Travel Harga Set Corningware di Langkawi January 9, 2014

Spread the love

Entri Pulau Langkawi masih lagi disiarkan walaupun dah masuk tahun baru ;). Tuan blog busy sangat sampai delay pulak entri makan angin ni. Apapun jom layan.

20131222-162244.jpg
Rams di Pekan Kuah Langkawi

Ok entri kali ini ala-ala nak ajak korang cuci mata sekali. Kiranya saya tourist guide ok hehehe. Bila sampai di Langkawi hati ini membuak-buak nak tengok pinggan mangkuk.

Ceh membuak ko, nampak sangat tak sabar nak cuci poket ni ha. Saya dah lama mengidam nak beli set Corningware, tapi tengok harga kat KL jauh beza dengan di Langkawi. Jadi bila dah singgah, tak masa nak tengok-tengok dah terus nyambor je.

Antara kedai popular di Pekan Kuah yang menjual barangan ini ialah Rams yang terletak berhampiran di Kompleks Pekan Rabu, Kompleks Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Saya survey harga dan bila dah confirm pilihannya terus bayar je. Huhu nanti survey banyak kali terus pening sebab semuanya cantik-cantik belaka. Waktu saya pergi ni, hari Rabu dan tak ramai sangat orang waktu ni. Bolehla nak tengok-tengok dan buat perbandingan harga.

20131222-162251.jpg
Semua cantik-cantik belaka

Kalau ikutkan memang nak beli macam-macam. Tapi duk memikir luggage tu 40kg je, jangan meraban beli ikut nafsu ye kak ton. Tengok kuali nak beli, tengok set pisau nak beli, tengok itu ini semua nak belilah. Hehehhehe tengok nafsu kan, jadi sabor ye, kita dahulukan yang utama dulu ;).

Kalau korang bandingkan harga set ni zaman dolu-dolu memang jauh bezanya dengan sekarang ni, Bezanya dulu muda mudi lagi, jadinya jiwa mak-mak belum terbit di dada, so bila anak dah 3 barulah jiwa mak-mak muncul, hmmm time ni pulak mahal regenya. Nak taknak belilah jugak, teringin…Lagi satu saya suka masak, jadi memang eloklah beli dari memendam rasa je nanti ;).

20131222-162258.jpg
Pemanggang Ajaib sangat

Mak saya posan, ekau boli pomanggang ajaib tu Ju, elok bonar mak masak guno tu, ekau boli kek sano murah. Ohoiiii mak den, eden memang nak boli tapi bilo memikir nak ngusung ea tu karang, den lupokan niat murni tu. Ekau paham tak den cakap ni Jang? Mak saya dah ada 1 pemanggang ni, korang boleh baca kat entri ni dulu.

So mak suruh saya beli untuk saya pulak, tapi memikir nak bawak tu karang, so saya taklah membelinya. Bila dah sampai KL, teringat-ingat, kalau mak saya tahu  ni, mesti kene bebel doplohpatjam hehehhe.

20131222-162305.jpg
Tu dia!!!! Tu dia!!!

Kaki saya ni ringan je melangkah tengok set pinggan mangkuk dan periuk kaca tu. Geram rasa nak borong semuanya hehehe. Sabar-sabar..Suami saya tunggu di luar je, dia tahu saya ni jenis tengok kejap, pastu pusing tempat lain, datang lagi, pusing lagi.

Semak kepala dia menengoknya, jadi dia redha tunggu kat luar dengan anak-anak :). Aman je rasanya membeli belah dengan begitu konsentrasi sekali.

20131222-162311.jpg
Nampak tak? Geram tengok
20131222-162317.jpg
Ecececehhhhh inilah idaman hati saya
20131222-162323.jpg
Saya beli yang buah plum purple tu RM389 phewww

Baru puashati bila dah dapat apa yang dingidamkan tu. Pendek kata barulah lena tidur malam Kak Ton. Kat kaunter bayaran nanti kita boleh suruh cashier bungkus berlapis dengan surat kabar. Biar cantik molek sebab nanti nak bawak masuk flight.

Saya risau juga kalau pecah ke apa kat tempat bagasi tu nanti. Dan jangan lupa mention kata barang tu barangan kaca masa nak check in nanti ye. Dan diorang akan letak fragile sticker kat situ. Dan bila sampai di rumah terus saya check barangan Corningware ni dan Alhamdulillah keadaannya elok-elok sahaja.

Kompleks Haji Ismail Group

Kebanyakan design yang ada di Rams tiada di kompleks HIG ni, tu yang saya beli je di Rams. Tapi kalau coklat, emmm pilihannya banyak di HIG ni. Terbahekk sangat 😉

20131229-073119.jpg

20131229-073127.jpg

20131229-073133.jpg

20131229-073140.jpg

IKLAN: JOM MEMBELI BELAH DI BUTIK ALIANAJIHA!!!

FB : https://www.facebook.com/ButikAlianajiha
IG : instagram.com/butikalianajiha/


Spread the love

Tags : , , , , ,

17 Comments

  • Hairul Azni posted on January 9, 2014 at 10:07 am

    Wah..seronok la Aju shopping di Langkawi..memang dengar cerita murah2 set pinggan mangkuk kat sana..
    Hairul Azni recently posted..Contest SEO – Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

    Reply
  • lizz posted on January 9, 2014 at 10:32 am

    Waaa best nyer semuanyer pinggan corelle i loike…nak jugak..biler nak gi langkawi nih…kalo saya mau berejam duk kedai tu belek2 lepas tu berangan..dapat beli satu set pun jadi la..hehe
    lizz recently posted..nasi goreng simple dan sedap | nasi goreng brokoliMy Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on January 9, 2014 at 10:42 am

    Kalau naik flight memang ada batasan sikit nak memborong. Kalau naik kereta tak tahu la macam mana gamaknya. Haha
    Hazmin Hamudin recently posted..Sunset Di Pantai Cenang, LangkawiMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on January 9, 2014 at 2:12 pm

    langkawi memang syurga para wanita berbelanja barangan dapur..
    hafiz recently posted..Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

    Reply
  • nafisa81 posted on January 9, 2014 at 2:25 pm

    aku mmg ngidam priuk yg boleh tenggek atas api tu…sbb pas masak bole aku idang dgn periuk sekali.
    nafisa81 recently posted..Muka cantik bahasa menarik..My Profile

    Reply
  • ema posted on January 9, 2014 at 2:57 pm

    kalau set pinggang mangkuk baik beli kat RAMs tak silaplah,,,sana mmg lebih murah,.
    ema recently posted..Hidangan Timur TengahMy Profile

    Reply
  • fieda posted on January 9, 2014 at 3:50 pm

    wah..seronoknyer kalau dpt shopping mcm kan aju..tp mmg jenuh la nk bawak balik..

    Reply
  • Rina posted on January 9, 2014 at 5:32 pm

    Barang pecah belah (kebutuhan dapur) di sini banyak dan sangat lengkap
    Kalau saya ada di sana sudah borong banyak tu hehehe 😀
    Rina recently posted..How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP ScriptMy Profile

    Reply
  • papa mifz posted on January 9, 2014 at 8:03 pm

    dugaan dan nafsu membeli belah di Langkawi memang sangat tinggi…hoho

    Reply
  • Mp posted on January 9, 2014 at 9:57 pm

    Wahhh mmng rambang mata dibuatnya…
    Kalau pergi Langkawi mmng tak sah kalau tak sambar pinggan mangkuk..
    Mp recently posted..Santapan 2014My Profile

    Reply
  • titan posted on January 10, 2014 at 11:53 am

    ini tempat sangat bahaya untuk gadis-gadisss dan makcik-makcik woo..
    titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 91 dan 92My Profile

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on January 11, 2014 at 10:45 am

    Cantik2 semuanye..memang rambang matalah dibuatnye.. 🙂
    lily@Mamaqistina recently posted..Celebrate Birthday Qis @Seoul gardenMy Profile

    Reply
  • Ummi Hanie posted on January 12, 2014 at 2:26 pm

    mmg juling bijik mata kalau kaum hawa nmpk bnde2 gini kann… :p
    Ummi Hanie recently posted..Cara buat duit sampingan dengan StreetDealMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on January 13, 2014 at 1:09 pm

    Hahaha…agak excited gitu aju ekk..mujurlah orang rumah saya tak macam ni..kalau tak pokai dah saya..hahaha
    Hafizul recently posted..Jadikan Hidup Lebih BerjayaMy Profile

    Reply
  • Kancil Kelabu posted on March 14, 2014 at 1:59 am

    Set mangkuk ppum mcm u bli tu skrg ade offer kat member jual… Rm290… 5bradik… N comell set smua murah2 dr rais… Stock clearance

    Reply
    • yah posted on May 17, 2015 at 11:21 am

      Tengok kat mana kancil kelabu?

      Reply
  • Azhan posted on June 18, 2019 at 2:59 pm

    pompuan pantang tgk pinggan mangkuk. huhu

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge