Parenting Bayi tak berak seminggu, normalkah? November 12, 2013

Spread the love

Hmmmmm tajuk tu straight to the point.

Maaflah jika ada yang sedang membaca blog sambil menjamah makanan, jangan korang bayangkan tajuk itu ye ;). Ini pasal anak buah saya yang tecit tu, siapa lagi kalau bukan baby insyirah.

Alhamdulillah kuningnya dah normal dan Insyirah semakin hari semakin comel macam auntie dia ;). Kuat menyusu dan kuat tidur, lagipun itulah ajelah rutin baby, kalau kata dah pandai merangkak nanti nampak sangat menipu kan.

bayi susu badan tak berak seminggu
Insyirah dan sihat uols!!! Alhamdulillah

Adik saya selalu merujuk kepada saya tentang penyusuan susu ibu, hmmm kalau pergi kursus mungkin saya dah boleh jadi Pakar Laktasi ;). Alhamdulillah sepanjang tempoh ini Insyirah masih minum susu ibunya secara ekslusif, tahniah buat adik saya tu.

Azam dia nak fully breasfeed baby sehinggalah umur Insyirah 2 tahun. Insha allah boleh, janji kene rajin pam, minum air secukupnya dan mental kene kuat.

Saya tak nafikan kalau korang pam susu then dapat sikit, ianya dah melemahkan semangat dan secara tak langsung ianya akan memberi kesan kepada mental dan pemikiran ibu-ibu. Takpe jangan putus asa, google je petua nak banyakkan susu ibu, mesti ada Insha Allah.

bayi tak berak seminggu
Apa yang Adam cuba lakukan ni?

Ok kembali kepada tajuk asal, Insyirah ni buang air besar seminggu sekali, adik saya tanya saya, normal ke? Saya jawab, macam tak normal je sebab anak-anak saya so far tak pernah lama macam tu duk peram pekasam dia tu ;). Ok apa lagi google lah, dan tak lupa bawa gi klinik dan dapatkan nasihat doktor.

Apabila adik bertemu dengan doktor, doktor tanya baby kentut tak? Adik kata kentut, then doktor kata it should be okay. Sebab kalau nak bagi ubat pun tak sesuai untuk bayi baru lahir ni.

Kalau saya baca di forum-forum pun semuanya kata adalah normal kalau baby yang berumur kurang dari 2 bulan, yang hanya minum susu ibunya, tidak buang air besar selama seminggu atau 10 hari. Antara yang dibincangkan ialah ;-

Apa yang perlu di ambil perhatian?

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya – bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah – susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Itu cerita 2 minggu lepas ye, sekarang Insyirah dah buang air besar secara normal, sehari 3/4 kali okey!! Jadi kalau anak korang juga mengalami simptom yang sama, jangan panik ye. Hahaha kalau saya pun panik juga tapi bila ada pengetahuan macam ni kita tahu nak buat apa kan.

Lagi satu rajinkan mengurut dan menuam perut bayi. Bagi senaman kaki kat bayi bayi, maksudnya urut kaki dia, lurus pastu naikkan ke atas, macam gambar kat atas tu. Buat senaman kaki baby, jangan korang bagi kaki pulak kat dia kalau diorang nangis tak selesa, sian baby huhu.


Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

15 Comments

  • nafisa81 posted on November 12, 2013 at 1:53 pm

    ntahla aju..maknya ni yg selalu payah nak uk uk..
    nafisa81 recently posted..Kitchen Hand GloveMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on November 12, 2013 at 2:14 pm

    Memang kena selalu tuam perut baby….barulah dia selesa
    hafiz recently posted..Komisyen ke 12 Panduan Baju KurungMy Profile

    Reply
  • lizz posted on November 12, 2013 at 3:49 pm

    Kalo dr dah kater ok…mungkin ok la kot…kan…tp kalo dia meragam tu yang risau…adam tu mcm nak adik lg jer tu hehe
    lizz recently posted..Aktiviti hujung minggu | kedai buku popular di ipoh ParadeMy Profile

    Reply
  • Anak Askar Pencen posted on November 12, 2013 at 3:57 pm

    Bayi newborn berak seminggu sekali memang normal. Tapi new parent macam saya dulu pun menggelabah jugak bila anak tak berak-berak ni. Haha
    Anak Askar Pencen recently posted..Playboy itu Tidak Semestinya Perlu HensemMy Profile

    Reply
  • blogger lelaki posted on November 13, 2013 at 12:04 am

    seminggu tu agak lama kot…sebab anak saya paling lama 4 hari itu saya dah risau..igtkan nka bw pergi hospital..tapi dang2 dai berak pulak hari keempat tu..hu3
    blogger lelaki recently posted..Cinta Satu AnugerahMy Profile

    Reply
  • cikpid posted on November 13, 2013 at 1:52 pm

    Hai kak.. jalan2 tetiba terjumpa blog akak plak..
    Lepas tu kebetulan ada cerita pasal baby alin… terus excited. Tahniah Alin.. dah 3 anak 🙂

    By the way saya ni cikpid.. kawan alin. Itupon kalau akak kenal laa.. hahaha

    Reply
  • khalifahmart posted on January 29, 2014 at 12:45 am

    Bagi saya elok stanby ubat ikut bontot. Pasal risau takut suhu badan jadi naik, tapi kalau setakat 3-4 hari biasa berlaku pada baby. cuma ibubapa kena alert takut suhu badan naik

    Reply
  • limie Shaklee posted on June 3, 2014 at 1:33 am

    alhamdulillah, anak sy tiada masalah ini
    limie Shaklee recently posted..Shaklee Mighty 3 Gems Set Berpuasa Shaklee Bantu Kekal Cergas Semasa BerpuasaMy Profile

    Reply
  • Farah posted on July 3, 2014 at 5:47 am

    Standard la tu seminggu sekali berak. sebab baby tak kuat lagi minum susu

    Reply
  • huda posted on December 16, 2014 at 5:54 pm

    untuk baby fully breastfeed memang normal kalo tak berak seminggu,

    itu yang kaunselor lactation btau syla..

    alhamdulillah anak saye xde masalah bab2 cmni, cume time mule2 lahir die xkencing, doktor kate takut buah pinggang kering…then masuk air

    pastu baru kencing…risaunye time tu…
    huda recently posted..Omega Guard dan Mealshake Shaklee Kombinasi Terbaik Untuk Simanja AndaMy Profile

    Reply
  • Waney posted on April 8, 2015 at 12:33 am

    tengah alami sekarang..hari ni masuk hari ke 4 baby x berak…tengah pantau lg…die menyusu kuat…mcm xpernah kenyang…normal ke tu?

    Reply
  • Norasmalee posted on April 21, 2015 at 2:00 pm

    salam…baby saya 5 bulan..fully breastfeeding…dia tak buang almost 3 minggu..every week sy bawa dia pergi klinik dr masuk ubat kat no tot..kalau kes camtu normal ke tak?ada tak cara berkesan nak bagi dia buang air besar se kurang-kurang ya seminggu sekali

    Reply
    • nadia posted on October 1, 2015 at 10:22 am

      Sama mcm kes baby saya skrg ni, fully bf,5 bulan & almost 8-9 hari xberak.Buat ms ni sy xbg lagi ubat masuk kat no tot tu.Ank sebelum ni mcm xpernah pulak smpai mcm ni.Risau sgt..
      nadia recently posted..Coretan Tentang IbuMy Profile

      Reply
  • Malaysia Sentral posted on October 4, 2016 at 9:18 am

    terima kasih untuk tipsnya ya
    Malaysia Sentral recently posted..Cara Mudah Untuk Semak Bil AstroMy Profile

    Reply
  • raihanah posted on February 6, 2017 at 9:38 am

    kalau baby bf not to worry sangat kan. anyway kena pastikan tengok tanda2 menunjukkan keseriusan masalah baby kalau ada
    raihanah recently posted..Suami Menderita SLE Myasthenia Gravis Kini Semakin SihatMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge