Umum Hobi baru – Bunga Ros Jepun October 22, 2015

Spread the love

Lepas pantang hari tu saya memang boleh dikatakan banyak masa terluang. Mak jaga saya sampai hari yang ke 50 plus plus heheh lupa pulak hari ke berapa. Seronok kalau mak jaga kita kan, makan dan pakai sume teratur dengan baiknya.

2 bulan jugakla mak duk ngan saya, dan semestinya selepas mak balik, rindu teramat rindulah kat mak. Mak saya tidur kat bilik bawah, asal lalu depan bilik je mesti terbayang mak kat situ, huhu rinduu..

Rumah saya ni dekat benor dengan tempat nurseri jual bunga-bunga kat Sungai Buloh tu. Mak saya pulak teringin nak beli pokok hiasan untuk ditanam di rumah kami kat Pahang. Jadi memang kami bawa mak ke sana sambil cuci-cuci mata.

Saya lupa nak snap pokok kegemaran mak tu, nama dia pun saya tak tau. Memang seronokla mak bila dapat pokok idamannya tu, dan dah selamat pun ditanam di rumah Pahang masa balik bercuti Raya Hari Haji hari tu.

Masa awal-awal tanam
Anak-anak angkat saya 😉

Sambil beli pokok mak tu, mata saya terpandangkan pokok bunga ros jepun. Cantiknya bila bunga-bunga dia berkembang!!

Macam-macam warna ada, daun pun ada yang ala-ala batik coraknya. Wahh terus minat nak tanam kat rumahlah. Saya beli 3 warna je, pink, oren dan light pink. Harga dia RM5 untuk sebekas tu.

Sampai je rumah, petang tu terus saya kerjakan dia, masa ni saya dah lepas pantang ya hahaha. Saya tanam 7/9/2015. Mudah je nak tanam ni Jemah oii, pejam mata pun bolehla. Korek tanah, cucuk, korek cucuk, korek cucuk dan ulang-ulang sampai ko puas hati hahaha. Lepas tu siram sikit dan jangan lupa letak baja.

Moga membesar dengan sihatnya

Dan ini adalah gambar pada 4/10/2015, wah canteknya dia, segar sangat nampak. Tapi yang warna oren dan light pink tu tak berkembang pulak. Mungkin tengah berputik lagi bunganya.

Eii geram tengok, nanti nak singgah lagi nurseri tu dan beli warna lain pulak. Ada tu jenis ropol-ropol, satu bunga 2 warna, hoii tak sabar nak gi nurseri :).

Terapi mata dan minda

Sebab apa saya tanam kat sini tau, sebab kat luar ni ada buaian, sambil duduk kat buai ni, boleh nikmati pemandangan bunga ros jepun saya ni. Kira macam mini garden la kan. Nanti saya nak beli pasu, tanam bunga ros jepun dalam tu, letak kat ruang kosong depan tu pulak.

Bunga ni tak mahal, senang nak tanam dan jaga, dan yang penting kene baja juga tau. Insha Allah subur dan berbunga lebatla hendaknya kan.

Tengok dia saya happy
ros jepun daun batik

Saya pun join group Bunga Ros Jepun ni di Facebook, dan tak sangka diorang yang dah banyak giler koleksi RJ ni, siap boleh jual dan hantar pos lagi. Wahh ini yang dikata minat dan boleh menjana pendapatan sampingan. Tak sangka bunga pun boleh pos ek, tabik spring la kat depa ni.

Terapi minda
Kembang setaman
Si oren yang belum kembang
Alolo

Minat macam ni pun boleh jadi terapi minda kan. Yelah kalau stress, tension, tengok bunga-bunga ni terus damai sikit hati ni. Korang takyahla tau apa yang saya stress kan tu huhuhu.

Suka tengok depa tu berbunga, nak pergi kerja, balik kerja mesti jenguk, tapi waktu tu diorang tak kembang dan kuncup lagi sebab biasanya diorang akan kembang waktu pagi pukul 10 ke atas macam tu. Jadi hujung minggu adalah waktu membelek depa-depa ni, bila dah siap masak dan mandikan dan susukan Dzar, sidai kain dan lepas tu terus lepak kat sini sambil nyanyi lagu Sepohon Kayu 😉 hihi.

Kecik aje taman kita
Segar Nampak kan

Ok misi seterusnya mencari lagi spesies bunga ros jepun dengan warna dan ropol kelopak yang berlainan dari yang sedia ada ni ;).


Spread the love

Tags : , , , , , ,

13 Comments

  • Hafizul posted on October 22, 2015 at 10:50 am

    Huhu..cantik..kena cari lagi biar colorful gitu..barulah syok lepak dengan cik abang kat luar rumah..hehe..romantis gitu…

    Reply
  • akubiomed posted on October 22, 2015 at 11:19 pm

    Ros Jepun ini senang nak jaga. Jaga air dan bunga biasanya akan mekar diwaktu pagi.
    akubiomed recently posted..Resepi roti pizza yang mudah dan sedap untuk dicubaMy Profile

    Reply
  • huda posted on October 23, 2015 at 2:03 am

    memang best kak tanam pokok ni, ayah saye, famili mak no 1, akak saye belah sana memang penggemar pokok bunga sejati, sejuk je tangan diorang tanam pokok, akak saye siap buat biz lagi dengan si ros jepun ni…
    huda recently posted..Daftar Ahli Shaklee Dan Jimat RM94My Profile

    Reply
  • rohana posted on October 23, 2015 at 9:18 am

    cantik taman rumah jun. bila la nak sampai sana.

    Reply
  • suri posted on October 23, 2015 at 5:05 pm

    saya dah lama tanam skrg nak tanam balik malas pula aju 5 ke 6 tahun lepas ada bloger minta keratan batangnya kala pink puitih merah ungu sapa blogger tu dah lupa..

    nak jaga mudah jer heee,,biji kalau dapat lagi bagus jimat puas hti heee..

    selamat menanam sis aju..

    Reply
  • suri posted on October 23, 2015 at 5:26 pm

    kembangsetaman tuh heee

    Reply
  • nafisa81 posted on October 23, 2015 at 9:18 pm

    Gambarnya tak keluar..huhuhu….

    Reply
  • mrhanafi posted on October 24, 2015 at 1:28 am

    hobi ini boleh dikomersialkan lebih jauh lagi..tu.
    mrhanafi recently posted..Cerita Bajet 2016 Hangat Di PasaranMy Profile

    Reply
  • Ikhwan posted on October 25, 2015 at 12:53 pm

    rasa tenang tengok bunga, fikiran kusut jadi lapang…
    Ikhwan recently posted..Download Nota Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
  • Nazlin Myblouseshop posted on October 26, 2015 at 9:20 am

    sama la sekarang ni tengah menggila bela rj. dolu2 dalam 7 tahun lepas pon penah bela bunga ni. tp sekarang lebih banyak pilihan. macam2 warna baru ada. yang batik la, yang jambul la. memang rambang bijik mata nak pilih.
    Nazlin Myblouseshop recently posted..Blouse Muslimah LantanaMy Profile

    Reply
  • Dja posted on October 29, 2015 at 8:26 pm

    Suka juga dengan bunga-bunga ni tapi tukang beli, tukang tanam & tukang jaga tentulah tidak lain tidak bukan, suami ku jua. Bukan minat akak Aju oii ?

    Reply
  • ade sutisna posted on November 7, 2015 at 2:23 pm

    berapa lama sampai tumbuh indah seperti itu ?
    ade sutisna recently posted..Harga Sony Xperia C3 Android Kamera Selife TerbaikMy Profile

    Reply
  • NORIZA ABDUL RAHMAN posted on November 16, 2017 at 2:54 pm

    Cantiknya bunga ros jepun ni
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted..Banyaknya Jimat! Diskaun 20% GLA COMPLEX dan Vita-E ComplexMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge