Umum JJCM @ Restoran Sukhumvit Garden May 8, 2014

Spread the love

Ok cerita ini beberapa minggu lepas lagi sebelum kejadian Najiha terjatuh dalam bas.

20140504-230632.jpg

Saja petang Ahad tu selepas Abah pulang dari kerja, kami dibawa untuk makan malam di restauran yang terletak di tepi MRR2 sebelum susur keluar ke UIA/ Tol Gombak. Ahad pun abah terpaksa kerja kerana nak siapkan unit mock up di Shah Alam, kasihan abah dan kami. Tak dapat nak luangkan masa bersama-sama di hujung minggu. Jadi abah kata, jomlah kita pergi makan kat luar, sekadar nak ambil angin luar rumah, walaupun tahu udara di KL ni bukannya bersih mana, penuh dengan asap kenderaan kan. Hmmmm sesak nafas sekejap.

20140504-230655.jpg
Najiha
20140504-230646.jpg
Najwa
20140504-230639.jpg
My love

Suami tanya pendapat saya nak makan mana? Ikut abanglah kata saya. Pompuan memang cenggitu, takde idea tapi bila suami bawa makan di gerai tepi jalan, moncong panjang berdepa-depa, tadi kata ikut abang kan? hahahah. Taklah, sebab saya dah fikirkan mana lokasi kami petang itu. Saya teringin nak makan di restoran Kunang-Kunang di tepi MRR2, tapi rupanya restoran tu sudah tutup dan berganti dengan restoran Sukhumvit Garden. Ini alamatnya ye, kotlah kalau korang tetiba lalu kat sini kan,

SUKHUMVIT GARDEN RESTAURANT 5730, JALAN LINGKARAN TENGAH 2, 68100 GOMBAK 

20140504-230700.jpg
Air saya dan Najwa
20140504-230707.jpg
Air Lai Chi Kang Abah
20140504-230715.jpg
ABC Najiha
20140504-230722.jpg
Nasi Goreng apa ntah tak ingat nama dia hehe

Ok tak mengapa kalau tak cuba tak tahu kan. Disebabkan waktu tengahari tu saya dah masak gulai udang, sayur campur dan telur dadar, jadi petang tu saya dan anak-anak makan ringan-ringan sahaja. Saya kata nak diet kan, jadi tengok sikit menu diet sangat tu hehehe. Berat saya sekarang 63kg, jadi sasaran saya adalah nak turun kepada 58kg, 5kg more to lose. Macam susah aje haha.

20140504-230728.jpg
Kue Teow Goreng

Ringan pun tak ringan manalah ye uols menu yang kami order ni. Kue teow goreng, nasi goreng thai, french fries, pulut mangga, lai chi kang, ABC dan keropok lekor. Hamboihhh kata diet dan nak makan ringan aje, hmmm bila buka buku menu dari ringan bertukar menjadi berat haha. Nasi goreng dia tu sedap sangat tau, tapi maaf saya tak ingat nama dia, sebab macam pelik sikit nama menu tu, tapi rasanya marvellous. Restoran ni kebanyakan menunya adalah masakan Thailand, dan pantai timur. Emmm sedap bedooh ko..Lepas makan memang tersandar kekenyangan habaq hang…

20140504-230734.jpg
Emmm kepok lekor
20140504-230746.jpg
Fries untuk Najiha juga
20140504-230753.jpg
Ini saya punya nyum2
20140504-230759.jpg
Haishh berebut

Memilih konsep santai, jadinya anak-anak pun prefer tempat duduk yang bersila macam di rumah ni. Tak banyak bangsal yang bersila yang disediakan di sini, jadi konsep dia siapa cepat dia dapat. Nak duduk di kerusi boleh, nak bersila boleh, baring je tak boleh ye, nak baring-baring sila balik ke rumah sendiri ye ;). Makan sambil bersila, anak-anak boleh bangun berdiri sesuka hati memang seronok. Anak saya memang begitu, tak reti nak duduk diam macam anak orang lain, segan juga tapi bebudak macam itulah peelnya, janji diorang nak makan kan. Kalau tidak kita juga risau diorang sakit perut ke hapa, lega masing-masing dah pandai suap sendiri jadi ibunya makan dengan aman sekali :).

20140504-230806.jpg
Nak juga posing hehe

Seronok makan sambil bersila ni, rasa macam sopan sangat, tapi bila dah bersila lama-lama mulalah kaki rasa kebas kan. Hehehe sambil makan sambil buat senaman jari kaki. Saya ingatkan saya seorang je kebas kaki, rupanya diorang ni lagi teruk dari saya, tengoklah kaki masing-masing kat bawah meja ni hahahah. Semua dah melunjur ye, ibu je yang masih control cun di situ ;).

V

V

V

V

V

V

V

20140504-230814.jpg
hahaha kaki dah kebas haha

Spread the love

Tags : , , , , ,

20 Comments

  • Zuraida Rahim posted on May 8, 2014 at 9:27 am

    Tempat menarik untuk diterjah..
    Zuraida Rahim recently posted..Anak nak periksa, Ummi nak g holidayMy Profile

    Reply
  • mamatisya posted on May 8, 2014 at 10:02 am

    sedap pulut mangga tu…dlu restoran ni nama kunang2..now dh tukar management kot
    mamatisya recently posted..The Amazing Spider-Man 2My Profile

    Reply
  • Hafizul posted on May 8, 2014 at 10:27 am

    Patutla..memang perangai perempuan macam ni kot..cakap ikut abang..tapi sampai kat kedai makan tak nak turun kereta..oooo tahu dah la..haha
    Hafizul recently posted..Sweet Sour Dalam RumahtanggaMy Profile

    Reply
  • Abdur posted on May 8, 2014 at 1:58 pm

    Macam selesa tempat dia,
    Abdur recently posted..Data Center,Colocation Server,Rack Server,Dedicated Server,VPS,Reseller Hosting,Shared HostingMy Profile

    Reply
  • akubiomed posted on May 8, 2014 at 2:00 pm

    Tempat yang eklusif dan open air untuk keluarga bersantai bersama.
    akubiomed recently posted..Pencegahan kanser payudara dengan pemeriksaan percuma mamogramMy Profile

    Reply
  • Anuar posted on May 8, 2014 at 3:27 pm

    Bestnya dapat bawa anak-anak jalan-jalan sambil cari makanan… Makanan pun boleh tahan.. Nampak sedap-sedap belaka… Sekali rasa 4-5 kali nak lagi… 😉
    Anuar recently posted..Cari Duit Raya Dengan Berniaga Cadar Patchwork termurah di pasaranMy Profile

    Reply
  • suriaamanda posted on May 8, 2014 at 4:28 pm

    Kunang2 dah tutup…alahai…banyak memory kat situ…x per la kan…kalau sedap boleh jer singgah cuba…lama x makan kat area situ…
    suriaamanda recently posted..Luncheon With Boss @ Cozy Corner Great Eastern MallMy Profile

    Reply
  • lizz posted on May 8, 2014 at 6:31 pm

    Diet yer ajue…
    Kalo saya diet kalo nengok mknn gini mau ku telan semua mmg hbs semua diet biler nengok pulut mangga tu…fav lizz tu…teringat pi hstnyai pulut mangga kat sana sedap sungguh…*trlan ailio
    lizz recently posted..WW : Anjer-anjer merajuk lagiMy Profile

    Reply
  • Izzuddin Fauzi posted on May 8, 2014 at 8:36 pm

    Main langgar-langgar kaki… Jarang weh dapat makan duduk atas lantai macam nie tapi ada meja 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted..OPPO Find 7 Kini Di MalaysiaMy Profile

    Reply
  • Mimie posted on May 8, 2014 at 8:45 pm

    Tgk gambar pun tau sedap..nak jugakkkk kakkk

    Reply
  • Khadeejah Hasmad posted on May 8, 2014 at 10:19 pm

    Wah menarik! Macam-macam ada 😀
    Khadeejah Hasmad recently posted..Kenapa Saya Pilih Untuk Buat Bisnes Online Melalui BlogMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on May 8, 2014 at 11:11 pm

    Uhhh penat sangat adik tu..kekenyangan gamaknya..hehe..
    Hafizul recently posted..Dowload Panduan Exam Penolong Pegawai Arkib Gred S27My Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on May 9, 2014 at 11:29 am

    Memang kalau bersila lelama kebas kaki ha.. klau myra sure melunjur jugak..heheee

    Koaw teow goreng tu nmpak menarik 😀
    Myra Jay recently posted..Pilihan hadiah untuk IbuMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on May 9, 2014 at 1:38 pm

    Pulut mangga tu…sedapnya.
    Fiza Rahman recently posted..Muhasabah Diri | Anak² itu AMANAH!!!My Profile

    Reply
  • ema posted on May 9, 2014 at 3:19 pm

    memang tak boleh duduk lama kalau makan meja kaki kena bersila…kejap adalah yang menjulur kakinya..nampak macam sedap…pulut mangga tu sedap aju? suami suka sangat pulut mangga ni.
    ema recently posted..Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut TempahMy Profile

    Reply
  • Ismail N posted on May 10, 2014 at 7:30 am

    Namanya mcm restoren Siam tapi hidangnya biasa2 weh. Btw, ABC tu nampak menggoda sangat.
    Ismail N recently posted..KK Burger Bakar @ Plaza Kepayan RidgeMy Profile

    Reply
  • Izzati Amira posted on May 11, 2014 at 9:42 pm

    pulut mangga tu FEVERET!!!!
    Izzati Amira recently posted..CPUV Nestum #MoreLifeMy Profile

    Reply
  • titan posted on May 12, 2014 at 3:03 pm

    ibu-ibu haruslah kontrol machoo..haha..
    titan recently posted..Ehh..awak reti jahit baju kurung?My Profile

    Reply
  • Hazman Fadzil posted on May 13, 2014 at 11:32 am

    Ni kira menu makan petang je la kan…. kalau dinner mesti ada ikan siakap tiga rasa betul tak…. hehheehe
    Hazman Fadzil recently posted..Hazman vs Food – Restoran U Cafe Wangsa WalkMy Profile

    Reply
  • syaifuddin alias posted on May 14, 2014 at 9:34 am

    selesanya tempat dia…memang syioook bawak famili
    syaifuddin alias recently posted..Tempat Menarik Malaysia 2014 : MEI – JUNMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge