Umum Applikasi monitor berat badan ideal December 3, 2014

Spread the love

Haii

Macamana azam nak kurus tahun ni tercapai dah? Kalau sudah, tahniah!!! Kalau belum, meh nak hi five sikit!!! Kita serupa kekekekeke. Takpe azam boleh dibawah ke tahun hadapan. Amboihhh macam ni sampai bilalah nak capai sasaran berat badan ideal kan? ;). Kira nak turun berat badan ni dah makan tahun dah. Kalau dikumpulkan mau ada dalam 3 tahun macam tu. Susah benor nak menurunkan biar 2kg sekalipun.

IMG_2676.JPG
Try search kat iPhone App Store

Aritu dah try tak makan nasi 3 hari, turunlah 2kg, tapi dia punya pening lalat aiyooo Allah saje yang tahu. Biarpun dah minum air bergelen, tapi susah nak melawan nafsu makan ni. Perut ni terbiasa dengan makanan tinggi karbohidrat, jadi bila nak disingkirkan tu memang banyak pengaruh anasir-anasir luar terutama kengkawan sekeliling, hahaha korang pun masuk sekali ya. Mana taknya pergi lunch sesama, beli makanan asing-asing, bila makan berkumpul, tak ke meroyan tengok lauk kengkawan yang lagi best lagi mengiurkan??? Huishh kuat sungguh pengaruhnya.

IMG_2677.JPG
Inilah applikasi pilhan hati

Jadi untuk memastikan kita sentiasa konsistent untuk menjaga pemakanan dan diet seharian. Saya telah memuat turun aplikasi untuk mengawasi berat badan. Mudah saja, mungkin korang telah lama pun download mende ni, malahan mungkin telah menggunakan aplikasi lain yang lebih details. Tapi setakat yang saya search di iPhone App Store ni, inilah antara yang saya rasa sangat mudah nak baca dan faham. Bila korang dah download aplikasi ni, masukkan segala maklumat yang diperlukan. Contohnya nama, berat korang sekarang, tinggi dan secara automatik dia akan kira BMI dan berat badan ideal korang. Haahaaaaaaa….senang kan?

 

IMG_2675.JPG
Inilah keadaan berat saya sekarang

Emmm kalau setakat download tapi tak jaga pemakanan pun tak boleh juga kan? jadi harapan saya semoga saya boleh mendisiplinkan diri sendiri dan menjaga pemakanan saya dan keluarga. Jadi sasaran berat saya adalah 56.9KG yang mana ia akan dicapai pada 19 FEBRUARI 2015 Insha Allah. Wahhh chaiyokk lagi 5.1KG UNTUK DIKURANGKAN!!!!!!

Sekarang ni sedang cuba berdiet mengukit kumpulan darah. Macam saya yang berdarah O ni elok elakkan makan makanan berasakan TEPUNG, PRODUK TENUSU, KEKACANG dan JAGUNG. Saya baru study mende ni beberapa minggu lepas, dan saya pernah tanya seorang makcik yang berumur 76 tahun, tapi masih sihat dan kuat tubuh badan. Saya tanya apa petuanya? Makcik tu kata takdelah apa petua pun, CUMA…cuma makcik tu tak minum susu dan tak makan daging, dan itu laagi menguatkan azam saya untuk elakkan dari makan apa yang saya sebut tadi. Jadi pemakanan sihat bukan untuk kita sahaja, malahan keluarga dan semua orang tersayang di sekeliling kita :).


Spread the love

Tags : , , ,

7 Comments

  • mamatisya posted on December 3, 2014 at 10:29 am

    aritu ada tgk kwn update psl applikasi ni
    mamatisya recently posted..wordless wednesday #234My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on December 4, 2014 at 5:15 pm

    Mcm menarik jer apps ni. Nak download gak lah ☺
    Fiza Rahman recently posted..Professor CilikMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on December 5, 2014 at 11:24 am

    Ohhh ada pulak app macam ni yer..nak try juga lah..huhu

    Reply
  • Kakiblog posted on December 5, 2014 at 10:16 pm

    bagus juga ada aplikasi seperti ini..
    Kakiblog recently posted..Halangan Untuk BlogwalkingMy Profile

    Reply
  • nafisa81 posted on December 6, 2014 at 10:52 pm

    Tunang adik aku tak makan nasi…hari hari bedal ayam..ikan…sayur…4 bulan turun 10kg…
    nafisa81 recently posted..Buku resepi untuk si anakMy Profile

    Reply
  • adarain posted on December 7, 2014 at 7:53 pm

    Seksanya bila nak diet, rasa macam senang je nak tinggalkan tapi bila tengok orang makan dugaan betol..haha
    adarain recently posted..Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?My Profile

    Reply
  • Shaima posted on July 7, 2015 at 8:15 pm

    Best kan diet Atkins? boleh makan apa ja janji lulus ikut fasa, tu yang Shai gunakan metod ini untuk mentee coaching 😀
    La ni Shai hanya buat fasa 4 dah lepas dah turun all out tahun lepas. Nak aim jadi sado sket pula. haha
    Shaima recently posted..Review! Ambil Protein Shake Masa Sahur, Tak Lembik DahMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge