus @ sijil.
Berat tugas org2 yg di Taska @ Nursery ni bayangkan dari jam 7.00 pagi ke 7.00 malam ambik tugas ibubapa yg bekerja. Tugasnya lebih dari ibu mandikan beri makan, jaga waktu sakit tidurkan, basuhkan najis. Majikan pula cuma dtg jenguk sekali sekala. Ibubapa dan majikan pula kena mengenali pekerja taska dgn baik, jgn sombong. utk elakkan perkara yg buruk. nak cerita memang panjang lebar tp hanya yg pernah melaluinya akan faham.
Manusia ni hatinya lain2 kalau yg ada perasan tak akan memperlakukan anak2 kecil begini