Entry Terkini dan panas...

Saturday, March 3, 2012

Syarifah Aleya dan Suami sah bercerai talak satu

KUALA LUMPUR – Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.


9 bicara semanis kurma:

  1. ya allahhhh dah molek2 bersama sampai ada anak kembar layie .. macam mana leh cerai lak nie ... huhuhu nie lah dugaan dlm hidup artis2 nie ... kita org biasa2 punn x terlepas dari dugaan kan ..

    hurmmm nasi dahh jadi bubur semoga leya tabah bersama anak2 yg masih kecil ..

    ReplyDelete
  2. Salam dear,

    Dah takde jodoh tp syg, anak kembar dah besar lak tu... Mcm2 :(

    ReplyDelete
  3. kalu tak kuat mmg gini la jadinya... huhuhu

    ReplyDelete
  4. baru je ada anak dah bercerai. dah tak ada jodoh.

    ReplyDelete
  5. hurmm... terkezut nyer... aduhai... apa lah nak jadi dunia skrg nie... harap2 dijauhkan...aminnn

    ReplyDelete
  6. pas srg2 bercerai ye..masa kawin bkn maon lagi grand..nak wat camne jodoh sampai situ jer...

    ReplyDelete
  7. aik.. xda desas desus pun sblm ni... emm tp tu la, dah xda jodoh.. mg mereka bahagia dgn kehidupn slps ni..

    ReplyDelete
  8. ntahlah...agak surprise juga. doaknlah yg baik2

    ReplyDelete

Bicara mu semanis kurma itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...