Uncategorized Sinopsis Demi Sufian | Slot Cerekarama TV3 July 14, 2012

Spread the love

Satu lagi telemovie hebat bertajuk Demi Sufian akan ditayang di Slot Cerekarama TV3 pada 14 Julai ini. Mengisahkan Sufian yang dihantar ke rumah anak yatim.Dia terlalu merindui ibunya. Pelbagai cubaan dilakukan untuk melarikan diri dari rumah anak yatim tersebut. Jangan lupa untuk menyaksikan telemovie Demi Sufian di Slot Cerekarama hari Sabtu, 14 Julai 2012 pukul 10 malam di TV3.

Antara barisan pelakon yang akan menjayakan telemovie ini ialah Elly Mazlein, Eira Syazira, Zizan Nin, Azhar Sulaiman and Rozie Rashid.

Sinopsis Drama Demi Sufian

Kali terakhir Sufian melihat ibunya iaitu Salmah ialah ketika dia hantar ke rumah anak yatim. Salmah menyerahkan beg dan barang Sufian kepada Makcik Rubi. Sufian menjerit sambil memanggil Salmah dan Salmah berjanji akan datang mengambil Sufian semula nanti. Selepas menghantar Sufian ke rumah anak yatim, ayah Sufian sudah menunggu di rumah dan bertanya mengenai Sufian. Salmah tidak menjawab pertanyaan tersebut dan mereka bergaduh hingga berlaku tolak menolak. Salmah terjatuh dari tangga dan tidak bernyawa lagi. Ayah Sufian menjadi panik dan terus membungkus mayat Salmah lalu dibuang ke dalam hutan.


Spread the love

Tags : , , , , ,

1 Comment

  • fieda posted on July 15, 2012 at 9:06 am

    tgk jugak semalam..tp tak tau betul ke ayah dia buat mende tak elok kat suffian..
    fieda recently posted..Loghat KedahMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge