Umum Ibadah Qurban dan Aqiqah dengan EQurban September 2, 2015

Spread the love

Saya yakin pasti ramai yang sudah merancang untuk melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah di musim perayaan korban ini nanti. Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar. 

Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun. Lagipun kita tidak akan berasa rugi melalukan ibadah ini, malahan Allah akan melipat gandakan pahala dan moga akan dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal, Insya Allah.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Untuk makluman,  eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.

Tempahan kambing atau lembu yang dibuat akan disembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha). Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.

Setiap tahun pihak EQurban akan bersama-sama menjalankan program ibadah ini dengan harga yang berpatutan. Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:

  • 1 Ekor Kambing = RM580 seekor
  • 1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
  • 1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian

KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

Pesanan atau tempahan boleh dibuat secara online di EQurban mulai SEKARANG. Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, tuan/puan boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.

Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji. Dengan program ibadah ini melalui khidmat EQurban ianya:-

  1. Mudah dah cepat
  2. Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman ini.
  3. Sijil pengesahan – Pihak eQurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat
  4. Tuntutan Agama
  5. Pihak eQurban cuba memudahkan urusan tuan/puan dalam melaksana- kan urusan ini.

Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar: ayat 1-2)

Jadi, cara-cara untuk membuat tempahan adalah seperti berikut :-

  1. Klik website EQurban
  2. Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
  3. Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
  4. Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
  5. Hantar tempahan
  6. Dan selesai

Insha Allah semoga ibadah dan niat murni kita ini diberkati Allah di samping dapat sama-sama membantu umat Islam di sana. Untuk info lebih lanjut boleh layari laman web EQurban.


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , ,

4 Comments

  • myrujukan posted on September 2, 2015 at 2:21 pm

    sekarang semakin mudah urusan qurban dan aqiqah ni
    myrujukan recently posted..Beli Cermin Mata Dan Produk Penjagaan Mata Di InternetMy Profile

    Reply
  • Nurul posted on September 2, 2015 at 5:29 pm

    Ibadah korban kan sunat muakaddah, sunat yang dituntut. Besar pahalanya
    Nurul recently posted..Kebaikan ESP yang perlu anda tahuMy Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on September 2, 2015 at 11:14 pm

    Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT
    Khairul Zamri recently posted..Kenapa Perlu Servis Aircond KeretaMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on September 5, 2015 at 12:03 pm

    Ada rezeki lebih, jangan kedekut la yer.. Hehe.. Sekarang ni senang jer nak buat qurban.. Tak payah-payah nak cari lembu dan kambing sendiri..

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge