Uncategorized Sinopsis Drama Cinta Itu Milikku November 12, 2012

Spread the love

Photobucket Pictures, Images and Photos

Menyusuli JULIA, saksikan CINTA ITU MILIKKU, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan Emi Suffian Sabhe dan nukilan skrip oleh Zarihah Hassan mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim, Fiffy Natasya dan ramai lagi.

    Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).

    Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

    Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.

    Photobucket Pictures, Images and Photos

    Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania.

    Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

    Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik.

    Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya.

    Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

    Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang.

    Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

    Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

    Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya.

    Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya.

    Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

    Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq.

    Apa yang akan terjadi seterusnya?

    Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril?

    Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia?

    Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , ,

7 Comments

  • ieda posted on November 12, 2012 at 10:01 pm

    sedapp nie …
    ieda recently posted..GARAM DALAM HIDANGAN ANAK-ANAK KITAMy Profile

    Reply
    • ain rembau posted on November 22, 2012 at 8:29 am

      haha….mmg sdap pun jalan crita dia..aida oi…

      Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on November 13, 2012 at 5:34 am

    full sinopsis ni…hehe

    sy suka tgk fazreen rafi berlakon
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Dah Ada Kad Diskaun 50% – Kad Komuter 1MalaysiaMy Profile

    Reply
  • ohcikgu posted on November 13, 2012 at 7:30 am

    heroin putih-putih belaka. hehe..
    ohcikgu recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

    Reply
  • BUI posted on November 13, 2012 at 8:52 am

    WAH,BEST JLN CERITANYA..NNT BUI FOLLOW..LGPUN BUI SUKA TENGOK EMMA TU,COMEL SGT..^_^
    BUI recently posted..Nak Tiket Wayang "Breaking Dawn 2" Free Tak?My Profile

    Reply
  • abah khalisha posted on November 14, 2012 at 9:00 am

    Tengok Emma tu senyum pun nampak sedih, sedih lagi lah nampak sedih..muka dia nampak cm sedih je selalukan

    Reply
  • ain rembau posted on November 22, 2012 at 8:25 am

    emma tbaik..suara dia meruntun kalbu bila mjiwai lakonan… ana gediknya mjadi….

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge