Parenting Basuh beg sekolah anak March 2, 2014

Spread the love

20140301-071103.jpg
jemur beg

Cuti hujung minggu adalah waktunya buat semua ibu-ibu membasuh baju sekolah anak-anak, betul kan? Kebiasaannya kasut sekolah Najwa dan Najiha akan dibasuh oleh mereka sendiri. Jadi ibu akan lenguh menyental baju putih mereka.

Lokasi degilnya adalah di bahagian siku, poket baju dan hujung baju di tempat mereka selalu duduk. Sebelum membasuh baju putih saya terlebih dahulu akan merendamnya dengan. clorox dan sabun basuh serbuk semalaman.

20140301-071110.jpg
beg najwa dan najiha

Pagi Sabtu saya akan menyental sekuat tenaga dan mencucinya sehingga kesan kotoran hilang. Kalau korang tengok kesan minyak adalah kesan degil bedo’oh. Hahaha bedo’oh adalah degil sangat sangat kan? Hehehe rosak bahasa melayu kan hahaha.

Ok fine, kalau korang sental tapi kesan minyak tu susah nak hilang, korang jangan risau. Ambil sabun mandian korang, tepek kat kesan kotor dan terus sental. Terus hilang kata ko!!!

20140301-071116.jpg
beg budak pompuan memang cenggini
20140301-071122.jpg
Pink and meowww

Bukan setakat baju, saya juga akan basuh beg sekolah diorang ni 2 minggu sekali. Kadang-kadang pejam mata je tengok kekotoran tu tapi kalau dah kepam sangat memang takleh nak pejam mata pun, kesian tengok depa galas beg kepam pulak. Sekarang kan cuaca panas, jadi cuci pagi, di waktu petang memang dah kering beg sekolah tu tadi.

Saya basuh guna tangan, kalau guna mesin memang susah nak hilang kesan kotor bedo’oh. Baik baju sekolah mahupun beg sekolah semuanya basuh manual. Bukankah itu juga senaman tangan kan? Bila beg bersih barulah semangat rasanya nak pergi sekolah, malahan bila tengok beg anak bersih, puas hati ibu ni, kalau tak menggigil je tangan ni nak memberusnya haha.

20140301-071127.jpg
ini beg najiha

Bila dah jadi macam ni baru terfikir kenapalah tak beli beg warna hitam je aritu kan? Ni gara-gara mengikutkan kehendak bebudak ni ha, nak kaler pink, oren, pastu ada gambar kucing ngan loceng kat beg. Hmm takpe tahun depan beli kaler hitam je semua. Tak payah pink, tak payah kucing bagai tak payah loceng semua tu kan.

20140301-071133.jpg
kesan kotoran hilang

Ok selesai misi ibu hari ini. Jadi bila baju dah kering, misi seterusnya bermula yakni iron baju anak-anak, saya dan suami untuk seminggu. Owhhh dah nampak muscle kat lengan mulus ni hahaha!!!


Spread the love

Tags : , , , , ,

14 Comments

  • ustazahain posted on March 2, 2014 at 11:01 am

    askm aju..tak ada catuan air ke.Memang kelibut kita ni kalau sabtu Ahad
    ustazahain recently posted..Perlunya Kita Pada Seorang Sahabat Yang BaikMy Profile

    Reply
  • Dja@Sishaza posted on March 2, 2014 at 4:12 pm

    Tahniah Aju, jarang jumpa orang zaman sekarang yg still rajin menyental kerana adanya tukang cuci auto kat rumah …emmm termasuk yang sedang mengomen ni juga huhuhu

    Reply
  • bada posted on March 2, 2014 at 5:23 pm

    aku selalu sental sabun mandi kt tempat degil, pastu rendam ngan sabun cosway…sok pg…genyeh sikit2 guna tgn…

    alhamdulillah..berkesan..

    hihi
    bada recently posted..Inilah realitiMy Profile

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on March 2, 2014 at 6:19 pm

    Girl kan..semua pun nak pink.. 🙂
    Since Qis sekolah tak penah lagi basuh beg sekolah dia..hehe.. ^^

    Reply
  • suri posted on March 3, 2014 at 9:36 am

    Basuh…gosok jangan tak gosok..sesekli best sy last hujung tahun kje membasuh itu masa dia bawa bekal tertumpsh dlm beg

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on March 3, 2014 at 9:57 am

    Ada jugak la aktiviti nak buat tu kan kak. hehe. Kalau cuaca panas ok je nak menyental beg ni. Cepat sikit nak kering.
    Hazmin Hamudin recently posted..Dapat Anugerah Perkhidmatan CemerlangMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on March 3, 2014 at 12:13 pm

    Dah mcm beg baru. Memang penat menyetal. Beg skolah kimi tu pon nak kena sental. Hitam dah.
    Fiza Rahman recently posted..Macaroni Tuna with CheeseMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on March 3, 2014 at 3:04 pm

    wah rajinnya ibunya…
    hafiz recently posted..Majalah Kei Kompak Mac 2014My Profile

    Reply
  • ema posted on March 3, 2014 at 3:54 pm

    tak pernah pun basuh beg sekolah anak ni..tp kerja menggossok seminggu tu sama rutinnya.
    ema recently posted..Kasut TevaMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on March 3, 2014 at 5:03 pm

    Tak lama lagi leh saya basuh beg sekolah anak pulak..hehe
    Hafizul recently posted..Top Komentator Februari 2014 Pondok KecilMy Profile

    Reply
  • titan posted on March 3, 2014 at 6:49 pm

    wahh..rajin betul membasihnya ye..
    titan recently posted..7 sebab AJAIB aku mahu melancong ke Kemboja.My Profile

    Reply
  • TehR posted on March 3, 2014 at 9:11 pm

    molek sangat
    dah 2 bulan beg sekolah diguna

    Reply
  • suriaamanda posted on March 5, 2014 at 9:36 am

    Yeay…dah macam bag sekolah baru dah….rajinnya mama Aju ni…
    suriaamanda recently posted..KASUT ONLINE BUAT SI JELITA …My Profile

    Reply
  • Mp posted on March 6, 2014 at 6:52 pm

    Kalau dah rajin tu mmng semua mnjdi kan…nampak baru bila di basuh…
    Mp recently posted..bila mood rajin melandaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge