Kelmarin, Hari Sabtu, adalah hari sukan tahunan Tadika Little Caliphs Sri Gombak. Tahun ini merupakan tahun terakhir Najiha di TLC. Saya daftarkan Najiha bersekolah di sini dari umurnya 5 tahun lagi. Tahun ini hari sukan TLC diadakan di Taman Tasik metropolitan Kepong, bermula jam 8:00 pagi. Cuaca pagi itu mendung dan gerimis sekejap-sekejap tapi syukurlah tidak hujan. Alhamdulillah cuaca tak panas, tidaklah menggelisah je anak-anak ni nanti.
Suami saya pula ada kerja di Kuantan, padahal sebelum tu beliau dah bercadang untuk ambil cuti bagi sama-sama menyaksikan sukan najiha. Tak mengapalah bang, kita hanya mampu merancang kan, lagipun saya dah boleh memandu sendiri bersama-sama anak-anak. Adam dah boleh dengar cakap, jadi tidak susah pemanduan saya setakat ini :), alahai lagipun tasik Kepong tak jauh dari rumah saya, so mudah sajorkk ;).
Nak menyiapkan anak-anak di pagi hari memang mencabar. Nak pula malam sebelum tu kami ke Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan, dan masing-masing tidur lambat. Bila dah tidur pun lambat, bangunnya pasti liat kan. Tapi Najiha, saya kejut sekali je dah bangun. Yelah semangat nak bersukan, manakala Najwa dan Adam pula kene kejut berkali-kali. Bila dah pujuk dan berlaku adegan nangis mengeliat barulah nak celik mata hihi. Kemudian solat subuh berjemaah dan bergegas bersiap dan bersolek bagai.
Sampai je di tasik, duk pusing-pusing cari parking pula. Orang perempuan kalau tak jumpa parking mulalah nervous semacam hihi. Bila dah dapat parking, terus hantar Najiha ke bawah khemah untuk pendaftaran. Ehmmm lega saya sempat mengejar masa, padahal ramai je yang sampai selepas saya tu ;). Biasalah kalau ada acara sukan macam ni, mak pak kene sedia duit je untuk beli makanan, minuman dan mainan bebudak yang dijual di tepi-tepi padang tu. Kalau tak dibeli maunya dapat tengok aksi berguling kat situ :).
Ok di sini saya sertakan video sukan Najiha, ada dua acara yang disertainya. Semua pelajar pun dapat menyertai acara ini, bezanya bergilir-gilir mengikut tahap umur masing-masing, dari 5 hingga 6 tahun. Bangga melihat anak saya duk berlari-larian macam tu. Walaupun badannya bambam sihat tapi aktif gitewww hehehhe. Maaflah video ni terbalik, saya pun tak tahu macamana nak betulkannya. Tahu upload je, nak edit haraammm tak gheti hehehe. Kalau suami ada mesti saya dah menjerit bagi semangat kat Najiha, suami takde so saya sangat behave di situ kakakakkaka.
Ok posing sat dengan medal Najiha, gambar apple tau, sama dengan model HP ibu dia. Selepas acara sukan berakhir, sempat bebudak ni pujuk ibu nak main kat mainan belakang tu, takpelah temanlah sekejap, buat melepas gian nak main buai, slide semuanya. Emmm kawan-kawan opis semua tanya, macamana saya handle anak-anak seorang diri? Hahhahaha takde petua apapun, pada saya, kalau kita ikhlas nak jaga anak-anak, walau susah macamana pun, kita boleh uruskan anak-anak tanpa bantuan suami. Yang penting kuat semangat, kalau buat lemah lutut lembik badan, memang tak kemanalah kita kan. So kuat semangat okeh!! Chaaiiyokkk!!!
(2147)
bestnyer najiha bersukan…siap dapat hadiah lagi tu…ajue lizz pun gitu kalo tak dapat parking mula la nerbes padahal takder apa pun kan hehe…adam nampak lain nampak lagi hencem baru potong rambut ker…
lizz recently posted..adik dan abang bila bergambar
rmi gk tgk kwn2 yg anak ada sportday vkend aritu..school tisya blum lg..tahniah najihah dpt medal
mamatisya recently posted..BE ke-15 untuk 2013
Tahniah utk najiha dpt medal,tahniah utk ibunye pula sebab dpt handle semua dgn jayanya even bapanya tak ada sama. Seronok kan layan anak2 umur begini. Nanti bila depa dah masuk alam remaja,lain pula ceritanya…
dja@sishaza recently posted..DIET MENGIKUT JENIS DARAH
Bagus jugak mendung ya kalau panas terik kesian kat anak-anak
Mohd Shubhi recently posted..Tips beli lauk dari taukeh Pasaraya Mydin
sekrang musim sportday kan..rata2 tgk upload gmbr anak sukan..anak kita belum sekolah belum lg lah nk rsa p suka anak..hehe gud girl najiha!
fiza recently posted..Cutter yang super comel ~
Hehe..peace yo..dah lama tak main sukan kat sekolah macam ni..
Hafizul recently posted..Penyamun Cintaku
Suka anak2 kan bila ibu bapa datang bagi sokongan….
Meriah hari sukan sekolah Najiha…tahniah jugak utk Najiha…
Mp recently posted..debaran makin terasa. ..
semalam anak buah PM ada sorang tuh pun tadikanya buat hari sukan jugak…
papa mifz recently posted..Suka Menghempas Pintu
seronok tgk…tgk pun dah rasa happening…hehe
najwa ni nanti sekolah sri gombak 1 ke 2 ni aju?
hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #12 Buat Kerja…
seronok tgk budak-budak bersukan ni
ema recently posted..Pegang kejap jer….
Memang seronok bila tengok anak2 bersukan..
Hairul Azni recently posted..Tadika Yang Mempunyai Program Transit Memudahkan Ibu Bapa Yang Bekerja
mcm karnival pra sekolah plak aku tengok budak2 ni.hehe
pahan recently posted..Update Paling Menarik Dari Blog Walking #6
mesti seronok habis budak-budak tu kann..
titan recently posted..Sedikit cerita tentang Konvensyen Usahawan Muslim 2013
Dah lama tak merasai suasana sukan sekolah/tadika macam ni. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Projek Getah Untuk Pribumi Di Kampung Orang Asli
Meriahnya. Sukan skolah kimi dah lepas.
Samalah kita aju, memang menggelabah klo tak jumpa parking.
Fiza Rahman recently posted..My Little BODYGUARD!!!
baguslah tadika tu aktif…
hafiz recently posted..Kerja keras demi keluarga
alahai comelnya ank sis aju ni…yang ni anak no berapa?
suri recently posted..Muzium Negara Diraja Kuala Lumpur
last sekali main sukan2 nie zaman sekolah rendah je laa huhu
Khairul Zamri recently posted..Tips Meningkatkan Penulisan di Blog