Uncategorized Rindunya Pada Najwa dan Najiha November 17, 2012

Spread the love

Anak dara saya yang dua orang tu ikut mak sedara dan pak sedaranya makan angin di Tasik Kenyir, Terengganu. Hati saya berat nak lepaskan diorang berdua tu. Saya dan suami tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja setelah bercuti lama ke Perak dan Kedah tempohari. Bagi yang tak tahu, Najwa tu 7 tahun and Najiha 5 tahun. Belum pernah diorang berjalan makan angin tanpa saya dan suami. Tapi suami saya kata apa salahnya diorang nak makan angin cuti sekolah ni kan. Diorang pulak bila saya tak izinkan, merajuk and taknak “kawan ibu”. Alahai kesian pulak saya dengar.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Nak tak nak, terpaksa saya relakan, dan saya pesan pada adik ipar supaya tengokkan mereka ni. Sebelum ini saya pernah berjauhan dengan anak-anak tapi itu atas urusan kerja luar kawasan. Ibu doakan mereka semua selamat pergi dan kembali. Cepatlah masa berlalu, dah 3 hari 2 malam diorang pergi, ibu rindu sangat korang berdua!!!

Adam keresahan tanpa kakak-kakaknya. Yelah biasa itulah teman bermain dan bergaduh. Bising dan riuh macamana pun kalau dah berjauhan tu sunyi dan pilu pulak rasanya. Ada jugak Adam bertanyakan kakaknya “ibu, mana jiha?” “Mana taklong” (kak long). Kak long and jiha ikut makcu pergi jalan. “Owh pegi jalan yea?”. Comel buah hati saya yang tahun depan nak masuk 3 tahun umurnya.

Emm dahlah jangan duk layan perasaan kan. Hari ini saya nak pegi kenduri dengan Adam. Suami saya bekerja, jadinya hanya saya je yang makan nasi minyak. Jauh pulak tu di Nilai, Negeri Sembilan. Drive sendiri huwaa!!! Doakan perjalanan saya pergi dan kembali dengan selamat ye. 🙂


Spread the love

Tags : , ,

9 Comments

  • umialya posted on November 17, 2012 at 10:37 am

    kami pulak, abahnya yg agak liat nak lepaskan anak2 tanpa kami, huhuhu
    umialya recently posted..GA: Khas buat Peminat "Fridge Magnet"My Profile

    Reply
  • akak su posted on November 17, 2012 at 10:46 am

    sama gak cam akak, nak bagi bebudak ni pegi kajang umah kakak en. abah pun dah berat hati. kesudahannya depa dok melepak kat umah. kalo tidak depa dah pegi jln2 kat icity dahhhhh ~ gara2 si mak tak harap anak2 berjauhan

    Reply
  • BUI JUNAIDI posted on November 17, 2012 at 11:13 am

    CONFEM SUNYI RUMAH KAN..BUI PUN MCM TU,KALAU JAUH DGN ANAK2 MULA LAH RINDU TP BILA DH DEPAN MATA ASYIK NK GADUH JER..HIHI
    BUI JUNAIDI recently posted..HH Ajak Kenal Blogger BaruMy Profile

    Reply
  • Eizil posted on November 17, 2012 at 11:13 am

    Ciannya rindu dengan anak dara dua orang tu ya, berhati-hati memandu, semoga dipermudahkan perjalanan.
    Eizil recently posted..Re: Semangat yang hilang – bonikacak.comMy Profile

    Reply
  • beckhrooy posted on November 17, 2012 at 2:35 pm

    ibu mana tak rindukan anak kan, nanti boleh jumpa lagi 🙂

    Reply
  • kak ieda posted on November 17, 2012 at 3:53 pm

    akk paham sgt perasaan aju ..
    yelah dah biasa dgr suara anak2 kan .. riuh sekali
    bila mereka x der rasa sunyi .. sehari dua ok lagi
    bila dah lama .. aduhhh

    x per dik kejap je masa berlalu .. nanti mereka balik lah 😉
    kak ieda recently posted..TERGAMAM , PELIK @ SUKAMy Profile

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on November 19, 2012 at 8:29 am

    sian akak… sy sndiri pun xleh pisah lg dgn alisha walaupun sehari.. hiihi
    IntaNBerliaN recently posted..PEPLUM yang tengah hot!!!My Profile

    Reply
  • nafisa81 posted on November 19, 2012 at 2:40 pm

    kalau en suami koi…jangan haraplah dia nak izinkan…hehe
    nafisa81 recently posted..Oh! My Bahasa…My Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on November 20, 2012 at 5:47 am

    berjauhan dengan anak…mmg buat si ibu jadi x tentu arah..teringat2 je kan..

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge