Umum 3 Sebab Beg Bonia Masih Bertahan February 11, 2016

Spread the love

Kalau ditanya apakah jenama beg yang paling terkenal dikalangan generasi terdahulu, pasti ramai yang berpendapat bahawa Bonia adalah jenama yang paling terkenal dan digemari ramai. Jenama antarabangsa yang cukup lama bertahan dalam pasaran ini juga telah menambat ramai penggemar fesyen di Malaysia khususnya golongan yang telah berusia. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda pasti boleh menemui butik cawangan Bonia di mana-mana pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Walaupun harga seutas beg Bonia ini boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah individu, namun penggemar beg tangan Bonia mempunyai 3 sebab utama mengapa mereka tetap setia bersama jenama hebat ini.

 Kualiti – Bagi mereka yang mempunyai pengalaman membeli dan memiliki koleksi beg tangan Bonia, pastinya cukup arif dengan kualiti beg tangan yang dikeluarkan oleh jenama ini. Kesemua koleksi beg tangan Bonia adalah diperbuat daripada material-material yang original dan berkualiti tinggi sahaja. Walaupun dijual dengan harga yang agak mahal, namun Bonia sentiasa menjanjikan koleksi beg tangan yang benar-benar berkualiti dan tahan digunakan untuk jangka waktu yang panjang.

  
Faktor kedua adalah kepelbagaian rekaan beg yang ditawarkan oleh Bonia. Bonia menawarkan aneka jenis dan rekaan beg yang praktikal dan versatile kepada para pembeli. Anda boleh memiliki koleksi tote bag, sling bag, shoulder bag, purses dan banyak lagi di bawah satu jenama yang mana ianya sangat sesuai untuk dipakai dalam apa jua majlis keraian mahupun ke pejabat dan aktiviti santai.

Dan sebab ketiga adalah koleksi beg Bonia yang sememangnya eksklusif. Terkenal dengan gaya mewah dan tersendiri, Bonia amat menjaga ciri-ciri eksklusif yang telah ditekankan sejak mula-mula lagi diperkenalkan ke dalam pasaran.


Untuk dapatkan beg bonia ini anda boleh terus lawati laman web Zalora yang menjanjikan kualiti terbaik dengan warna terkini dan rekaan yang eksklusif. Memang tidak akan menyesal membelinya kerana ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Senang kata, harganya memang setanding dengan material yang digunakan dan ianya menjanjikan kepuasan kepada si pemakainya. Alah membeli menang memakai :).


Spread the love

Tags : , , , , , , , ,

6 Comments

  • Raihanah Ahmad posted on February 11, 2016 at 10:28 am

    betul tu, memang dulu2 bonia terkenal di kalangan penggemarnya. lepas tu bila demam shopping online, ramai beli handbag terus daripada luar negara.
    Raihanah Ahmad recently posted..Rawatan Alternatif Bell PalsyMy Profile

    Reply
  • titan posted on February 12, 2016 at 4:36 am

    orang perempuan memang suka eh beg bonia?
    titan recently posted..88 Program Affiliate yang sesuai untuk BLOGGER Malaysia – Edisi 2016My Profile

    Reply
  • permohonan upu posted on February 13, 2016 at 1:12 am

    beli yang original.biarpun mahal tapi puas hati dan tahan lama.
    permohonan upu recently posted..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017My Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on February 14, 2016 at 8:12 pm

    Bonia ni ada tak dompet untuk lelaki jugak? Kualiti mesti puas hati
    Khairul Zamri recently posted..Bidara Syifa Penawar SihirMy Profile

    Reply
    • Azwan posted on October 24, 2016 at 11:29 am

      Rasanya ada Bonia for men. Tapi rare la. Designnya pun kurang ‘men’ la pada saya.

      Reply
  • cik tom posted on February 17, 2016 at 6:06 pm

    cantik2nya handbag bonia..berkenan pulak tengok..emak ciktom pun 2 bulan lepas dapat hadiah beg bonia dari abang..
    cik tom recently posted..Alhamdulillah Sempat Jugak Cash Out Earning NuffnangMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge