Uncategorized Cara Bayar Zakat Fitrah Guna SMS dan Hukumnya August 3, 2012

Spread the love

20120803-054252.jpg

Berikut adalah cara pembayaran zakat fitrah melalui SMS. Kepada pengguna Maxis dan Celcom, ini merupakan langkah paling mudah untuk anda membayar zakat fitrah. Untuk mengetahui kadar zakat di setiap negeri anda, sila rujuk Kadar Zakat Fitrah 2012 .Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter zakat kerana segalanya berada dihujung jari anda.

Cara Bayar Zakat

Perkhidmatan M-Fitrah menyediakan akses mudah untuk mereka yang tidak berkesempatan ke kaunter zakat fitrah, mereka yang kurang upaya atau sesiapa yang ingin membuat pembayaran tepat pada masanya dengan cara mudah. Apa yang penting, segala transaksi hanya mengambil masa kurang dari tiga minit.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya

2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Hukum bayar zakat melalui SMS

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.

• Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.

• Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011 boleh di download di FATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/

2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.


Spread the love

Tags : , , , , ,

4 Comments

  • kak ieda posted on August 3, 2012 at 6:00 am

    tq sharing dikk
    oh boleh yee
    tapi rasa seronok kalau bayar dgn pemungut nyee kan
    rasa live sikit 😉
    kak ieda recently posted..MEMEY & ABBY ABADI SUDAH BERBAIK ~ KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYAMy Profile

    Reply
  • kakcik posted on August 3, 2012 at 7:53 am

    Alhamdulillah. Untuk keluarga kakcik, Along dah bayarkan. 🙂
    kakcik recently posted..Doa hari ke 14 RamadhanMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on August 3, 2012 at 9:41 am

    Thanks for sharing aju.
    Fiza Rahman recently posted..RAIHAN…My Profile

    Reply
  • wahida posted on August 3, 2012 at 12:02 pm

    tengs for sharing aju…
    wahida recently posted..touch up blog…My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge