Umum Berapa kerap cuci peti ais? July 14, 2014

Spread the love

20140714-082504-30304179.jpg
Dah 8 tahun berkihdmat

Heheeh soalan cepumas ini ditujukan buat bapak-bapak, berapa kerap anda cuci peti ais rumah sendiri? Rumah sendiri you, bukan rumah kat kampung, rumah atuk nenek mahupun rumah jiran. Kalau tanya ibu-ibu, mesti dah selalu kan? Ececehhh siapa lagi nak menangkan ibu-ibu kalau bukan diri sendiri kan. Hmmm kalau tanya saya, adalah setahun sekali hehehe, acah aje, kalu setahun mau berkulat peti ais, geli pulak nak buka tutup simpan air dan makanan segala bagai.

20140714-082504-30304326.jpg
Stok makanan nan hado

Masa bulan puasa adalah waktu kerap saya mengemas peti ais. Waktu ni stok makanan basah setiap minggu bertukar ganti. Jadi haruslah peti ais akan sentiasa nampak kemas dan tersusun you! Wahh rajinnya bini si zairul ni, untunglah badan si Zairul keekkeek. Hari Sabtu adalah hari membeli lauk pauk. Ikan, udang, sotong dan ayam kokokokkk!! Saya kan ada barangan tupperware. Jadi gunakanlah tupperware yang dah dibeli tu, jangan buat hiasan dalam almari sebagai koleksi ataupun hobi. Takmo! takmo!! Ada ke yang buat macam tu? Bak sini saya nak guna hehehe.

20140714-082504-30304400.jpg
Sedap sikit mata memandang

So susun cantik-cantik. Barulah semangat nak memasak bagai kan. Kalau korang tak masak pun tak mengapa, asalkan peti ais tu kemas udahla. Buang segala kotak mahupun khazanah yang sudah tak mahu digunakan. Ini makanan beberapa bulan lepas pun ada lagi? Haishhhh hahaha dulu-dulu saya pun macam tu, sampailah waktu anak-anak dah besar ni, masing-masing nak simpan minuman kegemaran sendiri, sakit pulak mata kita tengok ianya bersepah.

Jadi saya pesan sambil bercekak pinggang, korang kalau nak simpan barang korang, haruslah ianya tersusun, jangan sepah-sepah, faham?? Terkebil-kebil mata si Adam memandang ibunya, ibu ni dah kenapa? ;). Ok saya cuci peti ais guna air sabun sunlight aje. Lap-lap sampai bersih, lagipun ini adalah tempat menyimpan makanan, jadi adalah wajib untuk kita memastikannya sentiasa dalam keadaan bersih sentiasa. Barulah terhindar dari segala penyakit dan kekotoran kan.

20140714-082504-30304097.jpg
Makanan sejuk beku, lauk pauk

 Sekian tips dari saya, alahai tips biasa-biasa aje, kalau korang ada petua dan tips lain untuk mencuci peti sejuk ni, bolehlah kongsikannya bersama ya. Maklumlah raya semakin menjelma dari mood mengemas adalah sangat terserlah.


Spread the love

Tags : , , , ,

9 Comments

  • Hazmin Hamudin posted on July 14, 2014 at 1:57 pm

    Bersih berkilat betul peti ais akak ni. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted..Jerman Juara Piala Dunia 2014My Profile

    Reply
  • titan posted on July 15, 2014 at 8:55 pm

    selalu mak suruh.

    Waa…waa..penat woo
    titan recently posted..Aishah Radhiah Beauty & Spa – Spa KHAS untuk MuslimahMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on July 16, 2014 at 8:26 am

    Tapi betul, kalau tersusun dalam bekas macam ni memudahkan nak mencari kan..
    Nak masak pun semangat
    Myra Jay recently posted..Mushroom Sup puas makanMy Profile

    Reply
  • limie posted on July 16, 2014 at 12:54 pm

    saya setuju dengan myra.
    peti ais kemas, mudah sikit ambil bahan nk masak..

    pasti lepas tu mencurah-curah idea nk masak apa
    limie recently posted..3 Nutrien Penting Untuk Sendi Kekal SihatMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on July 16, 2014 at 2:39 pm

    Aju, lepas tgk aju post gambar freezer yg dah kemas tu, kita pon terus bukak freezer mengemas. Sedap jer mata memandang ☺☺
    Fiza Rahman recently posted..Pantas dan Cepat dengan Ready to Cook Sets!!!My Profile

    Reply
  • adianiez posted on July 16, 2014 at 4:21 pm

    peti ais aida penuh time bulan ramadhan ni.
    tak cukup ruang!!!
    kemas?
    sentiasa kemas, sebab nanti mr.asben bising!!!
    adianiez recently posted..ANAK OH ANAK ~ “KALAU IBU MASAK, KAN SENANG. LAGI SEDAP…”My Profile

    Reply
  • ema posted on July 17, 2014 at 9:27 am

    kat rumah peti ais satu pintu jer…nak masuk barang ruang terhad. tapi tetap jugalah kemasnya…kan nak masak tak jumpa lauk nanti.
    ema recently posted..Gadis Mengamuk Kereta DilanggarMy Profile

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on July 19, 2014 at 10:30 pm

    Sama peti ais kita Aju..hehe..
    nampak kemas jer tu…sedap mata memandang.. 🙂
    lily sebulan sekali bersihkan peti ais..ok lah tu kan..hehe.. 😀

    Reply
  • Hafizul posted on July 21, 2014 at 1:05 am

    Saya pula, bila datang mood nak cuci,barulah kemas peti sejuk tu..hehe
    Hafizul recently posted..Jualan Amal PalestinMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge