Parenting Perkembangan terkini si manjaku Adam August 27, 2013

Spread the love

20130826-224431.jpg
Budak yang lasak

Alhamdulillah sudah hampir 2 bulan si manja Adam saya ni tanpa diapersnya. Kisah yang mula-mula dulu tu bila saya ajar Adam tak pakai diapers di siang hari kan. Emm misi tu dah berjaya!! Pada saya memang psikologi memainkan peranan dalam situasi macam ni. Bukan nak ajak suami pergi shopping je nak kene psiko, bab-bab lain pun korang mesti praktikkan juga tau ;). Misalnya nak minta duit poket, nak ngendeng belanja make up, barang kemas kekekeke, psiko itu penting banget!!

20130826-224328.jpg
Flash card Adam

Nak pulak kan bebudak sekarang ni, uishhh lain macam. Tak macam zaman kita dulu, mak ayah kata haipppp!! je kita terus tak buat, patuh sungguh!! Bebudak sekarang kalau marah, ada je jawapannya. Dengan anak no 2, iaitu Najiha, saya baaanyaakk kene sabar. Kene pujuk, terangkan kenapa benda tu tak boleh, kenapa itu, kenapa begini. Psikooooo sokmo. Kalau marah dan tengking dia akan buat muka sardin je, kalau sambal sardin tu sedap juga nak makan ngan roti. Kalau muka sardin? pikirlah sendirikkk.

20130826-224356.jpg
Mari mengenal objek
20130826-224342.jpg
F for frog
20130826-224349.jpg
Peace yo!!!

Ok berbalik pada tajuk tadi. Bila Adam dah dilatih tanpa diaper di siang hari, saya pastikan Adam akan ditanya untuk buang air setiap 15 minit. Kadang-kadang tu bila dia sibuk bermain kat luar rumah dia sendiri dah lupa nak buang air. Bila masuk umah terus terkinja-kinja tak tahan nak kencing. Hmmmm melurulah saya bawak Adam ke toilet. Yang saya sedar Adam dah tak kencing waktu malam tu bila setiap hari saya tengok diapersnya kering setiap kali bangun pagi. Maksudnya malam tu Adam memang dah tak kencing dah ;).

Owh ye, Adam juga dah tak bangun malam menyusu sejak umurnya 2 tahun. Alhamdulillah dapat juga saya susukan Adam selama 2 tahun. Jadi memang dah lama saya dan suami tidur lena dan tiada gangguan di waktu malam hahahaha. Itu sebab saya pikir Adam dah tak rasa nak buang air waktu tidurnya tu. Juga saya pastikan sebelum tidur semua dah masuk toilet dulu dan barulah masing-masing boleh tidur.

Oklah misi Adam untuk “no diapers” sudah berjaya, bulan ini Adam genap 3 tahun 6 bulan. Sudah besar si manja ibu ni. Lasak dan aktif sangat-sangat!! Sokmo buli kakak-kakaknya dan petah bercakap!!! Setakat ni masih belum mengenal huruf, tapi dah boleh mengenal anggota badannya dan gambar yang ditunjukkan padanya. Tapi tak boleh blah betul bila ditunjukkan gambar tu setiap satu, pasti saya gelak pecah perut, hihihi comel. Pastu Adam akan cakap “Ibu nihhh!! Janganlah kelakar!!! Dia nak cakap janganlah gelakkk!!! Kekekekekkeek

Adam ini gambar apa?

20130826-224402.jpg
Adam apa ni? Orang doktor..hahahaha
20130826-224409.jpg
Untuk tiup kekeke
20130826-224423.jpg
Adam kata ini untuk zip hehehe

Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

16 Comments

  • lizz posted on August 27, 2013 at 10:57 am

    Ololo tomeyler gelagat dier..takper asal rajin nak belajarkan..senangkan kalo anak tak pakai diapers..jimat sikitkan…
    lizz recently posted..Adik dan abang ke ikeaMy Profile

    Reply
  • Sheila Salim posted on August 27, 2013 at 11:28 am

    Assalamualaikum kak, wahh adam dah pandai tak pakai pampers ye. anak buah sheila dah 4 tahun baru diajar tak pakai pampers siang. malam still pakai. hehehe. semoga adam membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh pada ibu bapa adam yeee 🙂
    Sheila Salim recently posted..Re-launching Virtual Malaysia 2.0My Profile

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on August 27, 2013 at 12:23 pm

    hihiii comel je adam ni.. orang doktor yer.. patut;lah mamanya gelak.. sian adam.. nanti auntie babap mama yer… hihii
    IntaNBerliaN recently posted..Alamakkkk kembali mencecah angka 4My Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on August 27, 2013 at 12:30 pm

    Saya langsung tak tahu bab-bab penjagaan anak kecil ni. Hehe. Belum tiba masanya lagi.
    Hazmin Hamudin recently posted..Makin Jahanam Alexa Blog NiMy Profile

    Reply
  • Qashmere posted on August 27, 2013 at 12:40 pm

    Mari mengenak objek dengan kaki ke tu adam? Hehehehe
    Qashmere recently posted..2 Hari 1 Malam Di Kinta Riverfront Hotel & SuitesMy Profile

    Reply
  • aanie posted on August 27, 2013 at 1:26 pm

    bestnya dah x pakai pampers langsung dah…blh la mintak adik…..kekeke….

    adam aanie kuat kencing time malam…bgn pg mesti penuh pampers dia…kadang2 tu siap lencun lagi…huhu…camne ni??
    aanie recently posted..Shopping di Nilai 3My Profile

    Reply
  • papa mifz posted on August 27, 2013 at 4:09 pm

    oh Adam dan Mifz kira sebaya lah kan , beza bulan…Mifz bulan 10 nanti baru terjah 3 tahun…:)

    Reply
  • Mohd Shubhi posted on August 28, 2013 at 12:08 am

    Dalam bab latih anak lepaskan diapers ni saya cukup kagum pada kaum ibu !
    Mohd Shubhi recently posted..6 sikap orang berjayaMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on August 28, 2013 at 9:23 am

    Wahhh tahniah Adam, dah besar ye 🙂
    Merdeka dari Drypers 🙂
    Myra Jay recently posted..Tamat Sudah secara RasmiMy Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on August 28, 2013 at 9:40 am

    Masa anak kecik2 ni senang nak dibentuk apa2 pun.. sebab tu ada pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.. dan bab nk ajar ke tandas tanpa bergantung kat pampers ni memang laa mencabar.. dalam kalut ada juga seronoknya kan Aju 🙂

    Reply
  • hafiz posted on August 28, 2013 at 5:01 pm

    wah sebayalah Jun dengan anak no 2 kita..
    hafiz recently posted..Akhirnya nama diberiMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on August 28, 2013 at 5:34 pm

    Pandainya adam. Qahirah klo nak poo poo dia minta pampers. Tak nak yak dlm toilet…huhuhu…
    Fiza Rahman recently posted..Projek KUIH RAYA 2013!!!My Profile

    Reply
  • Hafizul posted on August 28, 2013 at 11:27 pm

    Mujurlah saya tak kena psiko nih..kalau tak jenuh lahhh..ahahaha..semoga membesar dengan sihat yer dik..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

    Reply
  • fiezaradzi posted on August 29, 2013 at 11:45 am

    pun dalam usaha buat anak laki 2 tahun 7 bulan ni tanpa pampers.. kalau siang mmg ok, bila nak shu shu tu, dia cakap la.. sambil lompat2.. haha.. tapi bila ada kakak main2, lupa terus.. nasib baik belum buang sepenuhnya.. ni tak hantar nursery, oklah, kalau hantar nanti, tak tau macam mana..
    fiezaradzi recently posted..Bakal Menjelma Oktober IniMy Profile

    Reply
  • lily posted on August 29, 2013 at 12:29 pm

    Tahniah Adam..senang hati bila anan dab free diapers…moga Adam terus membesar dgn sihat bagai juara…^^
    lily recently posted..Syawal 1434 @SabahMy Profile

    Reply
  • Nadiah posted on September 4, 2013 at 11:50 am

    Salam wah Adam sebaya Aliff. Boleh lah, Nadiah pun nak cari flashcard ada jawi dan ejaan melayu. Suka suka!

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge