Umum 2 event dalam 1 hari May 19, 2015

Spread the love

F1 Sepang

Saya bukanlah peminat perlumbaan motorsikal berkuasa besar, jauh sekali menyimpan angan-angan untuk memilikinya. Saya punya pasangan yang minat sangat dengan superbike ni. Saya rasa semua lelaki pun punya minat macam tu kan? Ahad minggu lepas, saya ada mendapat jemputan untuk cover satu event aiskrim di Empire Subang. Syukurla suami sudi nak temankan, bolehla angkut anak-anak sekali. Sekarang ni memang tak join sangat dah event blogger macam tahun lepas, dah sarat ni memang duduk rumah dendiamlah ;).

Panas sampai kecik matanya

Event yang minggu lepas tu bayarannya Alhamdulillah, bolehla topup nak beli breastpump baru ;), syukur. Tu yang saya gagahkan diri jua untuk menghadirinya. So selepas menghadiri event di Empire Subang, suami ajak saya pergi event beliau pulak. Saya tanya event apa tu? Katanya Malaysian Superbike Championship 2015, yang diadakan di Litar Sepang. Allah, saya bab-bab motor ni memang kurang minat, lagi satu dengan perut memboyot ni memanglah tak selera benor tekak nak ke event macam tu ngee ngee.

   

Sebenarnya saya ni malas nak berjalan sebab teringat dulu masa pergi F1 Sepang ni, saya dan anak-anak kene berjalan jauh dari tempat meletak kereta ke pameran motor tu. Aduiyai bercinta rasanya ;), tapi dah suami ajak tu pergilah jela kan, satgi dia ajak orang lain sentap pulak.

Syukurlah tempat meletak kereta pun tak jauh dari pintu masuk nak ke tempat duduk tu. Hmmm mengah juga berjalan walaupun dekat beberapa langkah je. Oklah orang pun tak ramai, dan takde bersesak pun. Memula rasa penat tadi tu dah rasa seronok pulak duk menengok keletah Adam yang khusyuk melihat motor dengan derumannya yang kuat tu. Tergeleng-geleng kepala diorang ni ;).

Pertama kali tengok perlumbaan motorsikal berkuasa besar ni. Yang ada team 250 cc, 1000cc, yang tu je saya tahu, siapa yang tunggang motor tu? Hahahaha saya memang tak ambil tahu. Nampaknya suami dan si Adam je yang minat sangat nak tengok perlumbaan tu. Dan yang saya kagum tu, wanita yang menjadi juara untuk team 250cc tu tau. Jangan pandang rendah dengan orang wanita sekarang ni, hmmm oklah, kalau rajin tengoklah sedikit selingan video di atas tu ya ;).


Spread the love

Tags : , , , , ,

6 Comments

  • mamatisya posted on May 19, 2015 at 9:01 am

    tk pernh lg pegi litar mcm ni…larat jugak la tu bole pegi event lg kn walau tk byk
    mamatisya recently posted..Sneak peek | Bloggers Poolside Bbq PartyMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on May 19, 2015 at 1:02 pm

    Huhhhh..bila lah dapat beli superbike 1000cc satu ni..nak bawa isteri jenjalan..

    Reply
  • raihanah posted on May 20, 2015 at 11:30 am

    belum pernah lagi tgk live acara camni. tp menarik jugak kan
    raihanah recently posted..Selamat Tinggal Kulit Kusam, Berminyak!My Profile

    Reply
  • Dr Fattah posted on May 21, 2015 at 2:19 am

    biar pun penat tapi pastinya seronok dengan acara yang disertai.
    Dr Fattah recently posted..Nota Separa Perubatan Mengenai Slipped DiscMy Profile

    Reply
  • ohcikgu posted on May 23, 2015 at 4:34 am

    fuhh..memang rajin berjalan nih..
    ohcikgu recently posted..Guruku Tersayang – Selamat Hari GuruMy Profile

    Reply
  • huda posted on May 27, 2015 at 2:33 pm

    saye pun tak minat gak even kereta sendiri pun banyak tak tau, sume pas kat husband huhu…
    huda recently posted..1001 Alasan Berhenti Menyusu BadanMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge