Umum Kenduri sepupu di Dewan Guthrie November 13, 2014

Spread the love

IMG_1982.JPG
Apalah dibincangkan tu?

Emm entri makan-makan lagi. Kali ni kenduri kahwin sepupu suami saya yang nikahnya seminggu sebelum kenduri ni. So kiranya kenduri ni bagi meraikan semua ahli keluarga dan sahabat handai pihak pengantin. Kenduri ni diadakan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam. Wahh meriah dengan tema pink hitamnya. Saya dan suami ikutlah tema, saya pink, suami berkemeja hitam. Sedondon kan huwawawa…Anak-anak tema warna warni dan meriah ceria di hari raya. Janji sopan dan comel udahle bebudak oiii.

IMG_1976.JPG
Orang jawa memang terkenal dengan sambal gorengnya

Keluarga suami ni orang jawa, pastinya yang paling best hidangannya dengan sambal goreng jawa. Wwahahaha best sangat!!! Lauk tu penuh pinggan, nasi pun penuh juga tapi dah tertutup dengan lauk hahahahha. Emmm Alhamdulillah sedap sangat hidangan ni. Daging masak hitam tu pun sedap bangat!! Kenapa semua sedap ni? Nampak bener laparnya kan? Dengan ayam goreng berempah yang masih panas, wahh gittewww!! Memang makan tak pandang kiri kanan dah.

IMG_1977.JPG
Pencuci mulut nyum-nyum
IMG_1983.JPG
Kakak ipar dan abang ipar

Bila dah makan menu utama, menu pencuci mulut jangan dilupa. Bubur jagung, kuih koci, kuih bakar, wah semuanya kegemaranku. Eh cuba tanya apa je yang saya tak gemar? Semuanya pun gemarlah hahaha. Lepas tu sibuk berat badan naik kan? Menyampah!!!

IMG_2065-0.JPG
Jelmaan Wak Doyok 🙂
IMG_1985.JPG
Sweet sangat diorang ni

Bila dah kenyang, so kene jalan-jalan dulu bagi relaks perut. Nanti bleh makan lagi second round hahahah. So memasing diajak bergambar di photo booth corner. Ada tag memacam, jadi kami pilih tag yang berkenaan sahaja. Hehehe saya tau suami tu malu nak bergambar, hahaha ada saya kesah? Tarik juga tangannya bergambar bersama anak-anak. Nasib baik bebudak ni sporting. Ada sepupu memanglah sporting. Comel memasing, dah besar semuanya. Hensem tak gambar saya, suami dan si adam bermisai tu kekekke, lawak plak, korang jangan tak tahu depan tu ramai sedara mara duk gelakkan kami hahaha. Maafkan saya, saya memang macam ni, nampak je sopan tapi hik huk hik huk.

IMG_1986.JPG
Hensem manja ibu ni
IMG_1981.JPG
Bergambar dengan pengantin

Tak lupa bergambar dengan pengantin perempuan, inilah sepupu husband. Kesian suami dia tersisih jap, sorilah kita bergambar dengan wife awak jap ye. Berseri-seri wajah pengantin, kami doakan semoga pasangan pengantin ini berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel ya. Bila tengok gambar ni, nampak Adam dah bujang sangat, hmmm rindu pada zaman kekecik bebudak ni, nak dukung nak ditimang dah tak larat dah ;). So maksudnya nak kene ada baby lagi kan? Hahaha nanti difikirkan.

IMG_1987.JPG
Kami berlimaaa

Berlima lagi sekarang ni, kita tunggu tahun depan kot-kot bertambah ke kan hahaha..


Spread the love

Tags : , , , , , , ,

5 Comments

  • Kakiblog posted on November 14, 2014 at 6:41 pm

    ya..memang best kalau pergi makan-makan kenduri
    Kakiblog recently posted..Cara Bagi Komen Yang TerbaikMy Profile

    Reply
  • Hero Borneo posted on November 14, 2014 at 11:01 pm

    majlis perkahwinan begini merapatkan hubungan sanak sauadara..tahnniah kepada pasangan pengantin
    Hero Borneo recently posted..Rahsia Kuasa Pelukan Suami IsteriMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on November 16, 2014 at 10:28 pm

    Hamboiii..bila masuk bab makan…semuanya penuhhh..haha

    Reply
  • Dja@Sishaza posted on November 17, 2014 at 4:24 pm

    Ambil gambar sambil ambil aura pengantin tu,mana tahu bertambah sorang dua lagi bulan 8 tahun depan heheheh

    Reply
  • suri posted on November 19, 2014 at 10:12 pm

    dulu main sebat sekarang dah kena hati-hati hua….

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge