Uncategorized Syarifah Aleya dan Suami sah bercerai talak satu March 2, 2012

Spread the love

KUALA LUMPUR – Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.


Spread the love

Tags :

7 Comments

  • MaryaYusof posted on March 2, 2012 at 11:45 pm

    Salam dear,

    Dah takde jodoh tp syg, anak kembar dah besar lak tu… Mcm2 🙁

    Reply
  • Bui Junaidi posted on March 3, 2012 at 12:12 am

    SUNGGUH TAK SANGKA..

    Reply
  • anisalya posted on March 3, 2012 at 12:55 am

    baru je ada anak dah bercerai. dah tak ada jodoh.

    Reply
  • I`mulan posted on March 3, 2012 at 3:48 am

    hurmm… terkezut nyer… aduhai… apa lah nak jadi dunia skrg nie… harap2 dijauhkan…aminnn

    Reply
  • fieda posted on March 3, 2012 at 3:49 am

    pas srg2 bercerai ye..masa kawin bkn maon lagi grand..nak wat camne jodoh sampai situ jer…

    Reply
  • So Shy Lady (SSL) posted on March 3, 2012 at 4:49 am

    ntahlah…agak surprise juga. doaknlah yg baik2

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on March 3, 2012 at 3:53 am

    aik.. xda desas desus pun sblm ni… emm tp tu la, dah xda jodoh.. mg mereka bahagia dgn kehidupn slps ni..

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge