Umum Salam Hari Raya Aidiladha October 7, 2014

Spread the love

Selamat hari raya korban buat semua.

Raya di mana tahun ni?

Saya sekeluarga ingin mengucapkan salam Aidiladha buat semua. Kami menyusun jari jemari dan memohon maaf jika ada terkasar bahasa tanpa disedari. Saya macam biasalah raya di Pahang, suami isteri sekampung kan jadi mana lagi nak pergi hehehe. Raya korban tahun ni disambut ala kadar sahaja. Adik beradik yang lain kebanyakannya beraya dengan keluarga mertua, ha tengok macam saya sekampung, jadi setiap kali raya situ jugaklah tempatnya ;).

Maaf sebab tiada pun gambar raya yang ingin dikongsikan, baju raya pun pakai baju raya puasa yang lepas. Baguslah berjimat kan, takpe yang penting ibadah kita tu, yang perhiasan ni biasa-biasa sudahlah. Juga yang penting dapat berhari raya dengan keluarga tercinta. Banyak betul kemalangan jalanraya setiap kali tiba musim perayaan kan. Sudah ajalnya begitu, kadangkala kita ni berhati-hati, yang ada pula individu lain yang punya salah, insan yang tidak berdosa menjadi mangsanya. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

IMG_1150.JPG
Free gear, nak jimat 20sen

Ni kes balik raya aritu, suami saya bagi tips untuk jimat minyak. Katanya korang boleh praktikkan tips ni sewaktu menuruni bukit, so kita free gear ni ye kengkawan, bolehla jimat 20sen hahah. Emmphhh rasa nak luku kepala sendiri dengan tips tak boleh blah dari suami saya ni. At least lawak ni boleh buat penghibur hati ketika memandu berseorangan hahaha. Ni kitorang ikut jalan KL ~ Hulu Langat ~ Kuala Klawang ~ Kampung Pahang sebab lebuhraya karak sangat jem tak hengat!!! Nasib baik ada jalan lain, walaupun lambat sejam dari tempoh kebiasaannya, eloklah dari menghadap jem tak boleh blah tu kannn….

Oklah korang selamat bercuti buat yang bercuti dan selamat bekerja buat yang bekerja macam saya ngeee…


Spread the love

Tags :

9 Comments

  • Aishah Nin posted on October 7, 2014 at 9:19 pm

    Salam Aidiladha 🙂

    Reply
  • Bahrain posted on October 7, 2014 at 10:52 pm

    Selamat hari raya Aidiladha, tips yang sangat kelakar. haha
    Bahrain recently posted..DiGi SmartPlan Serendah RM40 SahajaMy Profile

    Reply
  • Dja@Sishaza posted on October 7, 2014 at 11:04 pm

    Salam aidil adha Aju …nanti nak cuba lah tips tu.20 sen setiap kilometer ye Aju …hihihik

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on October 8, 2014 at 9:00 am

    Salam Aidiladha Aju…
    Ktorng pun takde buat apa-apa persediaan untuk raya ni..raya bertiga jerkan..baju pun pakai baju raya puasa tempohari jer…
    lily@Mamaqistina recently posted..Mee Kolok & Laksa Sarawak..My Profile

    Reply
  • Zuraida Rahim posted on October 8, 2014 at 9:57 am

    Salam Aidiladha Aju..
    Zuraida Rahim recently posted..Aidiladha di sambut sederhanaMy Profile

    Reply
  • lizz posted on October 8, 2014 at 11:20 am

    salam raya aidiladha ajue…
    samala kita ajue takder pic raya…takder mood nak bergmbo kekdahnyer…amboi baguih jugak tip tu ajue…hehe
    lizz recently posted..Gambar adik dan abangMy Profile

    Reply
  • Hairul Azni posted on October 9, 2014 at 1:11 pm

    Salam Aidil Adha..bagus jugak tips tu ye..
    Hairul Azni recently posted..Penjadualan Temuduga Bagi Jawatan Penguasa Kastam Gred W41My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on October 10, 2014 at 2:59 pm

    Salam aidiladha aju.
    Fiza Rahman recently posted..TIPS | Anak Mudah Bangun PagiMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on October 10, 2014 at 10:11 pm

    Ha ah..tips jimat minyak ni leh la amalkan nanti..hahaha..20 sen pun duit tu..hehe

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge