Uncategorized Sinopsis Drama Cinta Qaseh Slot Lestary TV3 January 1, 2013

Spread the love

Banyak sangat drama menarik ye sampai tak terkejar dibuatnya ;). Drama Cinta Qaseh akan mengisi Slot Lestary TV3 menggantikan drama Mimpi Cinderella. Drama 13 episod ini diarahkan oleh pengarah terkenal Feroz Kader dan antara pelakonnya ialah Adi Putra, Wawa Zainal, Shahrizal Jaszle, Elfaeza Ul Haq dan ramai lagi. Drama TV3 Cinta Qaseh ini akan memulakan siarannya pada hari Selasa 1 Januari 2013 jam 9 malam.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Sinopsis Drama Cinta Qaseh

Mengisahkan tentang perjuangan cinta tiga segi diantara Arash, Qaseh dan Wahyu. Arash dan Qaseh bertemu di Taj Mahal ketika masing-masing masih bergelar pelajar dan terpaksa berpisah sebelum sempat meluahkan perasaan. Setahun kemudian, Arash telah terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital.

Sekali lagi, takdir telah menemukan mereka berdua. Kali ini Arash sebagai pesakit yang sedang koma dan Qaseh sebagai doktor pelatih. Qaseh yang pada waktu itu telah bertunang dengan Wahyu mula terkenang akan perasaannya terhadap Arash. Namun sebagai doktor, Qaseh tahu dia perlu bersikap profesional. Sejurus selepas lafaz nikah di antara Wahyu dan Qaseh diakadkan, Arash mula sedar dari koma.

Di hospital, Arash dan Qaseh mula rapat dan keakraban mereka dapat dihidu oleh suami Qaseh iaitu Wahyu. Disinilah bermulanya pergolakan cinta tiga segi diantara mereka yang membawa mereka semula ke Taj Mahal, Agra India.

Sinopsis kredit to wowberita


Spread the love

Tags : , , , , , ,

7 Comments

  • boni kacak posted on January 2, 2013 at 5:35 am

    macam menarik je tu..
    boni kacak recently posted..Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013My Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on January 2, 2013 at 9:09 am

    Semalam layan gak drama ni, yang buatkan dia jadi best sebab pelakonnya best 😀
    Myra Jay recently posted..Rezeki menang di Awal Tahun 2013My Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on January 2, 2013 at 9:55 am

    byk tul drama baru skang..mmg x terkejar kan nak nengok..yg ada pun x tgk..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Wordless Wednesday : Ini Saya Punya!My Profile

    Reply
  • lily @ MamaQistina posted on January 2, 2013 at 10:06 am

    Macam best citer ni..
    Suka dengan pelakon²nya…
    lily @ MamaQistina recently posted..WW :: Parents L.O.V.EMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on January 2, 2013 at 10:49 am

    Dpt tgk citer ni smalam, best. Tak sabar nak tunggu minggu depan ☺☺
    Fiza Rahman recently posted..First Day of SCHOOL…My Profile

    Reply
  • fieda posted on January 4, 2013 at 9:22 am

    macam best ni tp masih belum sempat nk tgk..
    fieda recently posted..Permulaan yg baikMy Profile

    Reply
  • qia posted on January 23, 2013 at 10:23 am

    cerita die ok and visual pun menarik cume sy rase penggunaan Adi Putra nampak xsesuai sbb die nampak dewasa dr ceractor yg lain sdangkan didlm awal penceritaan mereka semua ni lebih kurang sebaya je….permulaan cerita ni agak menarik cume slow sikit jer but mmg xsabar nk tggu kemuncak cerita ni..hopefully lain dari yg lain… luv u wawa and Shazz

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge