Uncategorized Kami keracunan makanan January 21, 2014

Spread the love


20140121-063320.jpg

Blog senyap sunyi, tuan blog disahkan keracunan makanan pula. Hujung minggu lepas saya pulang ke kampung untuk menziarahi mak tercinta. Rutin bulanan, sebulan sekali pasti menjenguk mak dan bertanya khabar. Pulang dari kampung, malamnya tu saya dan Adam dah mula muntah-muntah dan cirit birit.

Mula-mula tu rasa dah pening, loya dan tak sedap perut. Mengandungkah saya ni? Ish tak mungkin ;). Tapi bila perut mula memulas dan kerap ke bilik air, emmmm sahlah mesti keracunan makanan ni. Tidur saya terganggu dek Adam yang kerap muntah-muntah dan berulang ke bilik air. Kasihankan si Adam, saya kejutkan suami untuk ke klinik 24 jam yang berdekatan. Jam menunjukkan pukul 4:00 pagi. Owhhh macamana nak ke pejabat nanti ni?

Kebetulan pagi Isnin semalam saya ada mesyuarat dengan individu berprofil tinggi. Pertama kali saya uruskan kes individu berpangkat ni selama 6 tahun berkhidmat di sini. Seram sejuk usah katalah. Walaupun tak sihat tetap gagahkan diri juga sebab saya memang jenis tak suka nak susahkan orang lain untuk buat kerja saya sendiri. Kepala memang pening sebab tak cukup tidur. Alhamdulillah boleh juga drive pergi ke pejabat. Dan Alhamdulillah urusan di pejabat dipermudahkanNya ;).

Owh ye, waktu ke klinik pagi tu, saya diberi cuti sakit. So selepas siap kerja di pejabat jam 11:30 pagi terus saya pulang ke rumah dan mengambil Adam di rumah pengasuh. Selepas makan nasi ala kadar, Adam masih lagi berulang ke bilik air. Saya dah ok bab ke tandas, cuma demam pula ;). Waktu ni memang rasa bersyukur dengan nikmat sihat ni.

Bila belek-belek ubat yang doktor beri, saya tengok ubat demam tidak pula disertakan. So petang semalam sekali lagi ke klinik yang lain pula. Dapat ubat demam dan beberapa tambahan ubat yang lain. Takpelah telan aje, janji cepat baik, tak larat nak muntah ko. Sakit perut ni bila semua isi keluar. Terus kasihan tengok si Adam lembik je tapi yang bestnya, Adam ni jenis budak yang baik. Tak merengek kalau sakit tu, walaupun kene pujuk bila disuruh minum air garam, tapi dia bukan jenis menangis drama macam kakaknya ;).

Pagi ini sambung lagi dengan cuti sakit, Alhamdulillah Adam beransur sihat. Tapi kakaknya pula macam pening dan sakit perut. Najiha kata, ibu, Najiha tak sihat, taknak pergi sekolah agama, tapi sekolah kebangsaan nanti Najiha nak pergi. Aiikkk??!!! Emmm pagi ini, Najwa seorang je ke sekolah agama…


Spread the love

Tags : , ,

13 Comments

  • Sheila Salim posted on January 21, 2014 at 10:37 am

    Assalamualaikum kak, semoga cepat sembuh ya. patutlah tak nampak blog ter-update. hmm jaga2 bila makan di kedai luar.
    Sheila Salim recently posted..Pregnancy StagesMy Profile

    Reply
  • bada posted on January 21, 2014 at 10:55 am

    semoga cepat sembuh…

    kalau sakit, segala nikmat ilang…sobsob
    bada recently posted..Set Mengandung Shaklee Super Bajet!My Profile

    Reply
  • hafiz posted on January 21, 2014 at 3:05 pm

    Memang tak tahan perut kalau keracunan makanan ni
    Semoga cepat sembuh
    hafiz recently posted..Sudah menggunakan komen dari DisqusMy Profile

    Reply
  • lizz posted on January 21, 2014 at 3:31 pm

    la patutla..tuan blog tak sihat rupanyer…ajue makan ubta yek banyakkan rehat moga cepat sembuh…kesian adam kena cirit birit jugek yer…
    lizz recently posted..(resepi) kuih kaswi yang mudah dan sedapMy Profile

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on January 21, 2014 at 6:24 pm

    sian Adam & Ibu…keracunan makanan rupanye..patutlah blog sunyi…Moga kedua2nye cepat sembuh ye,.

    Reply
  • TehR posted on January 21, 2014 at 11:50 pm

    agaknya apa yang dimakan tu ya?
    moga2 lekas sihat seperti biasa
    insyaallah

    Reply
  • suri posted on January 22, 2014 at 9:25 am

    Selalu sampai 3x pi tandas slu cerit tu suri akan raba balang kaca ambil uncang teh celup dg air panas or suam.biar pekat sikt pastu minum.alhmdulillh ok lps tu.kalau ada rasa nk mbuang lagi selalu tu buangan najis yg terakhir.hope ank2 akan cpt sembuh

    Reply
  • nazayiena posted on January 22, 2014 at 10:01 am

    semoga cepat sembuh buat aju dan family,minum air byk2 buat ganti air yg byk dah hilang tu.
    nazayiena recently posted..Wordless WednesdayMy Profile

    Reply
  • ema posted on January 22, 2014 at 2:33 pm

    cirit birit berlarutan elok pergi ke hospital terus
    ema recently posted..Berkhidmat di luar negaraMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on January 23, 2014 at 11:04 am

    Siannya. Dah ok ke aju?
    Fiza Rahman recently posted..Dugaan | Nombor HP Di jaja untuk Khidmat Seks!!!My Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on January 23, 2014 at 11:17 am

    Sabar ye kak.. dugaan tu..

    Moga cepat sembuh ye 😀
    Myra Jay recently posted..Jom buat sendiri Nasi Arab di rumahMy Profile

    Reply
  • hafizmd posted on January 24, 2014 at 7:17 am

    Moga semuanya dah ok sihat belake…ameen

    bila terkenang sakit perut salah makan..Allahuakbar…seksa juga, tu baru sakit perut..nikmaynya sihat….
    hafizmd recently posted..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on February 2, 2014 at 2:22 pm

    Leh stress sakan jadinya kalau kena cirit birit ni..emmm…
    Hafizul recently posted..Pendapatan Ke 27 Dari JobdirumahMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge