Umum Pertama kali ber “PopLook” December 6, 2013

Spread the love

Hai hai hai semua!!! Dah makan?

Korang pernah shopping online kat thePoplook tak? Saya dah lama dengar shopping online ni tapi belum pernah nak jenguk ke situ lagi. Hmm kebetulan konvo Najiha aritu memang saya nak cari dress untuk majlis tersebut. Hahahha kata event kat Hotel kan, haruslah bersiap siaga dengan pakaiannya. Alah nak menceriakan diri sendiri je sebenarnya, barulah semangat nak bawa askar-askar tu semua ;).

20131110-152422.jpg

Saya duk usha nak beli baju kat atas ni. So bila fikir-fikir semula better saya cari dress je. Sebab baju kurung dan kurung moden ni dah banyak kat rumah. Dress pun boleh juga nak pakai ke ofis atau majlis rasmi atau kenduri kendara kan. Kelip-kelip mata sikit ;).

Hmmm mana satu jadi pilihan hati?? Haaaaa ini ha!! Dress dia sweet dan cantik giler. Harga pun berpatutan sebab material chiffon dia best dan full lining ye. Tak perlu pakai inner mahupun kain dalam. Very comfortable dan tak panas!!! Rasa macam princess sebab kain kembang dan beralun bila berjalan. Senang sangat nak melangkah mahupun berlari-lari sambil mengejar anak-anak yang lasak tu. Dan ada tali ikat belakang tau, memang rasa feeling macam Cinderella, bolehhh?? Feeling feeling mengalahkan kanak-kanak rebina yang tak boleh blahhh sangaaatt!! #tangandidadamatakeatas ;).

#TIPS nak pilih size mana sesuai? Ok ukuran yang diberi adalah dalam ukuran sentimeter (cm). Orang kata nak beli baju silalah ukur baju di badan sendiri. Korang ambil tali tape. Ukur semua part bahagian di badan korang, then tengok setiap ukuran di details yang diberikan. Jangan ikut ngam-ngam je ye dak nanti jadi sarung nangka. Ehem-ehem saya pakai size M ye hehehehe. Kotlah korang terpikir nak tanya, jadi saya jawab siap-siap hehehe. So pilihlah size yang korang selesa, biar loose takpe haruslah shariah compliance ok!!

20131110-152436.jpg

Bila dah dapat dress, harus pula ada tudung mahupun selendang. Nah, ini pula selendang pilihan hatiku. Ngeh-ngeh sepadan kan? Sebab saya akan padankan warna hijau minimum di selendang kontra dengan dress tu. Selendang pula sedap kainnya, senang nak bentuk supaya jadi muncung tegak je macam yang saya pakai tu. Selendang ni dipotong lengkuk di hujung, alah macam halfmoon tu. Hahaha maklumlah bukan tukang jahit, tak reti nak guna term yang sesuai ;).

20131110-152755.jpg

Emmm bila dah pakai baju tu selesa, tak mustahil nak beli lagi kan. Oklah kalau korang pun teringin nak poplook juga silalah ke website diorang http://thepoplook.com/. Happy shopping ;). Malas nak posing berdiri, boleh gitu? Hahahha sendiri imagine lah. Kebanyakan blouse yang dijual juga labuh dan menutup punggung, tapi selalunya kalau diorang publish blouse terkini sure cepat je sold out. Jadi memang kene cepat sebelum kehabisan 😉


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

9 Comments

  • Fiza Rahman posted on December 6, 2013 at 10:46 am

    TPL memang slalu sold out. Kena cepat2 klik ☺☺

    CAntik baju tu.
    Fiza Rahman recently posted..Bertabahlah Lya AfrinaMy Profile

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on December 6, 2013 at 11:16 am

    saya pun tingin nak guna tapi susahlah sbb tak boleh nak menyusu 🙂
    IntaNBerliaN recently posted..Tak malu dah besar pakai pampers…My Profile

    Reply
  • zie fauzi posted on December 6, 2013 at 1:19 pm

    cantik dress hijau tu… teringin tp kan… menyusu badan susah la nak pakai dress cantik mcm tu.. kena cari yg khas utk menyusu boleh la…
    zie fauzi recently posted..Blouse Sedondon Untuk Anak-anakMy Profile

    Reply
  • Anak Askar Pencen posted on December 6, 2013 at 3:32 pm

    Mudah shopping online ni. Tak perlu spend masa pilih-pilih baju kat kedai. Kat rumah pun dah boleh.

    Ok, done menabung iklan Maple Story 🙂
    Anak Askar Pencen recently posted..Banjir, masalah antara mendapatkan Air dan membuang AirMy Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on December 6, 2013 at 5:41 pm

    Aju dengan fesyen macam irama dgn lagu ye …selalu best dan meriah je. Nicelah dress tu ..tapi akak ni susah nak shopping online. X puas hati sebab x dapat try n belek2 macam selalu kat fitting room tu

    Reply
  • TehR posted on December 6, 2013 at 11:20 pm

    belum pernah beli pakaian cara online
    beli barang lain ada la

    Reply
  • Mp posted on December 9, 2013 at 9:41 am

    Cantiknya Aju pakai..sesuai sangat…
    Mp recently posted..Terbang lagi…My Profile

    Reply
  • Ain Ridzuan posted on September 24, 2014 at 8:37 pm

    Cantiknya tak berani beli baju online. takut nengok lain dapat lain..
    Ain Ridzuan recently posted..PELUANG PENDAPATAN DARI RUMAH SECARA ONLINEMy Profile

    Reply
  • Bali Tours posted on May 29, 2015 at 9:23 am

    This is a great post. This post give truly quality information. I am definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much for sharing and keep it up the good work.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge