Uncategorized Sinopsis Bahrin Tangkai Jering – Slot Cerekarama TV3 September 22, 2012

Spread the love

Photobucket Pictures, Images and Photos

Bahrin Tangkai Jering mengisahkan tentang Bahrin yang masih tidak mempunyai kerja walaupun sudah berkahwin dengan Zainab. Selepas didesak oleh isterinya itu untuk mencuba nasih di kota Kuala Lumpur, Bahrin akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat jualan kereta terpakai. Bahrin mempunyai kemahiran komunikasi yang cukup bagus sehingga dia mampu menjual enam buah kereta dalam masa seminggu sahaja. Oleh kerana kebolehan tersebut, Bahrin diperkenalkan oleh Leong, majikannya kepada Azman, pemilik kereta mewah.

Kini, gaji bersih Bahrin mencecah RM6 ribu sebulan. Namun, Bahrin hanya mengirimkan wang belanja sebanyak RM300 sehaja kepada isterinya. Disebabkan tidak sampai hati melihat Zainab bersusah-payah mencari rezeki, Samad, seorang pemborong sayur yang juga merupakan jiran Zainab selalu memberikannya wang. Dalam diam, Samad telah menaruh perasaan terhadap Zainab.

Drama ini disiarkan pada jam 10 malam di TV3, selamat nonton 😉


Spread the love

Tags : , ,

1 Comment

  • kak ieda posted on September 23, 2012 at 8:08 am

    x sempat tgk pun lagi nieee 😉

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge