Blogging Kempen Promosi Ais Krim JWEL May 11, 2015

Spread the love

Jwel Mother’s Day Treat

Semalam saya dan keluarga ke Empire Subang bagi memeriahkan kempen promosi aiskrim Jwel di sana. Untuk pengetahuan korang, mereka sekarang ini mengadakan kempen promosi bergerak bagi memperkenalkan 5 perisa aiskrim yang sangat sedap dan nyummy, iaitu The Duke of Vanilla, The Countess of Tiramisu, The Duchess of Double Chocolate, The Earl of Caramel dan The Baron of the Dark Forest.!! Bagi yang masih tidak mengetahui tentang aiskrim Jwel ini, sebenarnya ia adalah produk keluaran dari F&N Creameries yang mana ianya telah mendapat pengesahan HALAL.

Jom sertai Kempen Jwel

 

Kami pun tak ketinggalan 🙂

Ok jika anda berpeluang ke mana-mana promosi Jwel, anda akan dapat menikmati aiskrim ini dengan PERCUMA!!! Bagaimana? Anda perlu ke booth promosi mereka, bergambar seperti di atas, dan kongsikan gambar tersebut di Facebook dan Instagram anda. Dan seterusnya pihak Jwel akan mengesahkan penyertaan anda dan anda akan menikmati aiskrim Jwel. Mudah kan? Jadi apa tunggu lagi sebab masih banyak lagi kempen promosi mereka yang akan dijalankan nanti. Jadi anda hanya perlu pergi ke destinasi berdekatan dengan anda :). Dan kepada mereka yang bertuah, berpeluang memenangi pek aiskrim Jwel yang mengandungi 5 perisa tersebut.

 

Staff Jwel sedang mengagihkan aiskrim dan bunga

 

Antara pengunjung yang bertuah

Selain itu, semalam juga mereka memeriahkan sambutan hari ibu dengan mengedarkan bunga ros dan aiskrim secara percuma kepada semua para ibu yang berkunjung ke booth mereka di Empire Subang. Dan bukan sahaja para ibu yang mendapat aiskrim ini, malahan suami dan anak-anak saya juga turut sama dapat menikmatinya. Bebudak kalau dapat aiskrim memang seronok sangatlah kan? ;). Ibunya pun rasa diraikan sangat, walaupun tahu hari-hari adalah hari ibu ;).

TQ JWEL Aiskrim
Kami dah , anda bila lagi??

Ok untuk anda semua yang ingin merasai aiskrim Jwel ini, bolehla turut serta ke kempen promosi mereka seperti yang tertera di dalam jadual di bawah ini. Jika berkesempatan pergilah memeriahkan kempen tersebut dan menggembirakan mereka yang tersayang. Emm sedap juga aiskrim Jwel ni ya, semua perisa pun saya suka ;).

1. UKM – 11 May 2015

2. Berjaya University College of Hospitality – 12 May 2015

3. UniKL – 13 May 2015

4. International Medical University (IMU) – 14 May 2015

5. Bangunan MARA – 15 May 2015

6. Menara Celcom – 18 May 2015

7. Institut Kemahiran Mara* – 19 May 2015

8. Institut Profesional Baitulmal – 20 May 2015

9. Lincoln Kelana Jaya – 21 May 2015

10. Plaza Month Kiara – 22 May 2015

11. Menara The Star, Phileo Damansara II – 25 May 2015

12. CyberMed – 26 May 2015

13. UCSI – 27 May 2015

14. Monash – 28 May 2015

15. KDU Damansara Jaya Campus – 1 June 2015

16. Ktar*- 2 June 2015

* Semua kempen di atas adalah tertakluk kepada perubahan kelak, jadi jangan lupa follow Jwel untuk informasi yang terkini.

Ok jom sama-sama like page JWEL :).

Website: www.jwel.my
Facebook: www.facebook.com/JWELMY
Instagram: @JWELmy


Spread the love

Tags : , , , , , ,

4 Comments

  • mrhanafi posted on May 11, 2015 at 2:58 pm

    first time dengar aiskrim ini..macam best je..sedap ke ?
    mrhanafi recently posted..Misi Mencari Bestmobile Brand PartnerMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on May 11, 2015 at 5:03 pm

    1st time dengar eskem brand ni ☺
    Fiza Rahman recently posted..GMBM 1st Giveway | Jom JoinMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on May 12, 2015 at 4:18 pm

    Huhhh..ingatkan ais cream betul2 sakni..haha

    Reply
  • ohcikgu posted on May 15, 2015 at 8:26 pm

    apsal askemnnya tu macam kecik aje ehh..
    ohcikgu recently posted..Cikgu, soalan ujian BM susah tak?My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge