Uncategorized Pap Smear | Saya sudah, anda bagaimana? October 10, 2013

Spread the love

20130923-231150.jpg

Soalan ini khas kepada kaum wanita ye, buat kaum adam sila ambil perhatian juga untuk pengetahuan pasangan anda ;). Kepada anda yang pernah buat ujian ini tahniah diucapkan. Kalau nak tahu ini adalah ujian pertama yang pernah dibuat sepanjang hidup saya. Takut, sakit, malu, ngilu semuanya bermain di fikiran sebelum saya menjalani ujiap pap smear ini. Tapi kita tahu kepentingan ujian ini, bagi membuat pemeriksaan terhadap tahap kesihatan dalaman badan. Memang tidak rugi kita membuat ujian ini. Jadi mak, makcik, kakak, adik dan kawan-kawan wanita yang masih belum melakukannya, marilah sama-sama membaca lebih lanjut tentang ujian ini untuk pendedahan dan pengetahuan awal.

Pap Smear merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik di mana:-
1) Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
2) Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
3) Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
4) Ia adalah satu prosedur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
5) Tidak perlu ubat atau bius.
6) Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?

1) Tidak menyakitkan.
2) Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

Wanita berumur diantara 20 – 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?

Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah persediaan awal yang patut dilakukan?

1) Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
2) Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
3) Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

info dari myservik.gov.my

20130923-231211.jpg
Contoh ketika perosedur pap smear dijalankan

Ujian ini saya lakukan di klinik swasta dengan bayaran RM90, untuk pengetahuan rawatan ini tidak di cover oleh panel insurans ye, jadi harus bayar tunai, kredit or debit card boleh diterima ;). Tak mengapalah lebih cepat prosedur dilakukan, lebih senang hati saya nanti. Kalau tidak, mesti tertangguh-tangguh lagi sampai dah 3 orang pun anak saya. Korang pun harus lakukan ujian ini bagi memastikan sebarang komplikasi dapat dikesan lebih awal, tapi moga dijauhkan dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Oklah sekian, tak sakit pun korang, tengok saya boleh update blog lagi pas buat ujian tu ;).

# Update Terkini : Alhamdulillah bayi Insyirah sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Keputusan ujian darah dan buah pinggang ok semuanya, syukur sangat-sangat. Terima kasih atas doa kalian semua 😉


Spread the love

Tags : , , , , , , , ,

16 Comments

  • Sheila Salim posted on October 10, 2013 at 10:26 am

    Assalamualaikum kak, sheila pernah insist doktor buat pap smear dulu. insyallah kalau ada masa memang nak buat ni. memang bagus ujian ni..
    Sheila Salim recently posted..Review : Lost World HotelMy Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on October 10, 2013 at 10:37 am

    Datang singgah. *tak tahu nak komen apa*
    Hazmin Hamudin recently posted..Membeli Kasut JoggingMy Profile

    Reply
  • BUI JUNAIDI posted on October 10, 2013 at 10:44 am

    BUI PUN TAK PERNAH BUAT LAGI SBB TERBAYANG ALAT TU MASUK KAT DLM..EIII,MMG X SAKIT TP TERASA NGILU JER..HAHA
    BUI JUNAIDI recently posted..Ole-Ole Dari Sabah / BE On GoingMy Profile

    Reply
  • ema posted on October 10, 2013 at 11:47 am

    ema pernah buat sekali..time tue preggy si kakak.. orang cakap masa pregnant tak boleh buat takut cederakan bayi dlm kandungan…tp Alhamdulillah…maybe sebab soktor tanya pernah buat pap smear ke tak..bila cakap tak..terus dia nak check….
    ema recently posted..Aku terima nikahnyaMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on October 10, 2013 at 12:02 pm

    Mj pun buat pertama kali dah buat semalam, mujur Doc pompuan.. Klau Doc laki konpem segan (malu) giler..hehee

    Mula tu takut gak, sebab 1st time kan dengan ramai cakap sakit, tp alhamdulillah ok je 😀
    Myra Jay recently posted..OsteMatrix – hilangkan lenguh badanMy Profile

    Reply
  • lizz posted on October 10, 2013 at 4:03 pm

    saya pun dah tapi 2 tahun lepas hehe…
    lizz recently posted..masak untuk anak dan suamiMy Profile

    Reply
  • fiezaradzi posted on October 10, 2013 at 4:36 pm

    setakat ni belum buat lagi.. ngilu pulak bila memikir nak buat.. haha.. tapi, in shaa Allah, akan buat buat jugak nanti..

    aju, buat kat mana?
    fiezaradzi recently posted..Gejala Penyakit KeputihanMy Profile

    Reply
  • mama adam posted on October 10, 2013 at 4:42 pm

    Dua tahun lepas kali terakhir. Ini kali, nak kena buat lagi lah. Demi kesihatan.
    mama adam recently posted..Bangun Tidur Terus Cari AdikMy Profile

    Reply
  • Mohd Shubhi posted on October 10, 2013 at 4:48 pm

    Baru hantar isteri pergi buat minggu lepas…
    Mohd Shubhi recently posted..Jangan habiskan semua pendapatan: Cara jadi kaya #9My Profile

    Reply
  • hafizmd posted on October 10, 2013 at 11:37 pm

    Alhamdulillah….adik insyirah dah sihat….yeay!
    hafizmd recently posted..Oh! Gambar Dalam Entri…My Profile

    Reply
  • papa mifz posted on October 11, 2013 at 2:27 am

    wife PM asyik bertangguh nak lakukan pap smear nih , nanti nak ingatkan dia balik…

    Reply
  • suri posted on October 11, 2013 at 12:19 pm

    belum cukup time loading lagi

    syukur dia dh sihat

    Reply
  • zie fauzi posted on October 11, 2013 at 11:48 pm

    dah buat…. lepas bersalin hari tu….kira dh setahun la….
    zie fauzi recently posted..Humaira Diserang Demam SawanMy Profile

    Reply
  • Mp posted on October 12, 2013 at 5:13 pm

    Akak buat 2 tahun lepas..Insyaallah , akan buat nanti…
    Mp recently posted..Akhirnya kejayaan milik kami..My Profile

    Reply
  • titan posted on October 13, 2013 at 4:56 am

    okeh. gua memang tak tahu pasal benda nih. belajar ilmu baru ini hari. haha..
    titan recently posted..Panduan Terkini Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 – 19 Oktober 2013.My Profile

    Reply
  • Hafizul posted on October 18, 2013 at 7:30 am

    Kena suruh isteri lakukan segera nih…huhu
    Hafizul recently posted..Duka Di AidiladhaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge