Uncategorized Gelagat Lisa Surihani Dan Yusry Jadi Cikgu Sekolah April 16, 2012

Spread the love

PELABUHAN KLANG: Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program ‘Teach For Malaysia (TFM) Week’ di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

“Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

“Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.


Spread the love

Tags : , ,

6 Comments

  • Amie posted on April 16, 2012 at 4:54 pm

    Bestnya dapat cikgu yang cantik & handsome!

    Reply
  • anisalya posted on April 16, 2012 at 9:04 pm

    siapa kata jadik cikgu senang dan akan balik tepat2 kul 2? hahaha… cikgu sekarang ni kerja 7-5 kadang2 tu. siap hari cuti pun kerja jugak. tak ada kerja yang senang kan? semuanya kena melalui macam2 frasa.

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on April 16, 2012 at 5:01 pm

    menjadi ke budak2 tu study yer…. yela, yg mengajar tu artis yg popular.. mesti nak tgk muka cikgu je..hihii

    Reply
  • Nazayiena posted on April 17, 2012 at 3:04 am

    Klu Lisa dan Yusri jadi cikgu memang x mengantuk bila time class diorg nie….

    Reply
  • Bui Junaidi posted on April 17, 2012 at 6:12 am

    MESTI BUDAK2 NI SERONOK TAK TERKATA…

    Reply
  • [sutera kasih] posted on April 17, 2012 at 7:58 am

    alahai comelnya..untung budak2 tu hehe

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge