Parenting ‘Spare part’ pam susu Spectra M1 February 17, 2016

Spread the love

A’ah baby Dzar masih menyusu badan secara eksklusif. Alhamdulillah murah rezeki si kecik ni, dan syukur juga sebab saya diberikan peluang untuk menyusukan Dzar. Tq Allah. Doa, Usaha dan tawakal, inilah the 3 main things yang saya pegang. Kalau nak sesuatu misi tu berjaya, kita mesti kene rajin cari petua dan cara untuk menjayakannya. Cuba cari dan usaha, doa semoga ianya berjaya dan tawakal dengan segala usaha kita tu. Insha Allah berjaya!!! Chaiyokkk!!

Seronok sebenarnya bila difikirkan. Sesungguhnya kerja-kerja mengepam susu ni memang memerlukan komitmen penuh dari ibu tu sendiri. Kalau di pejabat, luangkan masa untuk mengepam, mau 2 kali jugalah saya mengepam waktu di ofis, syukurla dapat bos yang memahami, dan saya sangat-sangat hargai ;).

Dah sampai rumah, simpan susu dalam fridge. Basuh semua kelengkapan menyusu dari botol sehinggalah ke corong pam tu. Komitmen tu tau!!! Walau rasa renyah, tapi bila kita seronok dan ikhlas hati melakukannya, memang semua tu celah gigi aje ibaratnya. Lepas tu, kene banyak minum air, ulang alik pergi toilet, komitmen juga tu ;). Takpe selain nak banyakkan susu, ia juga menyihatkan. Fikir positif aje, lagi satu paling best menyusu badan JIMAT DUIT hahahahah. Susu sekarang mahal giler kot kan, oklah save bajet mak ko hijau ni. Nak lagi positif, menyusu badan boleh cepat kurus!!! Hihihi. Waktu mengandung aritu max berat saya 75 kg dan terkini berat saya 65 kg dan berat impian 60 kg, 5 kg more to lose!!!!!

Selepas 6 bulan mengepam dengan Spectra M1, nampaknya getah atau valve putih di corong pam ni dah mula longgar. Bila masukkan kat corong tu, terus melurut aje dia jatuh dalam botol. Masukkan lagi, melurut lagi. Eiii stress jap, dari boleh mengepam secara berduet terpaksalah solo pulak, faham ke? Yang faham tu ok ;).

So weekend aritu ajak hubby gi cari Valve Spectra ni kat kedai baby area Shah Alam. Pergi Tateh, Fabulous Mom SEMUA HABIS!! Aiyooo!!! Stress lagik, pompuan memang cepat dan senang stress, mana tak kedut mukanya haha (2 ha di situ ;)) last-last pegi Qbaby Shoppe kat seksyen 7 tu jugak, Alhamdulillah ada tapi seketul jek, ingat nak beli 2 ketul untuk spare, tapi takdo! Takpelah janji ada satu pun dah syukur dah tu.

 

picture dari Google

Susah juga nak cari spare part valve ni ya. Saya cuba cari kat kedai online. Hmmm nampaknya di Pump on the go ada jual valve ni. Saja nak pergi kedai sebab boleh beli menda lain sama kan 😉 kakaka. Pergi kedai cari valve, valve HABISSSS!!!! Pantun 2 kerat ;).

Kalau korang nak beli online, boleh ke pump on the go juga, diorang jual satu tu rm14 tak termasuk kos pos. Oklah tu jimat duit minyak dan parking. Bila dah dapat valve, kerja mengepam menjadi menyeronokkan sebab stress dah hilang :). Kalau nak tahu tentang review pam spectra M1 yang saya guna ni, bolehla baca entri sebelum ini ya.


Spread the love

Tags : , , , , ,

7 Comments

  • ema posted on February 17, 2016 at 5:17 pm

    seronok rasanya bila dapat bagi susu badan pada anak kan…ema sekarang campur dah…
    ema recently posted..Pantai Senok Kelantan Vs Pulau Nami KoreaMy Profile

    Reply
  • titan posted on February 18, 2016 at 5:54 am

    ohh..

    dah start mengepam dah ye rupanya.

    mesti seronok kan.
    titan recently posted..Boleh KAYA ke dengan Affiliate?My Profile

    Reply
  • raihanah posted on February 18, 2016 at 3:36 pm

    alhamdulillah baby saya dah setahun pun masih exclusive bf.
    raihanah recently posted..Testimoni Vitalea For Children Bantu PembelajaranMy Profile

    Reply
  • permohonan upu posted on February 22, 2016 at 4:38 pm

    bagi bayi susu ibu..sebab itu adalah makanan terbaik buat mereka.
    permohonan upu recently posted..Permohonan UPU 2016 OnlineMy Profile

    Reply
  • cik tom posted on February 24, 2016 at 2:51 am

    alhamdulillah ibu mithali ni sis..kalau anak besar nanti baca entri ni confirm terharu..
    adik ciktom pun aritu rekemen beli kat pumponthego kat akak ipar…
    cik tom recently posted..Senarai Penginapan di Marang, TerengganuMy Profile

    Reply
  • Noriza Rahman posted on February 25, 2016 at 6:49 pm

    bestnya fully breastfeeding untuk baby Dzar kan? Teruskan usaha sehingga dia cukup umur ya
    Noriza Rahman recently posted..Pernah Dengar Penapis Buah Pinggang Bocor?My Profile

    Reply
  • oyong ilham posted on March 2, 2016 at 11:03 pm

    Seronoknya bagi ibu2 yang lafi menyusui .. Mampir ke blog saya mbak…
    oyong ilham recently posted..Masya Allah …Di Suriah Harga Beras Mencapai 3,5 Juta/Kg –My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge