Uncategorized Majikan diingatkan bayar caruman KWSP ikut kadar baru | 13 Peratus March 6, 2012

Spread the love

KUALA LUMPUR: Majikan diingatkan supaya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan yang betul berikutan caruman berkanun bahagian itu bagi pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah dinaikkan kepada 13 peratus bermula Januari lalu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata jadual caruman KWSP terkini telah dimuatnaik ke laman web myEPF (www.kwsp.gov.my) bagi memudahkan majikan menyemak amaun baru caruman terbabit.

“Majikan perlu mencarum bahagian mereka bersama-sama bahagian pekerja mengikut jadual caruman baru ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kadar caruman berkanun bahagian majikan untuk pekerja bergaji bulanan tidak melebihi RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah ketidakcukupan pendapatan selepas persaraan.

Caruman bahagian pekerja kekal 11 peratus.

Beliau berkata, caruman bahagian majikan bagi pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah yang berumur 55 dan ke atas juga ditambah kepada 6.5 peratus daripada enam peratus.

Caruman pekerja kategori ini kekal pada 5.5 peratus. – BERNAMA


Spread the love

Tags :

6 Comments

  • fieda posted on March 6, 2012 at 3:51 pm

    singgah malam..

    Reply
  • anisalya posted on March 6, 2012 at 9:57 pm

    This comment has been removed by the author.

    Reply
  • anisalya posted on March 6, 2012 at 9:58 pm

    jangan bayar kurang ye…

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on March 6, 2012 at 6:11 pm

    kwsp ni mmg penting pekerja swasta kan..

    Reply
  • Bui Junaidi posted on March 7, 2012 at 4:12 am

    ALHAMDULILLAH..REZEKI JGN DITOLAK..HEHE

    Reply
  • Nazayiena posted on March 7, 2012 at 4:38 am

    Kak Nurul dah xde lg duit epf nie semua dah klrkan…..

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge