Uncategorized Sinopsis Usin Bunga | Slot Cerekarama TV3 March 24, 2012

Spread the love

Promo Usin Bunga

Cerekarama sabtu ini (24 Mac 2012) bertajuk Usin Bunga. Drama ini mengisahkan Usin seorang anak yatim tinggal bersama ibu saudaranya. Usin seorang penganggur dan peragut tegar. Pada suatu hari, dia nekad untuk meragut 10 mangsa dengan harapan dapat mengumpul RM1,000 untuk membayar sewa tapak pasar malam. Dia meragut bersama rakannya, Sahak Sekinchan. Mereka berdua berjaya meragut dengan cemerlang 9 mangsa tetapi masih kekurangan RM300.

Zizan Raja Lawak

Usin dan Sahak menuju ke sebuah kilang untuk meragut mangsa terakhir. Mereka berdua ternampak seorang makcik berjalan pulang dan dengan tangkas Usin dan Sahak meragut beg tangan makcik tersebut. Selepas meragut, Usin memeriksa beg makcik itu dan telah jatuh hati terhadap anaknya bernama Ju. Apa yang bakal dilakukan oleh Usin seterusnya? Pelakonnya adalah Zizan Raja Lawak, jadi jangan lupe temujanji anda ye hihi


Spread the love

Tags : ,

4 Comments

  • abghani posted on March 24, 2012 at 3:02 am

    kena luangkan masa menonton

    Reply
  • Kakzakie posted on March 24, 2012 at 3:08 am

    Alahai Aju malam ini kakak ada tahlil jiran belakang rumah kakak. Dia dah minta kakak jadi imam pulak tu… tak baiklah kalau tak pergi kan…

    Reply
  • Kunang-Kunang posted on March 24, 2012 at 3:42 am

    Akak kurang sihatm tak tengok tv dari kelmarin.

    Macam seronoknya jer cerita ni.

    Reply
  • Izan Ishak posted on March 24, 2012 at 8:53 am

    cam best je citer ni… kena tgklah nmpaknya malam ni.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge