Pengalaman sakit gigi selepas bersalin
Ini kali kedua selepas bersalin saya diduga dengan sakit gigi. Dulu masa bersalinkan anak kedua, Najiha, gigi geraham juga yang sakit. Akhir sekali saya ambil keputusan cabut je gigi tu abis cerita.
Itu tahun 2007 punya cerita. Tahun 2015 ni, selepas bersalinkan Dzar 2 bulan lebih, nah datang lagi ujian sakit gigi. Nampaknya kalsium menjauhkan dirinya dari saya, eh sepatutnya saya yang cari kalsium kan? Ngeeee
Tau ajelah denyutan sakit gigi tu kan. Nyut nyut berdenyut-denyut. Datang pula masa nak tidur, mau berair mata tahan sakit.
Saya dah tampal gigi ni pada 30/9/2015 yang lepas, dan beberapa hari lepas tu, sakitnya datang lagi. Mungkin tampalan sebelum ni dah lama dan ada infection pada gusi, jadi tu yang tampal sekali lagi pun dah tak boleh nak diselamatkan lagi.
Pilihan antara dua, nak cabut atau nak buat rawatan akar (root canal)? Cabut mungkin kosnya RM100++ tapi kalau root canal anggaran dalam RM600. Mak aih!!
Tapi yang bestnya majikan syarikat saya bekerja ni beri elaun pergigian untuk limit RM500 setahun. Setakat hari ni saya dah guna RM150. Jadi ada baki RM350 untuk digunakan. Syukurla kiranya kos gigi tu dapatla ditampung guna duit elaun gigi tu.
Saya bukan boleh stress ni, nanti effect pada penyusuan baby pula, tu yang taknak tu. Saya ambil keputusan pergi aje klinik berdekatan dengan rumah. Minta pendapat doktor.
Saya redha doktor, buatla apa yang patut. Dahla bulan 10 ni giliran saya dapat duit kutu. Biasa memang macam tu, asal dapat duit je mesti ada jela benda lain jadi kan. Aiyoo!!
Sakit gigi rasa nak marah orang je, lepas tu makan pun tak lalu. Bolehla kurus macam ni tapi sapa boleh tahan sakit gigi hoii hoii!! Asal makan je mesti sakit terkena pada gigi tu, biasa makan guna gigi belah kanan, la ni tukar kunyah makanan belah kiri plak.
Klinik Dsr Smile Subang Bestari
Melangkah ke dalam klinik Dsr Smile, sebelum ni saya dapat rawatan dengan Dr Intan, tapi hari ni kita jumpe owner klinik ni Dr Shah. Alahai segannya nak nganga depan doctor lelaki, pecah rahsia gigi kita tampal sana sini macam jalan berlubang langgar dek lori. Dah sakit serah gigi ajelah kan, nak patah balik memang takla.
Dr Shah cek dan nampaknya gigi geraham atas nun hujung di belakang tu memang kene cabut, tak boleh nak selamatkan lagi. Kalau buat root canal pun dr shah tak jamin ia akan baik sediakala.
CABUT??? Waaa besarnya jarum bius tu!!! camne nak masuk dalam mulut, gigi hujung plak tu. Dr shah bagi saya fikir, dan akhir sekali saya setuju nak cabut. Yang best, doktor dan staff kat sini very friendly dan efisyen. Segala servis dan nasihat semuanya terbaik dan memuaskan hati.
Suntikan bius dan cabut
So biuslah, dalam masa 10-15 minit kebas mula terasa. Tadi sempatla borak ngan Dr bila dia mula start buka klinik, patient ramai ke tak, collection ok tak? Hahaha sibuk jaga tepi kain orang ek, kekekek.
Bila dah kebas, Dr try cucuk tapi tak terasa sakit. Dan datangla segala jenis peralatan cabut gigi tu. Wahhhh dalam hati saya, bertenang aju! bertenang!!!!
Jangan lari!! Jangan lari!! Dr kata kejap ye kejap, saya tau mesti Dr nampak saya pucar giler, muka nak nangis sume kan, tapi Dr tu cool je, kalau dia cuak sama tak taulah apa jadi kan hahaha.
Tak sampai 10 minit, pap!!!! dah berjaya cabut gigi yang sakit tu. Saya siap pegang tangan nurse ala-ala macam nak bersalin pulak, tapi nurse pun baik pegang tangan saya, alahai terharu, hilang semua nervous tu.
Caj bayaran cabut gigi geraham
Dan caj untuk cabutan gigi geraham tu adalah RM100 sahaja. Simpan resit dan bolehla claim ;). Dan saya dapat MC hari Selasa tu, 1 hari je dan Rabu cuti Maal Hijrah.
Hari ni masih rasa sengal-sengal lagi dan gusi tu masah ada rasa darahnya lagi, janganlah jadi drakula ;). Macam biasa kerja saya ni banyak jumpa client dan bercakap je, huhuhu sengalnya gusi ;). Alhamdulillah selesai kes sakit gigi dan kene rajin gosok gigi dan floss gigi setiap kali pas makan and nak solat.
TQ kat suami sebab dalam masa lepas cabut gigi tu pi cari bubur kat KFC, baru tau KFC tak jual bubur :), last-last pi kedai makan dan tapau bubur nasi untuk saya. Tolong jaga baby lepas saya susukan baby sampai baby tidur. Sebab 3 jam lepas cabut tu, bius pun hilang, mak aihh!! dia punya berdenyut Allah saja yang tahu.
Saya tahan sampai betul-betul berair mata baru makan ubat tahan sakit. Sebenarnya nak jaga kualiti susu badan saya, sebab tu taknak makan pain killer. Tapi doctor dah bagitau pain killer yang dia bagi saya tu yang sesuai dosnya untuk ibu yang breastfeed. TQ suami, baru tahu sayang rupanya dia kat bini dia yea…
(984)
Auchhhh…kalau sakit bersalin tu memang nombor satu. Tapi sakit gigi ni boleh jatuh nombor 2 sakitnya. Pernah rasa masa lepas bersalin anak ketiga. Hazab tak hingat. Nak jumpa dentist penakut.
Fiza Rahman recently posted..Dilema Rakyat Merhaen | Tol Oh! Tol!!!!
Alahaiiii, inilah benda paling menakutkan akak setakat ni Aju …. 😐
Dja recently posted..Cek Nuffnang Dah Sampai
sakit gigi memang menyiksakan..saya bernasib baik kerana dah dewasa ini jarang sakit gigi
mrhanafi recently posted..Pengalaman House Husband Sepenuh Masa
adui. aida boleh byg kan.
aida da pernah cabut gigi geraham bongsu 🙁
adianiez AIDA recently posted..WORDLES WEDNESDAY ~ PEKELILING FORMAT TERBARU UPSR 2016
Kalau sudah sakit gigi memang tidak jadi kerja. Klinik gigi kerajaan diberhampiran rumah tidak ramai pesakit dan kos cabut gigi baru sahaja RM2. 🙂
akubiomed recently posted..Resepi roti pizza yang mudah dan sedap untuk dicuba
Sakit gigi ni memang rasa nak marah je kan Aju…
Noriza Rahman recently posted..Cara Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi
Seramnya…
bada recently posted..oregano dlm masakan
sakit gigi memang menyakitkan tetapi sakit bersalin itu lagi menyeramkan walaupun saya lelaki…he..he..
mrhanafi recently posted..Kisah Benar Si Peminum Codi Cafe
Memang rasa nak makan orang aje bila sakit gigi datang menyerang..hehe
Hafizul recently posted..Buat Duit USD Dengan Nichify
sakit gigi memang boleh jadi monster kak, mak saye slalu cakap sakit lepas sakit beranak is sakit gigi…
saye so far alhamdulillah tok beso sakit gigi…
emm entah2 akak lack of calcium tak, orang pompuan mengandung, menyusu memang banyak guna kalsium huhu…(teka je)
huda recently posted..Daftar Ahli Shaklee Dan Jimat RM94