Alahai ni kes tengok Slot Samarinda Drama Ameera kat TV3 malam tadilah ni, malam tadi kan last episode kan. Pukul 10.30mlm dah terpacak depan tv dengan anak-anak. Berdebar-debar macamlah tengok citer antu waris tu hehehe.
Yang bestnya, Ameera dah berbaik dengan mak mertuanya, selepas dia explain apa yang berlaku antara dia dan si Ziela tu. Seronoklah tengok mak mertua dia dah boleh terima Ameera kan. Pastu yang dah kemuncak cerita, si baby tu pulak kene kidnap dengan Farouk. So si Farouk ni mintak wang tebusan RM2juta dari si Amir kalau nakkan baby tu semula.
So si Amir pon lepas peluk-peluk dan salam-salam dengan mak dia dan Ameera tu, bawak briefcase berisi duit dan jumpe si Farouk. Then berlakulah adegan ganas sikit jek antara diorang ni. Pastu polis datang serbu dan si Ziela ni kene tembak dengan Faoruk!! Waahh bestnya padan muka dia hehehe, bukan apa duk ngendeng jek dengan Amir kan, kalau Ziela ni mati taklah dia kacau lagi rumahtangga si Amie dan Ameera ni. So kira mesti happy ending lah ni kan kekekekkekke
Rupa-rupanya tak, lepas si Ziela kene tembak, si Farouk ni dapat lari dari polis dan menyorok dalam but kereta si Amir. Si Amir ni balik rumah bawak baby tu dan dengan gembiranya serahkan baby pada mak dia, si Ameera ni dah happy gilerlah kan. Pastu si Farouk keluar dari but kereta dan masuk rumah pastu tembak si Amir!!!!! Waaaaa baru nak tengok happy ending, last-last jadik cenggini..huhuhu menangislah daku di situ. Touching giler tengok Rita Rudaini dengan Syamsul tu, sweet jek tengok hehehe…Tu yang tak puas hati tengok endiong dia gitu tu kekekeke..
(637)
ye la aju..ingatkan dh ok la kalau endingnya ziela gile tu mati dan farouk mati..rupanya amir pun mati jgk..adohai…
fieda recently posted..Hasil negatif benar pelajar bawa gajet ke sekolah
aku dpt tgk part ameer tu mati je…dah hujung2 baru dpt tgk…huhu…
wahida recently posted..ni gara2 masterchef lah ni…
laaa camtu ke ending dia… ingat ke dapat bersatu… sy xtgk smlm… skrg ni tido awai je.. penat.. xleh nak tido lewat2 macam dulu dah… hihi
IntaNBerliaN recently posted..Jari Alisha berdarah?…
Pengakhiran yang tidka menggembirakan. 🙁
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, ya Aju.
kakcik recently posted..Jom kita main teka-teka lagi…