Uncategorized Tak nampak gambar di blog saya? Bukan jerebu puncanya June 24, 2013

Spread the love

20130624-075700.jpg
Teruknya jerebu

Saya perasan semalam dah mula tak nampak gambar-gambar di blog saya ini. Bukanlah sebab ada kaitan dengan masalah jerebu yang kita hadapi sekarang, tapi masalah dengan photobucket tempat saya simpan gambar saya itulah. Cakap pasal jerebu, teruk betul tahap kualiti udara negara kita sekarang. Semoga keadaan kembali normal segera, dalam waktu macam ni, kesiankan warga emas, bebudak dan mereka yang asma dan sinus. Diorang memang cepat kena kesannya seperti batuk, sesak nafas dan selsema. Macam suami saya ni sinus, semalam dah sakit-sakit kepala dan selsema tahap maksima. Anak-anak ok lagi setakat ni.

Ok kita kembali dengan topik gambar tadi ye ;). Biasanya saya akan download gambar ke photobucket dan copy gambar tersebut ke dalam entri blog saya. Saya buat macam tu sebab nak menjimatkan penggunaan bandwidth blog ini. Masalah lain pulak timbul bila bandwidth photobucket pulak dah melebihi had yang dibenarkan. Aduiyaii semalam seharian saya duk delete gambar-gambar tak berkenaan dalam PB saya tu. Bila saya dah delete gambar, dia kata dalam masa seminggu bandwidth akan kembali normal. Aduiyai seminggu korang baca entry tanpa lihat gambar?? Saya tahu imaginasi korang tinggi 😉 tapi tak best pulak entri tak bergambar, kalau entri tanpa kata-kata ok lagi kan, macam wordless wednesday tu…

Saya nak tanya jugalah, kawan-kawan yang pakai wordpress, macamana korang simpan gambar or upload gambar di blog korang ye? Kalau boleh share di sini bagus juga, at least ada alternatif lain untuk jimatkan penggunaan bandwidth mana-mana pihak baik blog mahupun photobucket.

20130624-075729.jpg
Sempat lagi Jahh amik gambar hihi, bukan gambar abg motor tu tau 😉

Last week saya sibuk tahap gaban ko!! Rindu sangat nak update blog tapi masa amat mencemburui saya. Rindu nak blogwalking bagai, tapi pelan-pelan, tapi kalau perlahan sangat tak sempat pulak nak balas komen korang. Kekadang ada blog tu rajin update sehari 2/3 entri dah saya ketinggalan nak komen entri-entri tu. Jeles saya tau kalau korang bleh update blog sehari macam tu. Jeles sesangat Jahhh!!! Tapi baguslah update blog waktu CPUV Nuffnang tengah ada ni kan, barulah masyukk!! Nak kene draft entry awal-awal lah macam ni ;).

Pagi ini jalan memang tak jem sebab sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor cuti. Owh saya rindukan keadaan jarak penglihatan normal itu!!!!! Semoga hujanlah hendaknya, emmm sebab tu jangan mengeluh kalau Allah turunkan panas dan hujan. Bila keadaan macam ni, hujan memang satu rahmat besar. Setiap yang terjadi ada maksud dan makna tersiratnya. Ya Allah peliharalah kami semua di bawah lindungan rahmatMu aminn.

20130624-075717.jpg
Jangan lupa pakai mask ye, take care uolss

P/S : Gambar ini saya update directly dari handphone ke blog, terpaksalah buat macam ni, nanti ada pulak yang merindduuuu hahahahahhaha. So jangan lupa banyakkan minum air dan pakai topeng muka ye 😉


Spread the love

Tags : , , , , ,

20 Comments

  • Nasarudin posted on June 24, 2013 at 10:39 am

    jerebu dimana2 skang nie ye.. Sian bebudak sekolah terpaksa cuti tapi kena ganti kemudian hari. Pasal photobucket tu mungkin boleh cuba imageshack ke atau flickr atau expono atau yogile atau troovi. Ini semua free le.. tapi bebanyak pening lak nnt..
    Nasarudin recently posted..7 Pengakuan Pramugari Yang Perlu Anda TahuMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on June 24, 2013 at 10:47 am

    Memang makin teruk lah jerebu. Ni pon dah start bersin2 nih. Rindu nak tgk awan.
    Fiza Rahman recently posted..Doa MINTA HUJAN!!!My Profile

    Reply
  • lizz posted on June 24, 2013 at 11:20 am

    walopon keadaan berjerebu..sib baik nampak nampak tuan blog yang comel…ajue lizz pakai flickr jer…
    lizz recently posted..nasi goreng simple tapi sedap special untuk abangMy Profile

    Reply
  • blackrosehunter posted on June 24, 2013 at 12:00 pm

    harapnya keadaan makin pulih..
    blackrosehunter recently posted..10 Fakta Menarik Tentang AiskrimMy Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on June 24, 2013 at 12:10 pm

    Walaupun jauh di utara, tapi tetap terasa kesan jerebu tu…. rasa x puas hati bila drive,mcm mata ni pulak yg bmasalah. Semua blur ,kelabu asap jer..nasib baik masih nmpk wjh puan blog yg manis ni..hihi 🙂

    Reply
  • papa mifz posted on June 24, 2013 at 12:46 pm

    PM baru dengan WP nih , harap masa hadapan tak hadapi masalah nih la…huhu

    Reply
  • kak ieda posted on June 24, 2013 at 1:24 pm

    alamakk x pandai bab2 nie dikk
    harap ada kawan2 dpt bantu ..

    aduhh jerebu di mana2 skrg nie

    Reply
  • Hafizul posted on June 24, 2013 at 2:42 pm

    Emm harapnya esok lusa hujan lebat lah..jerteh pun dah nampak jerebunya..emm saya upload dalam wordpress jer gambar tu..tak tahu lah cara lain lagi..hehe
    Hafizul recently posted..Aku Dah Agak DahMy Profile

    Reply
  • Abdur Rozak posted on June 24, 2013 at 4:21 pm

    Kalau nak loading cepat sebaiknya menggunakan gambar yang tersimpan dalam hosting sendiri,ianya berpengaruh kepada seo.
    Abdur Rozak recently posted..“Change Permissions” Alternatif Untuk Menyelamatkan WordPressMy Profile

    Reply
  • Anarm posted on June 24, 2013 at 4:27 pm

    Kalau nak upload gambar terus masuk ke wordpress sendiri, pastikan resize dulu gambar2 sebelum upload masuk blog.. Tengok gambar kat entri ni gambar2 banyak size lebih kurang 1000px ke atas.. tapi dalam entri dia scale ke 620px je..

    better resize dulu kecikkan betul2 jadi size 620px X ???px lepas tu baru upload.. dgn cara tu dapat jimatkan penggunaan storage hosting dan kurangkan penggunaan bandwidth..
    Anarm recently posted..Sentiasa Kemaskini Versi WordPress Dalam BlogMy Profile

    Reply
  • Anarm posted on June 24, 2013 at 4:29 pm

    Kalau photobucket asyik abis bandwidth, boleh cuba host gambar guna Flickr pulak..
    Anarm recently posted..Sentiasa Kemaskini Versi WordPress Dalam BlogMy Profile

    Reply
  • ema posted on June 24, 2013 at 4:56 pm

    Aju, Ema pun baru guna WP ni..risau juga sebab setiap entry pasti ada gambar banyak..takut juga ia pakai space yg banyak… hari ini first time post entry dekat WP…punyalah besar gedabak gambarnya…harap dpt membantu juga.
    ema recently posted..The Grato Italian & Western Food BangiMy Profile

    Reply
  • onlajer posted on June 24, 2013 at 5:18 pm

    upload dekat blogspot je baru paste urlnya haha
    onlajer recently posted..Melayu BolehMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on June 25, 2013 at 12:31 am

    Take Care ye kak dekat sana..
    Jgn lupa minum air masak banyak2 🙂

    **Mmg dgn wordpress kena upload thru photobucket macam tu ke kak?
    Sbb myra tgh consider nak bertukar ke wordpress, jd nk kna tahulah smua ni..
    Myra Jay recently posted..POPIA Nestum dan POPIA MILO di PENANGMy Profile

    Reply
  • titan posted on June 25, 2013 at 12:18 pm

    mana mask gua semalam ni. teruk jerebu kat sini..
    titan recently posted..Adly Mokthar (Labanon) – 5 Tahun dulu-dulu.My Profile

    Reply
  • Hairul Azni posted on June 25, 2013 at 4:56 pm

    Patut semalam nampak macam ada pelik sikit..
    Hairul Azni recently posted..Advertorial Merupakan Antara Jenis Pengiklanan Yang Paling BerkesanMy Profile

    Reply
  • lily @ MamaQistina posted on June 25, 2013 at 9:25 pm

    owh..patutlah lily tak nampak gambar2 tu…

    Jerebu kat tempat ktorng dah kurang dah..Alhamdulillah petang tadi hujan turun..sejuk jer malam ni..

    Reply
  • Rina posted on June 26, 2013 at 10:54 am

    semoga jerubunya lekas menghilang biar aman dan tidak mengggangggu kesehatan 🙂
    Rina recently posted..Project : Make A Google Pagerank Prediction ToolMy Profile

    Reply
  • eiela posted on June 26, 2013 at 1:12 pm

    oo saya upload gambar kat blogspot, pastu copy dlm blog.
    eiela recently posted..Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2My Profile

    Reply
  • fiezaradzi posted on July 3, 2013 at 11:27 am

    baru-baru ni mmg teruk jerebu kan? alhamdulillah, ok sikit skg ni.. guna photobucket juga, setakat ni tak byk lagi guna space dia. hehe
    fiezaradzi recently posted..Cermin Mata BaruMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge