Uncategorized Tendangan pertama dan kejang kaki March 12, 2015

Spread the love

hmmm

Sudah 5 tahun tak rasa perasaan macam ni. Alhamdulillah malam tadi saya dan suami, sama-sama merasai tendangan pertama tersebut. Hehehhe bukan saya yang kene tendang, tapi baby dalam perut ni yang menendang-nendang. Tak pastilah tendang, atau gerakan yang bagaimana, tapi kami berdua dapat merasakannya :). Suami pun nampaknya excited nak menanti kelahiran baby, malam tadi duk usap perut saya, lepas tu saya dan suami sama-sama dapat rasa pergerakan baby untuk pertama kalinya.

Owh ada respons!!!

Sebenarnya, masa kandungan 16 minggu lagi, saya boleh rasa ada sesuatu yang berdenyut, dan saya fikirkan angin dalam perut. Padahal makan je 24 jam hahaha. Rupanya baby ni yang duk menyapa ibu dia, tapi pergerakan tu datang sekali, dan dalam jangkamasa yang lama baru akan rasa lagi, tapi kita tak perasan pun. Maklumlah dah 5 tahun gap, lupa dah proses dan step dia kekekeke.

Sehinggalah kandungan kini berusia 18 minggu 5 hari, hmmmm boleh rasa gerakannya dengan nyata sekali ;). Alhamdulillah TQ Allah, dan saya pasti semua ibu-ibu pun punya perasaan yang sama. Dan hari ni, baby bergerak aktif nampaknya, kenapa baby? Nak tanya mana kakak-kakak dan abang ke? Semua pergi sekolah, ni kat opis ibu ni, kalau kat umah dah macam halilintar membelah bumi kekdahnya. Dan paling penting nak bagitau, usapan dan dan sentuhan adalah sangat penting sebab nak merangsang baby dan itulah cara komunikasi antara ibu dan si comel ;). Contohnya, bila kita usap perut, baby akan membalasnya dengan melakukan pergerakan, hmmm nampaknya ada komunikasi yang baik di situ :).

Dan pertama kali juga, pagi tadi kaki kiri saya kejang. Waktu tu pukul 5.10 pagi, tengah duk nak bangun sambil mata pisat-pisat, zasssss tu dia kaki kejang. Nak melawan, saya baring sambil lurus kaki, dan nak naikkan tapak kaki tu ke atas, tapi terlambat, nggaaaa ngaaaa sakitnya, terus jerit panggil husband kat sebelah je pon hehehe. Sambil pisat-pisat suami kata kenapa, kejang bang kejang, naikkan tapak kaki tu ke atas bang, cepat!! Syukurlah paham. dan terus kejang tu terhenti kat situ. Dan saya ada terbaca tips untuk elakkan kejang kaki ni, antaranya ialah:-

  1. Buat senaman regangan otot sebelum tidur
  2. Masa tidur, pastikan kaki tinggi sedikit dari badan dengan mengalas kaki guna bantal
  3. Minum air secukupnya
  4. Banyakkan makanan yang ada unsur kalsium, potasium dan magnesium contohnya susu ya
  5. Untuk suami, rajin-rajinlah urut kaki isterimu 😉

Aiyooo dan pagi ni berjalan dari tempat parking ke opis, dengan perlahannya. Saya dapat rasa betis kaki kiri ni sengal-sengal je. Ibu dah tak boleh berjalan laju lagi baby, kalau dulu dari parking ke opis dalam 7 minit, sekarang 15 minit dah ;). Takpe biar lambat, asal selamat.


Spread the love

Tags : , , , ,

5 Comments

  • Helmi Aliarit posted on March 13, 2015 at 12:45 pm

    Makan juga suplement calsium dan magnesium. 🙂
    Helmi Aliarit recently posted..Cara Memikat Lelaki Idaman. Khas Untuk Wanita Sahaja!My Profile

    Reply
  • Muz posted on March 14, 2015 at 4:11 pm

    seronoknya dengar kisah ibu mengandung 🙂
    Tahniah ye puan..saya doakan ibu kesihatan puan sentiasa baik & baby membesar dengan sihat serta dapat dillahirkan dengan selamat
    Muz recently posted..Sembelit Ketika Dalam Pantang Bukan Lagi Mimpi Ngeri Ibu Selepas BersalinMy Profile

    Reply
  • huda posted on March 17, 2015 at 3:27 pm

    aiisy…teringat time pregnant dulu, memang excited, bile perut makin kedepan memang tak boleh jalan laju2 sangat, tapi saye tetap jlan laju bile time balik keje sebab nak kejar tren, hoho..berjase jugak lrt ni ye..

    and mase kandungan 5 bulan pun stil naik tangga ke opis sampai tingkat 7, mengah-mengah pun sampai jugak sebab mungkin dah biasa naik tangga sebelum mengandung..

    ha memang nak elakkan kejang @ simpul biawak amik kalsium banyak2, 1000mg/day…

    cukup kalsium memang takde kejang, sakit pinggang ke sakit tulang ke sembelit memang setel alhamdulillah…
    huda recently posted..Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan MenyusuMy Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on March 19, 2015 at 11:04 am

    saya pasti inilah pengalaman yang best sekali bagi ibu-ibu yang mengandung..
    mrhanafi recently posted..Preview Bisnes Best Mobile Di SarawakMy Profile

    Reply
  • adianiez AIDA posted on March 23, 2015 at 1:07 pm

    moga semua dipermudahkan…
    kandungan sihat …
    pregnant ~ indah sgt sgt!!!
    adianiez AIDA recently posted..ANAK-ANAK SAYA PENCINTA KEYCHAIN 🙂My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge