Uncategorized Ikan patin dan air jagung | Selamat berpuasa!! July 9, 2013

Spread the love

Assalamualaikum

Tajuk entri tu bukan pantun dua kerat ye korang, tapi gabungan nama makanan dan ucapan selamat berpuasa buat korang semua 😉

20130709-081524.jpg

Ha dah macam sabut pulak timbul tenggelam saya ni. Tak sempat nak publish entri baru, kelam kabut kengkononnya ;). Semalam saya keluar visit ke Pahang. Uishhh letih ko!! Sebelum nak menyambut Ramadhan ni selesaikan tugasan luar dulu, kalau tak letih juga nak outstation di bulan puasa kan. Kalau bulan tak puasa ni, bolehla singgah mana-mana port makan sedap tu hihi. Macam semalam kami singgah makan di Temerloh yang femes dengan ikan patin masak tempoyak. Uishhh nallerekek kata ko!!! Singgah di Gerai Makan Pak Usop yang terletak di sebelah kedai jahit mesin Singer. Ha wajib ingat landmark tu jangan korang cari mesin jahit jenama lain ye ;).

20130709-081544.jpg

Kiranya ini pertama kali saya makan di sini, nama je orang pahang kan, ish malu kat member saya yang sorang tu, dia yang dari KL pun tahu tempat makan ni. Memang Temerloh ni sinonim dengan ikan patin ni, tapi tak sangka pulak ada air yang meletop tu, Air Jagung slurpppppp!!! Maaf ye kalau korang terliur, saya nak gambarkan kesedapannya tu ngeeee.

20130709-081559.jpg

Harga pun berpatutan, ikan patin tu kami ambil separuh dan share berdua dengan kawan perempuan saya tu. Kalau lelaki saya rasa pelahap dia lebih, so mungkin separuh untuk korang sorang jelah kot hehehe. Sedap, terbaik dan nyummy untuk ikan patin dan air jagung tu. Rasa macam nak pergi lagi muahahahaha. Orang ramai toksah ceritalah kan, benda sedap!! Mestilah kene beratur nak ambil ikan dan nak makan pun kene tunggu giliran. Semalam tu takdelah tunggu lama sangat, yang dah siap makan tu pandai-pandai je angkat montot sebab nak bagi peluang kat orang lain pulak nak makan ;).

Saya tak sempat nak snap gambar banyak-banyak untuk tatapan korang. Pemalu pun ye, ishh seganlah kat orang Temerloh hehehehhe. Tak boleh jadi blogger JJCM lah saya ni ;).

Oklah selesai bab makan ye korang, besok kita dah nak berpuasa dah. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa buat semua. Saya juga nak memohon kemaafan jika ada tersalah dan terkasar bahasa yang tidak saya sedari. Semoga Ramadhan ini memberikan rahmat dan keinsafan buat semua.

Gambar Raya Tahun 2011

20130709-083959.jpg


Spread the love

Tags : , , , , ,

16 Comments

  • adarain posted on July 9, 2013 at 11:17 am

    saya tak makan ikan patin, atau ikan sungai..ntahlah tekak takde selera.
    adarain recently posted..Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.My Profile

    Reply
  • aku penghibur posted on July 9, 2013 at 11:24 am

    wahhh bestnya dapat mkn ,nyumnyumm dah lame x mkn
    aku penghibur recently posted..Jangan Kau Hina Blogger Yang Mengguna BlogspotMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on July 9, 2013 at 1:55 pm

    Sedapnya.

    Salam ramadhan & selamat berpuasa aju.
    Fiza Rahman recently posted..Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa!!My Profile

    Reply
  • Hairul Azni posted on July 9, 2013 at 3:01 pm

    Air jagung tu memang menggugat selera saya..
    Hairul Azni recently posted..Jom Kita Puasa Esok HarisMy Profile

    Reply
  • papa mifz posted on July 9, 2013 at 3:53 pm

    selamat berpuasa buat Aju sekeluarga yer…:)

    Reply
  • lily@MamaQistina posted on July 9, 2013 at 4:15 pm

    Sedapnye air tu…tergda tengok.. 🙂

    Salam Ramadhan Aju..Moga ramadhan kali ni memberi seribu makna buat kita..^^

    Reply
  • Denaihati posted on July 9, 2013 at 4:39 pm

    Ini buat rasa nak berbuka esok dengan ikan patin…heee
    selamat menyambut ramadhan dan mula berpuasa esok.
    Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on July 9, 2013 at 4:48 pm

    Wowww!! air jagung tu nampak best sangat 🙂
    Myra Jay recently posted..Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013My Profile

    Reply
  • lizz posted on July 9, 2013 at 7:24 pm

    Lizz kalo balik pahang ader gak singgah makan sini…tapi x pernah minum air jsgung tu…Selamat berpuasa ajue…
    lizz recently posted..kedai makan best kat petaling jaya | Williams Corner yang sedapMy Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on July 9, 2013 at 10:19 pm

    Akak kalau air jagung biasa2 tu memang tak leh jalan…tp nengokkan yg kat sini, fuyoo bikin kecur air liur. Patin tempoyak memang marvelous ,suke sgt

    Reply
  • hafiz posted on July 10, 2013 at 7:10 am

    1st time rasa patin masak tempoyak, sedap juga…
    hafiz recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan Al MubarakMy Profile

    Reply
  • titan posted on July 10, 2013 at 5:10 pm

    siap angkat kaki lagi tu laki bini. haha..
    titan recently posted..Kitab Teknik SEO Merah Jambu dibuka untuk jualan.My Profile

    Reply
  • ema posted on July 11, 2013 at 10:53 am

    tahun lepas kaler hijau..tahun ini kaler apa pula..hahaha..laju jer tanya pasal tema raya…Selamat Berpuasa Aju
    ema recently posted..Maybank Treats FairMy Profile

    Reply
  • fiezaradzi posted on July 11, 2013 at 3:27 pm

    bukan setakat air, ikan patinnya pun, macam sedap aje.. hehe. aduh, puasa ni.. hehe
    fiezaradzi recently posted..Ibadah Wanita Uzur di Bulan RamadanMy Profile

    Reply
  • hafizmd posted on July 12, 2013 at 2:30 pm

    tak sanggup tgk lama2…scroll terus sampai bahgaian komen…

    air jagung tu marvelesnye!!!!!
    hafizmd recently posted..Seloka Selamat Berpuasa RamadanMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on July 17, 2013 at 2:38 pm

    Auuu so sweet..hehe..semoga berbahagia sellau yer..ikan tu nampak best..memang dugaan di tengahri ni..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband BaruMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge