Uncategorized Sinopsis Janji Shirah Di TV3 January 13, 2013

Spread the love

Photobucket Pictures, Images and Photos

Satu slot drama baru akan disiarkan pada setiap Ahad di TV3. Drama berjudul Janji Shirah ini akan disiarkan bermula malam ini, 13 Januari 2013 jam 9 malam. Antara pelakon dalam drama arahan Along Kamaluddin ni ialah Nabila Huda, Airiel Zafril, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Zarina Zaidnuudin, Sherry Merlis, Zarina Zainordin dan Iqram Dinzly.

Shirah merupakan seorang penuntut kolej di tahun akhir dalam jurusan perhubungan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada. Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Untuk sinopsis selanjutnya korang boleh layari tv3.com.my


Spread the love

Tags : , , , ,

9 Comments

  • Nadot posted on January 13, 2013 at 10:58 pm

    Ada Nabila Huda!.. suka!..cam menarik… tapi tak rajin dah nak ikut drama2 melayu ni..emosi nya lebih sket..hehe
    Nadot recently posted..Selamat Jalan DSLR D60 kuMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on January 13, 2013 at 11:16 pm

    Layan citer ni tadi, ok gak boleh tahan best 😀
    Myra Jay recently posted..Khas buat Top 10My Profile

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on January 14, 2013 at 12:44 am

    sy tgk cite ni td.. best 🙂

    Reply
  • mama adam posted on January 14, 2013 at 5:52 am

    tengok!bagus punya bestfriend kan! sakit mental woooo

    Reply
  • lily @ MamaQistina posted on January 14, 2013 at 7:36 am

    Tak tengok smalam..sinopsis dia macam best..pelakon pun hebat…

    Reply
  • Fiza Rahman posted on January 14, 2013 at 9:08 am

    Dah tgk malam tadi. Best.
    Fiza Rahman recently posted..NUFFNANG…TERIMA KASIH!!My Profile

    Reply
  • syaifuddin alias posted on January 14, 2013 at 11:30 am

    dah lama tak melayan cter2 drama tv3 ni ..huhu.. maklumlah
    syaifuddin alias recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    Reply
  • shafika anis posted on January 27, 2013 at 11:33 pm

    dah tgok cite ni tdi ! sumpah best sgt.. suka Nabila Huda !

    Reply
  • irfa posted on February 25, 2013 at 12:53 pm

    malam tadi ending 😉
    sib baik berbaloi..
    tp lakonan fauzi nawawi tu mmg menyakitkan hati sungguh
    dia mmg berbakat

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge