Uncategorized Pembukaan tahun 2016 January 4, 2016

Spread the love

Deretan ubat dzar

Dzar chicken pox
Memula ceritanya, Dzar demam. Memang kuatla panasnya tu. Pada saya baby bawah umur setahun memang tak diberi ubat demam kan? Jadi memang saya tak ke klinik, hanya basahkan badan dan kepala Dzar. Setiap jam pun macam tu, so lencun sokmo si Dzar ni. Memalam memang merengek, demam kan, kita yang tua ni pun sakit-sakit badan, apatah lagi bayi.

Bila demamnya dah kebah, iaitu hari ke 2. Dzar masih merengek. Menangis dan meraung tak tentu hala. Ish kene gangguan ke anak aku ni kan? Suami dah pasang Surah Albaqarah malam tu. Pujuk pelbagai kaedah dan cara sampai nak marah pun ada ;). Lagi satu mengamuknya tu sampai takmo minum susu. 

Selalu kalau saya sua susu terus Dzar minum tapi kali ni menolak pulak. Bukan boleh tengok baby mengamuk macam tu, maknya pulak rasa nak nangis, kesian Dzar. Akhir sekali, saya pujuk dan dodoi sampai masuk bilik tidur belakang kat area dapur rumah ni. Kat situ baringkan terus dia diam dan senyum, aduiii lagi ibu sangsi Dzar ni nampak ‘sesuatu’ kah? Nauzubillah.

krim malam
 Situasi tu berlarutan 2 hari. Asal celik mata mesti nak nangis aje. biasa celik mata mesti senyum, nak gurau semua. Saya pikir Dzar ni dah berubah pe’el ke lepas demam ni? Tak ceria dah anak manja saya ni. Ajak gurau pun nak nangis aje. Dan paling surprise Dzar takmo susu badan, dia nak botol so saya kene perahla setiap kali nak nyusu. Itupun sikit je minumnya.

Saya check setiap inci badannya kot-kot semut gigit, dalam mulut takde benda pun. Last sekali suami ajak gi klinik. So menderulah kami semua ke klinik berdekatan. Ingatkan 1/1/2016 klinik tutup, syukurla ada klinik yang beroperasi. Dapat pulak doktor perempuan muda yang cun, bukan si Dzar aje yang terpegun dan diam aje tengok doktor tu, rupanya bapaknya pun sama. Mentang-mentanglah doktor tu cun, baik aje ko ye Dzar ;). Doktor tu siap offer mehla duduk ngan doktor, eh suka ya??? cubit apak dia kang, eh??? hahahah.

 

badan dzar
  
dah mula kuar bintik merah
  
banyak kan
  
kecik2 dah pandai selfie
 Doktor tu buka baju, eh time tu nampak pulak bintik-bintik merah di perut dan belakang badan Dzar. Lohai ibu pun baru nampak, sebelum ni memang kemerahan je kat situ. Doktor suspek demam campak. Bila check tekak baby, doktor nampak pulak ada ulser putih tu. Sahla CHICKEN POX!!! patutla anak ibu takmo minum, mengamuk nak minum susu, rupanya sakit mulut ya. Haduuiii time tu memang lega hati ni, hilang semua pertanyaan sebelum ni.

Balik rumah suami terus ambik ubat air tu dan sapu kat badan Dzar. Saya tak bagi pun ubat demam dan selsema tu sebab Dzar ok je, kira ubat tu untuk standby aje. Ubat air tu pakai siang, malam pulak ada krim malam. Eh dah macam produk kecantikan pulak, krim siang malam ;).

Dan Alhamdulillah hari ini Dzar dah baik dan tidak merengek macam aritu lagi. Dah sihat dan paling penting dah menyusu dengan saya macam biasa. Ya allah seronoknya saya. 

 

Adam dalam kelas
  
seronok dengan kawannya
  
Ceria anak ibu

Alhamdulillah hari ini hari pertama Adam di sekolah barunya. Kalau masa umur 5 tahun lepas Adam belajar di Tadika Little Caliph, kali ini saya hantar ke sekolah baru sekali dengan kakak-kakaknya. Ada sebab mengapa saya tukarkan sekolahnya. Biarlah rahsia saya pun taknak burukkan sekolah tu. Yang penting Adam dengan kawan-kawan baru dan suasana yang baru dan semoga ianya memberi lebih semangat buat anak ibu.

Gambar si kakak-kakak cantik tiada sebab ibu tahu korang dah boleh sesuaikan diri dalam kelas memasing kan. Maafkan ibu sebab ibu dengan Dzar, biasalah adik merengek kalau lama sangat ke hulu ke hilir. Tahun ini, Najiha sekolah kafa sesi pagi dan sekolah kebangsaan sesi petang. Berlawanan dengan kakaknya Alia Najwa. So korang dah tak jumpa macam selalulah kan. Mesti rinduuu hahahah (padahal nak berkelahi aje kerjanya kalau berjumpa tu).


Spread the love

Tags : , , ,

1 Comment

  • Fiza Rahman posted on January 11, 2016 at 3:14 pm

    Siannya dzar kena chicken pox.
    Fiza Rahman recently posted..Pitam Mak Nak!!!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge