Uncategorized Kinderdijk Melancarkan Kempen Jelajah Keselamatan Kanak-kanak October 20, 2013

Spread the love

20131019-201057.jpg

20131019-201419.jpg

Saya sempat menghadiri satu event Kinderdijk pada Khamis 17 Oktober 2013 di Mid Valley yang mana Kinderdijk Sdn Bhd telah melancarkan Kempen Jelajah Keselamatan Kanak-kanak selama satu minggu yang melibatkan komitmen yang kukuh daripada Kinderdijk dalam memberi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga supaya berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu bagi untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka. Siri penjelajahan ini akan diadakan bermula pada tarikh 14 sehingga 20 Oktober 2013 di Mid Valley Megamall, turut dipamerkan adalah kerusi keselamatan kanak-kanak Aprica and Graco, kereta sorong kanak-kanak, ‘carrier’ bayi dan sistem perjalanan, yang semuanya direka selaras dengan prinsip-prinsip pediatrik dan penjagaan kanak-kanak untuk meningkatkan penjagaan kanak-kanak dan mewujudkan kehidupan keluarga yang menyeronokkan.

Gwei Tze-Co, Pengarah Urusan, Kinderdijk Sdn Bhd berkata, “Berdasarkan statistik, ramai ibu bapa seolah-olah menganggap bahawa anak-anak mereka yang dibiarkan duduk di atas riba cukup untuk melindungi mereka daripada kemalangan. Ia juga menjadi satu ‘trend’ yang membimbangkan apabila penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan sistem perjalanan tidak diambil serius oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Ibu bapa perlu faham bahawa anak-anak adalah berharga seperti kargo ‘on-board’, justeru nilai keselamatan tidak boleh diabaikan dan tidak boleh dipandang mudah kerana ia memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa yang panjang.

“Menurut kajian yang dijalankan oleh MIROS, bayi akan tercampak ke depan pada kelajuan yang tinggi walaupun dipegang oleh orang dewasa semasa perlanggaran kenderaan walaupun dengan hanya 30km per jam dan kebanyakannya akan terbunuh sebagai kesan langsung daripada impak tersebut. Oleh sebab itu, dilengkapi dengan peralatan perjalanan bayi yang betul dan selesa membantu memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa apabila penggunaan peralatan keselamatan bayi ini dipratikkan,” kata Jenny Kwan, Pengurus Kanan Jualan, Hong Kong & ASEAN, Newell Rubbermaid Asia Pasific. “Tambahan lagi, ibu bapa perlu mengamalkan penggunaan pemasangan tali pinggang dan anak-anak kecil perlu diajar untuk menggunakannya. Keselamatan adalah penting bagi perkembangan anak-anak dan ia juga penting untuk memupuk tabiat berhemah ini bermula dari kecil lagi.

20131019-201643.jpg

Memahami Sebab di Sebalik Senyuman Bayi

Ahli psikologi mendapati bahawa bayi merupakan individu yang paling gembira apabila mereka berasa selamat dalam persekitaran yang boleh dipercayai. Senyuman bayi boleh membawa keajaiban dan menghilangkan tekanan. Untuk memastikan keselamatan bayi, pakar-pakar Aprica merekabentuk produk-produk yang dibangunkan dengan pendekatan saintifik dan sains perubatan kepada bayi dan penjagaan kanak-kanak bagi menyediakan keselesaan kepada bayi. Begitu juga Graco yang menyediakan penyelesaian keselamatan yang membuatkan kanak-kanak lebih mudah dengan produk yang sangat selesa dan intuitif, memenuhi kehidupan keluarga yang menyeronokkan. Berikut adalah harga produk yang dipamerkan sewaktu kempen keselamatan tersebut.

Aprica
Soraria (Stroller)
RM2,099
Fladea (Car Seat)
RM2,299
Colan Bigi (Baby Carrier)
RM569

Graco
Graco Evo (Travel System)
RM2,490
Citilite R Red (Stroller)
RM899
Size 4 Me 70 Branson (Car Seat)
RM1,290
Contour Prestige Poppy (Pack ‘N’ Play)
Contour Prestige Poppy (Pack ‘N’ Play)
RM1,199

20131019-201502.jpg

20131019-201520.jpg

20131019-201550.jpg

20131019-201620.jpg


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , ,

7 Comments

  • hafiz posted on October 20, 2013 at 11:20 am

    Boleh tahan juga mahalnya stroller dia…
    hafiz recently posted..Khaleeda sudah 2 bulanMy Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on October 20, 2013 at 7:11 pm

    wah, preview yg sangat berguna untuk ibu bapa ni Aju… terkadang kita sendiri rasa macam dah buat langkah betul untuk anak-anak tapi rupanya masih ada tip keselamatan yang tidak menepati situasi sebenar

    Reply
  • suri posted on October 21, 2013 at 8:38 am

    salah satu kepemgkapan penting untuk bayi dan kanak-kanak

    Reply
  • Fiza Rahman posted on October 21, 2013 at 11:23 am

    Rajinnya aju join event. Mcm mana nak join event mcm ni?
    Fiza Rahman recently posted..EXAM Akhir Tahun│GOOD LUCK Iman HakimiMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on October 21, 2013 at 3:10 pm

    Thanks berguna untuk saya selaku bapa yang baik hatinya..hehe..ehh anak patung ke anak sungguh tu?hehe
    Hafizul recently posted..Blogger Yang Berani Untuk BerjayaMy Profile

    Reply
  • mp posted on October 21, 2013 at 11:46 pm

    Bagus kempen ni kan…berguna utk ibu bapa..
    mp recently posted..Tak susah..tapi mahal..My Profile

    Reply
  • ema posted on October 22, 2013 at 9:05 am

    tunggu ada baby..bolehlah beli..yg lama semua dah rosak..
    ema recently posted..Ibu bapa lepas tanganMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge