Umum Alangkah hebatnya kuasa D.U.I.T July 20, 2014

Spread the love

Assalamualaikum

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hebatnya kuasa D.U.I.T. Owh no no!! bukan duit atau wang yang saya maksudkan, tetapi Doa, Usaha, Idea, Tawakal (DUIT). Setiap hari kita tidak pernah lupa untuk berdoa. Sebaik bangun dari tidur sehinggalah malam menjelma untuk kita tidur semula. Doa, doa dan terus berdoa. Kita memang diasuh dari kecil untuk sentiasa berdoa agar apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Berdoa juga tidak cukup untuk mencapai keinginan kita, tetapi inya mesti disusuli dengan usaha, idea dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

Palestinian youth prays on street outside destroyed mosque in Mughraqa

Tahukah anda betapa hebatnya kuasa DOA itu? Saya kongsikan info ini yang saya baca dari blog Denaihati iaitu perkongsian bersama dari Ustaz Noehas.

Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan  berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut  dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah  kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.

Begitu juga firman ALLAH  ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU  ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta  dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.

Sekiranya kita berdoa tetapi apa yang kita hajati itu tidak dipenuhi, janganlah kita patah semangat dan jemu untuk terus berusaha. Bukan Allah tidak mahu memakbulkannya, tetapi Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya. Ketahuilah bahawa ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah : “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“.

berdoa-dan-solat-istikharah

Doa adalah senjata orang mukmin. Doa juga merupakan yang terutama dalam ibadah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW. :

“Doa adalah TERAS Ibadah.” (HR. Tirmidzi)

Secara istilah, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa merupakan ibadah yang paling agung, sebagaimana hadis di atas. Dengan demikian kita boleh fahami bahawa sebuah ibadah pasti mengandungi doa kepada Allah SWT, dan doa tanpa ibadah belumlah sempurna.

Ada beza kan kalau kita berdoa jika kita ditimpa kesusahan? Waktu itu kita akan berdoa bersungguh-sungguh sehingga mengalirkan airmata, dan merayu agar Allah memakbulkan apa yang kita inginkan. Baik berdoa untuk dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, disembuhkan penyakit dan segala macam permintaan kita. Waktu itu kita rasa amat dekat dengan Allah. Dan salah satu usaha agar doa kita dimakbulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut dimakbulkan, Insha Allah. Diantara waktu-waktu tersebut adalah:-

405697_544731252236714_1263546135_n

Jadi teruskan berdoa dan berdoa agar apa yang kita hajati diperkenankan Allah. Entri ini dianjurkan oleh Denaihati.com dan penaja contest iaitu Asamboi.mySemoga entri ini dapat memanfaatkan kita semua dalam mencari redha Allah dalam amalan harian kita ameen.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

13 Comments

  • titan posted on July 20, 2014 at 8:25 am

    rajin-rajinlah berdoa selalu. Jangan waktu solat aje. hoho
    titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 151 dan 152My Profile

    Reply
  • akubiomed posted on July 20, 2014 at 1:04 pm

    Teruskan berdoa. Moga-moga dimakbulkan oleh Allah SWT.
    akubiomed recently posted..Sabtu day hari operasi membersih sempena RayaMy Profile

    Reply
  • Bahrain posted on July 21, 2014 at 12:55 am

    Doa yang tidak pernah putus pasti membuahkan hasil.
    Bahrain recently posted..Pelita Semakin BerkuranganMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on July 21, 2014 at 1:01 am

    InysaAllah..saya akan terus berdoa..terima kasih atas perkongsian ni..
    Hafizul recently posted..Jualan Amal PalestinMy Profile

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on July 21, 2014 at 1:33 am

    Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin…teruskan berdoa agar doa2 kita diperkenan olehNya..

    Reply
  • zara posted on July 21, 2014 at 9:07 am

    meminta-mintalah dengan Allah kerana Allah Maha Pemurah dan Maha Mendengar..hentikanlah meminta-minta dan mengharap sesama manusia kerana anda mungkin kecewa
    zara recently posted..6 Langkah Meningkatkan Sistem Imuniti Anak AndaMy Profile

    Reply
  • Aimi Shaklee posted on July 21, 2014 at 12:49 pm

    terima kasih atas perkongsian

    Reply
  • ema posted on July 21, 2014 at 3:08 pm

    doalah secara berterusan.In Sha Allah apa yang dihajati akan dimakbulkan.
    ema recently posted..Kerana Jubah Butik Bella AmmaraMy Profile

    Reply
  • Sheila Salim posted on July 21, 2014 at 6:31 pm

    Assalamualaikum kak aju, semoga kita sentiasa berada dijalan yang benar. in shaa Allah ~~~
    Sheila Salim recently posted..Our First Family PotraitMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on July 22, 2014 at 12:21 pm

    Mekasih atas perkongsian aju. Doa…doa…dan terus berdoa.
    Fiza Rahman recently posted..Florentine Cookies @ Krunchy Karamel Almond HOMEMADE!!!My Profile

    Reply
  • limie posted on July 23, 2014 at 12:09 pm

    teruskan doa dan berdoa

    Doa perlu spesifik
    limie recently posted..3 Nutrien Penting Untuk Sendi Kekal SihatMy Profile

    Reply
  • suri posted on July 23, 2014 at 10:57 pm

    duit juga tak boleh bawa sampai ke mati uh.

    Reply
  • Aznin posted on May 26, 2015 at 9:24 am

    Salam. Saya link entry ni dari blog saya http://justbeingnin.blogspot.com/2015/05/jangan-jadi-hamba-duit.html?spref=fb

    Terima kasih.
    Aznin recently posted..Jangan jadi hamba duit.My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge