Parenting Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2014/2015 March 8, 2013

Spread the love

Alhamdulillah dah settle buat pendaftaran dan perakuan Darjah 1 sesi 2014 untuk Najiha, anak kedua saya. Sebelum ini saya dah ada pengalaman menggunakan sistem pendaftaran online ini. Jadi kali ini dah taulah serba sedikit prosedurnya. Sebenarnya Najiha ni dah daftar darjah 1 tahun lepas lagi, sengaja saya daftar awal, tahun ni baru nak buat perakuan pendaftaran

Ini cara dan tutorial untuk daftar masa Najiha #Link ini

[+] Pendaftaran Tahun 1 – Najiha

Ini adalah websitenya https://public.moe.gov.my

[+] Updated 10/3/2017

Semasa pendaftaran online isi dan lengkapkan borang tersebut dengan semua info yang diperlukan. Setelah selesai nanti, anda perlu semak permohonan kerana semuanya akan dikemaskini secara dalam talian ye. Contohnya seperti gambar di bawah. Ada tarikh-tarikh untuk panduan korang apa akan jadi seterusnya ;).

Semakan pendaftaran darjah 1
Pendaftaran Darjah 1 Secara Online

Ok selepas Pendaftaran, perlu buat perakuan pula. Yang ini ibu bapa perlu print info di website berkenaan dan bawa bersama-sama dengan checklist dokumen ini pula.

1. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa

2. Salinan sijil Nikah

3. Salinan bil air/letrik/cukai mukai bagai hehehe

4. Dokumen Original dan Salinan surat beranak anak

5. Sampul surat beralamat sendiri dan setem 60 posyen 😉

Kemudian pergi ke pejabat sekolah dan hantar semua dokumen tersebut untuk pihak sekolah masukkan ke dalam fail. Kemudian mereka akan cop di belakang surat beranak seperti gambar di bawah. Ini belum tentu lagi anak kita dapat sekolah yang kita mohon tu tau. Nak tau? Kene tungguuu dalam bulan Ogos 2013 dan berdoa moga urusan kita dipermudahkan. Aminnnn

senarai dokumen yang disahkan untuk daftar darjah 1
Dokumen yang perlu disahkan

Jadi bagi ibubapa yang anak-anaknya lahir tahun 2007 & 2008 sudah boleh mula mendaftarkan anak mereka bagi sesi Darjah 1 2014/2015 mulai sekarang sehingga 30 April je ye.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

17 Comments

  • suri posted on March 8, 2013 at 10:31 am

    alhamdulillah semua telah selesai agaknya tahun depan sy kena dfter pula utk anak yg lahir tahun 2009..

    Reply
    • erna posted on January 4, 2014 at 1:05 pm

      anak saya lahir tahun 2009, daftar tahun ini atau tahun hadapan?

      Reply
  • Fiza Rahman posted on March 8, 2013 at 1:36 pm

    Dah daftar, tapi tak gi lagi pejabat skolah.
    Fiza Rahman recently posted..Selamat Hari WANITA Sedunia 2013!!!!My Profile

    Reply
  • ciklaili.com posted on March 8, 2013 at 3:32 pm

    sedap nama anak Aju. ada seorang pelajar saya pun nama mcm tu juga..
    ciklaili.com recently posted..Wordless Wednesday : Audience DemographicsMy Profile

    Reply
  • papa mifz posted on March 8, 2013 at 5:49 pm

    boleh dijadikan panduan nih bila sampai masonya…;)

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on March 8, 2013 at 9:08 pm

    senangkan bila dah blh on9 camgini… sy alisha baru nk msk 3 tahun… xsabar2 nak daftar darjah 1 nanti.. hihii

    *kakju, 17/3 tu, last date dia… kakju kne g bukak akaun nuffnang, klik sponsored pos.. (ada belah kiri sebaris dengan earning).. dekat situ dia ada bagi araha…

    gini, firstly, kakju kene wat entry lps tu save kat word n draft bg dekat dorang… upload dekat akaun nuffnang tu ada… bila dorang dah approved draft kakju, baru kakju boleh publish… time tu, dorang akan gtau bila kakju harus publish… bila dah publish, kene hantar plak link entry tu dekat dorang… hantar dekat akaun nuff…

    kalau kakju xpaham, tanya saya semula tau 🙂
    IntaNBerliaN recently posted..Huggies Dry Pants Terbaekkk…!!My Profile

    Reply
  • Denaihati posted on March 8, 2013 at 9:22 pm

    makin mudah dan cepat, moga semua urusan dipermudahkan.
    Denaihati recently posted..Your comment will be visible after approvalMy Profile

    Reply
  • kak ieda posted on March 8, 2013 at 11:14 pm

    aah mudah dah niee .. bagus2 … 😉

    Reply
  • Sherry posted on March 9, 2013 at 12:42 pm

    thumbs up for the effort in this post, sure many parents find it useful 😀

    namesherry.com

    Reply
  • BUI JUNAIDI posted on March 9, 2013 at 8:28 pm

    KAT SINI ISI BORANG JER
    BORANG UTK ATHIRAH MASUK DARJAH 1 THN DEPAN DH ADA P BUI BELOM ISI LAGI..:)
    BUI JUNAIDI recently posted..Segmen : Cari Bloglist Sebulan By Nabila MedanMy Profile

    Reply
  • fiezaradzi posted on March 12, 2013 at 9:46 am

    pun dah buat, tapi anak masuk 2015.. kami daftar anak kat sktsg(2), tapi lambat lagilah masuknya..
    fiezaradzi recently posted..Tips Sihatkan Badan, Makan OatMy Profile

    Reply
  • mastura posted on April 23, 2013 at 5:07 pm

    dah daftar…tp takot dapat sekolah lain pulak..ssh nak ulang alik amik anak skolah..

    Reply
  • Nor Aini Abu Hassan posted on August 29, 2013 at 11:03 am

    Saya belum lagi mendaftar anak sekolah untuk tahun 1 …apakah tarikh dah tutup ke…bagaimana cara nya . anak saya akan bersekolah
    pada tahun 2014/.Harap dapat menjelasan tentang perkara ini.

    Reply
    • ajumohit posted on January 15, 2014 at 6:51 pm

      boleh saya tahu umur anak puan skrg? puan boleh daftar untuk tahun 1 ketika anak puan berumur 6 tahun, untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi pihak sekolah yang puan ingin daftarkan anak puan tu, harap maklum
      ajumohit recently posted..#WW 3/14 | Adam saya dah kurang manjanyaMy Profile

      Reply
  • lisa utami posted on January 15, 2014 at 10:55 am

    anak saya lahir tahun 2009 ,nak daftar tahun ini kr tahun dapan?

    Reply
  • Lai chui foong deaf posted on July 26, 2014 at 8:41 pm

    Hi.. Anak say sudah daftar sjk (c ) bandar damai perdana, tpi dah hantar surat rumah say ada dapat ..,tak nk jauh cheras 9 batu sekolah dari rumah say

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge