Korang dah daftar mengundi ke? Kalau dah baguslah, kalau belum masih ada masa 4 hari lagi ni.
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
“Kalau (pemohon) tidak terbabit dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan selepas Jun ini.
Pada masa sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari, manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.
(423)
Kakak mengundi pun dah pernah Aju… so kalau nak tahu pergi aje ke website dia boleh tahu kan…
Nak kian dekat nak PRU13 ni…
dah nak dekat dah pru 13 ni…cepat2 sapa blm daftar tu…
pertama kali nak drop undi nih…teruja wehh!
oh..dah dekat rupanya ye..
Jgn lupa tanggung jwb kita pd negara ni..demi masa depan ank cucu kita jg..:)
Salam Aju semoga sekeluarga sihat.
Pada anak-anak remaja yang tak berusia 21 tahun bolehlah mendaftar, hak kita jangan dibiarkan.
BUI DAH LAMA MENDAFTAR TP MENGUNDI BARU SEKALI JER
aju, nanti emel no fon eh….nak bg alamat…