Umum Jahitan kepala sudah dibuka May 7, 2014

Spread the love

Alhamdulillah

Kelmarin sudah genap seminggu kejadian kepala Najiha dijahit akibat terjatuh dalam bas sekolah. Doktor dah ingatkan saya supaya datang ke klinik selepas seminggu untuk dibuka jahitan kepala. Satu jahitan je, syukur dah kering dan elok aje keadaannya.

20140506-081620.jpg
Peralatannya

Dan rambut yang digunting di sekeliling luka tu pun sudah tumbuh semula sedikit demi sedikit ;). Awal-awal tu Doktor pesan jangan basahkan kepala atau lebih jelas jangan kenakan air pada luka selama 3 hari. Selepas 3 hari luka semakin kering dan tidak lupa saya berikan ubat tahan sakit dan antibiotik juga krim sapu.

20140506-081629.jpg
Isk isk isk katanya

Budak-budak ni kan cepat lupa yang diorang sakit kan, saya tengok bukan main aktif je sehari selepas kepala berjahit. Hahah itu amat menggembirakan saya kerana ianya menunjukkan yang Najiha betul-betul sihat dan tiada perkara serius yang membimbangkan saya.

Alhamdulillah. Waktu nurse nak buka jahitan tu, katanya kesan jahitan dah kering dan luka pun sudah pulih sebaiknya. Hmmm tiba masa untuk digunting dan tarik benang keluar. Bila nurse tekan-tekan Najiha senyap, tak sakitlah maknanya kan.

Dan bila gunting kecil dihalakan ke kepala Najiha, Najiha pun mula kata isk isk isk…Sakit agaknya, ngilu kaki saya. Takpe tahan sikit ye, Najiha kuat kan.

Rupanya rambut yang tersepit digunting dan itu yang membuatkan Najiha sedikit sakit. Dan bila benang dapat dipotong, terus nurse tarik benang perlahan-lahan, dan dah selesai ;). Syukur ya Allah.

Dugaan kecil buat kami sekeluarga, moga kita semua dilindungi Allah dan sentiasa mendapat rahmatNya. Namun ujian yang dihadapi mereka di luar sana lebih hebat lagi kan. Beberapa hari ni terbaca di beberapa blog tentang kehilangan anak yang sangat disayangi, betul anak-anak ini kunang-kunang syurga dan dipinjamkan sementara kepada kita.

Tanggungjawab kita menjaga dan membentuk mereka mengikut acuan sebaiknya. Saya amat terkesan dengan ketabahan mereka yang dipilih Allah untuk mendapat ujian sebegini, mereka sangat-sangat sabar dan redha dengan ujian Allah. Saya juga punya kunang-kunang syurga yang menanti kami di sana.

Semoga kami semua dapat bertemunya, tunggu ibu, abah dan adik-adikmu ye sayang ibu. Sesungguhnya ibu rindu kamu, terlalu mendalam, masih segar lagi diingatan ibu saat mengandungkan kamu, biar sempat 5 bulan kamu berada dalam rahim ibu.

Memang betul kadangkala kerenah anak-anak yang bermacam-macam membuatkan kita emosi dan amarah, tapi bila lihat saat mereka tidur atau sakit, semua rasa emosi itu hilang. Macam itu juga saat kita dibesarkan dulu kan, sekarang kita rasa bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita dahulu.

Kepada pakcik bas sekolah anak-anak saya ni, kami masih baik dan hubungan masih seperti dahulu. Kalau jumpa di tepi jalan masih lagi bertegur dan angkat tangan tanda bersapa. Tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu hehe, bukanlah berdendam tapi sedikit sebanyak mesti ada rasa tak puashati kan. Saya sentiasa berdoa semoga tiada apa yang tidak baik berlaku selepas ini, ameenn..


Spread the love

Tags : , , , , , ,

17 Comments

  • Azian Khalil posted on May 7, 2014 at 10:30 am

    Alhamdulillah. ..budak2 ni semangatnya lagi kuat drpd kita yg dah tua ni
    Azian Khalil recently posted..Atas ke bawah?My Profile

    Reply
    • suri posted on May 8, 2014 at 9:46 am

      muda ok jiwa mudah heee.anak-anak memang selalu begitu asal sembuh deras lupa apa berlaku sehari dua tu

      Reply
  • Hafizul posted on May 7, 2014 at 5:00 pm

    Alhamdulillah…lepas ni hati2 yer dik…pegang kerusi tu kuat2 bila naik itu kenderaan pakcik ekk..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #88 – Statistik Pondok KecilMy Profile

    Reply
  • Amru posted on May 7, 2014 at 11:04 pm

    Alhamdulillah…semoga cepat sembuh
    Amru recently posted..Semak Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan 2014My Profile

    Reply
  • titan posted on May 8, 2014 at 12:50 am

    aduhai..camana leh jatuh dari bas nih..
    titan recently posted..Awak, saya tidak yakinlah..My Profile

    Reply
    • suri posted on May 8, 2014 at 9:44 am

      tulah encik titan kena buat temuduga dekat tukang bawa budak sekolah tu

      Reply
  • suri posted on May 8, 2014 at 9:43 am

    besarkan anak bukan satu perkara yang mudahkan. belajar dan terus belajar.

    Reply
    • Afiffuddin posted on November 9, 2014 at 12:54 pm

      Saya pun ada pengalaman yg sama masa kecil dulu, tapi tak jatuh la, saya lari dan terlanggar bucu dinding 4 segi. Dahi kena jahit 2-3 jahitan ja kot. Apapun bekasnya nampaksebab kt dahi, kalau belakang kepala dilindung rambut tak nampak sangat.
      Afiffuddin recently posted..Laptop untuk Game – 10 Laptop untuk Games Sesuai TerbaikMy Profile

      Reply
  • hafiz posted on May 8, 2014 at 2:24 pm

    wah ngerinya tengok…teringat masa jahit luka kat siku masa xsiden dulu
    hafiz recently posted..Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41My Profile

    Reply
  • suriaamanda posted on May 8, 2014 at 4:30 pm

    Alhmadulillah satu jer jahit dikepalanya….budak2 kan..memang sekejap jer lupa sakitnya…
    suriaamanda recently posted..Luncheon With Boss @ Cozy Corner Great Eastern MallMy Profile

    Reply
  • Khadeejah Hasmad posted on May 8, 2014 at 7:52 pm

    Alhamdulillah kejap je dah baiknya. Moga tak berulang lagi
    Khadeejah Hasmad recently posted..Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang TerbaikMy Profile

    Reply
  • Mimie posted on May 9, 2014 at 8:21 am

    Alhamdulillah anak akak dh ok…sy tgk seriau je

    Reply
  • Myra Jay posted on May 9, 2014 at 11:30 am

    Adehhh, myra plak rasa ngilu…

    Moga pakcin Van akan lebih berhati2 supaya tak berulang lagi
    Myra Jay recently posted..Pilihan hadiah untuk IbuMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on May 9, 2014 at 1:43 pm

    Bebudak biasalah aju. Sakitnya kejap jer. Pastu melasak balik. Alhamdulillah najiha dah sembuh,
    Fiza Rahman recently posted..Muhasabah Diri | Anak² itu AMANAH!!!My Profile

    Reply
  • syaifuddin alias posted on May 14, 2014 at 9:34 am

    teruk jugak yee..hmm..eee bab-bab darah ni saya fobia
    syaifuddin alias recently posted..Tempat Menarik Malaysia 2014 : MEI – JUNMy Profile

    Reply
  • ibulala posted on May 20, 2014 at 2:09 pm

    Alhamdulillah dah baik

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge