Uncategorized Reunion @ Riverside Janda Baik, Pahang September 8, 2014

Spread the love

IMG_0448.JPG
Potluck!!

Uishhh lamanya tak update blog kan kakaka. Setiap hari ada aktiviti ko, fuhhh best ;). Ini cerita Isnin minggu lepas masa cuti Merdeka tu. Kalau kata nak mandi sungai bebudak ni memang seronok sangat, semua budak pun macam tu kan? Apatah lagi mak bapak bebudak :). kalau inform seminggu awal, haruslah hari-hari diorang tanya, bila kita nak pergi mandi bu? Kita mandi sungai yeh? Macam itulah bebudak kan, jadi kesimpulannya kalau nak pergi mana-mana jangan inform bebudak awal-awal ya hahaha.

IMG_0454.JPG
Mak pak orang semua ni hehehe

Ini reunion suami dan ex class mate beliau, hehehe saya dan suami satu sekolah ya, tapi dia senioorrr saya. Jadi kawan-kawan dia kira macam saya kenallah kan. Ada juga yang saya tak berapa cam, heheh segan ko cinta monyet membawa ke gerbang perkahwinan. Ada juga couple kat atas tu bercinta dari sekolah, Alhamdulillah beranak pinak dikurniakan anak-anak comel gitteww. So ada lebih kurang 18 orang/ keluarga yang confirm nak join renion ni. Sebab tahu bukan mudah nak kumpulkan reramai tu kan, so yg mana ada tu on ajelah. Seronok!! Mengimbau kenangan lama kata ko!! Bukan mengimbau kenangan cinta lama kan bang, actually ex GF dia tiada di sini ya, kalau ada saya tolak suami masuk sungai hahah hazabedah apa kes nak mengimbau2 kan?, semua pun dah berkeluarga. Sebelum tu kami semua berkumpul di tol Gombak jam 8:30 pagi dan setelah semua ready terus bertolak ke Riverside, Janda Baik.

IMG_0442.JPG
Memalu kengkonon bebudak berdua ni
IMG_0443.JPG
Chehhh Najiha gaya YB ko hehehehhe

Diorang ni ada buat collection juga dalam seorang RM100. Dapat Tshirt, dapat BBQ, sewa tempat dan lain-lain. Tapi macam makanan kat bawah khemah tu kitaorang buat secara potluck. Memasing diorang ni masak tau, nasi, sambal sotong, tomyam campur, nugget, kek coklat, ikan masak asam seronoknya kan rajin diorang. Kami sekeluarga bawa buah duku langsat, nasi lemak bungkus dan pinggan, mangkuk polestrene je.

IMG_0441.JPG
Cayalah engkorang ni!!!

Ha ni aktiviti best, BBQ ayam dan kambing yang dah marinate. Bab kambing tu yang best tu. Lepas bakar makan, lepas bakar makan, hmmm seronok lelemak berkumpulan diternak. Takpelah sesekala kan, bila lagi nak makan cenggini, nak bakar sengsorang tak seronok pula. Bila ramai-ramai macam ni baru best. Sambil bercerita itu dan ini. Bila tengok semula, gambar tuan belog takde pulak haaaa sedey!!! Takpelah tak penting, yang penting keseronokan berganda diorang ni. Ada yang macam pak lawak tulah yang menghidupan suasana kekekek.

IMG_0445.JPG
hehehhe seronok korang ye
IMG_0446.JPG
Owh dah dapat kengkawang bagus2

Bebudak ni kalau dah dapat mandi memang tak hengat nak makan. Saya dan suami bawak makanan dalam pinggan dan terus ke tepi sungai tu. Menjerit-jerit memanggil diorang suruh makan, dah gaya macam bawang merah nak bagi maknya makan si ikan kaloi hahahaha. Jari kecut pun diorang tak peduli. Dari pagi sampai matahari kat kepala pun rancak lagi mandinya. Dah tengahari lagilah best diorang berendam kan.

IMG_0449.JPG
Banyaknya hadiah
IMG_0452.JPG
Ha kecut dah memasing
IMG_0451.JPG
Tak sangka nama Adam sangkut juga
IMG_0450.JPG
Adam pun menang juga, tahniah anak!!!!

Selain mandi dan aktiviti makan BBQ, chatting, ada juga aktiviti sukaneka untuk bebudak ni. Bebudak je tau, mak dan bapak budak hanya jadi penasihat sahaja. Aktivitinya ialah mengira berapa jumlah buah duku langsat, kuih tart nenas dan kerang bakar yang telah diletakkan dalam bekas masing-masing. Ha ada 3 kategori benda yang nak diteka tu. Semua anak-anak pun terlinat sama. So setiap orang boleh teka 3 kategori serentak. So peluang nak menang tu cerah sikitlah kekekeke. Bila bagi jawapan, yang saya nampak mak pak dioranng yang terlebih sudah, termasuklah saya dan suami. Hehehe tak dapat nak join, jadi bagi jawapan kat anak je. Saya dari jauh duk membilang juga semua benda tu, sampai berpinau mata hehehe. Sangkut nama si Adam kira oklah kan 😉

IMG_0444.JPG
Mandi dan terus mandi

 

IMG_0447.JPG
Senyum semua 😉

 Dan tepat jam 2:30 petang masing masing bersiap untuk pulang ke rumah. Biasanya part paling susah adalah memanggil anak-anak yang sedang mandi tu untuk naik dan bersiap pulang. Jenuh jugalah duk memujuk diorang ni. apa taknya bukan selalu dapat mandi cenggini dan dapat pula kawan baru, kesian diorang. Dan selepas pujukan demi pujukan barulah masing-masing bersiap tukar baju bagai. Seronok bang, lenkali bolehla join lagi reunion cenggini, Best!!!! Dan bebudak ni masuk je dalam kereta terus kebabommmm ketiduran kepenatan hehehe. Sian anak-anak ibu, at least kita ada aktiviti menyeronokkan kan sayang…


Spread the love

Tags : , , , , , , ,

10 Comments

  • Dja@Sishaza posted on September 8, 2014 at 7:27 pm

    Nasib baik camera woman tak masuk sekali acara renang, kalau tak, tak bolehlah kitaorang kat sini menghadap gambar2 best ni ..heeee

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on September 10, 2014 at 10:38 am

    Memang best kalau join aktiviti macam ni. Confirm meriah. Part makan yang paling bestkan kak? Haha
    Hazmin Hamudin recently posted..Keputusan Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41My Profile

    Reply
  • Hairul Azni posted on September 10, 2014 at 10:47 am

    Best aktiviti reunion macam ni..mengimbau kenangan zaman sekolah..nampak semua enjoy..
    Hairul Azni recently posted..Semakan Keputusan Peperiksaan Penguasa Kastam W41My Profile

    Reply
  • Hafizul posted on September 10, 2014 at 6:49 pm

    Wahhh seronoknya..bila lah agaknya nak bawak anak mandi sungai ni..gembira sakan anak2 kan?

    Reply
  • Bahrain posted on September 10, 2014 at 10:17 pm

    budak-budakla paling meriah kot. hehehe
    Bahrain recently posted..Rindu Kucing Kesayangan Paling ManjaMy Profile

    Reply
  • ema posted on September 11, 2014 at 3:17 pm

    berkumpul dengan kawan lama sangat seronok…mesti banyak yang nak dikongsikan…anak-anak apatah lagi dapat kenalan baru…dapat pula berendam lama.
    ema recently posted..Kenduri Kahwin SentulMy Profile

    Reply
  • Mummy Dina posted on September 12, 2014 at 8:39 am

    bestnye dapat berkumpul balik dengan kawan2 sekolah dulu..mesti banyak cerita2 lama yang keluar semula..:)
    Mummy Dina recently posted..Meroyan Oh MeroyanMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on September 12, 2014 at 3:41 pm

    Janda baik memang sesuai nak buat reunion..
    hafiz recently posted..Tips lulus temuduga kerajaanMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on September 15, 2014 at 11:13 am

    Bestnya. Meriah.
    Fiza Rahman recently posted..Kosong…Kosong…kosong…!!!My Profile

    Reply
  • syukur posted on October 4, 2014 at 3:21 pm

    Betul-betul pengalaman yang sangat berkesan untuk anak-anak.
    syukur recently posted..Penyebab Penyakit Kulit PsoriasisMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge