Umum Ikan tongkol masak lemak cili api June 23, 2016

Spread the love

Maaf kalau entri ni buat ailio korang merembes dan menjejeh membasahi baju dan tudung. Maaf kita tak niat nak buat macam tu bulan-bulan puasa ni, just nak share resepi yang saya rasa paling sedap pernah saya masak abad ini. Abad lain belum tentu sesedap ni, jadi tanpa berlengah lagi marilah saya kongsikan resepi memasaknya. Ya, dah sedia?

resepi ikan tongkol masak lemak cili api

Bahan Rebus

Ikan tongkol
Bawang putih – Hiriskan
3 keping asam keping
Lengkuas – Hiriskan
Serai – Ketukkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Kemudian bahan di atas korang masukkan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan tongkol empuk. Air rebusan tu pulak jangan dibuang, sila asingkan dan buang segala bahan tadi tu. Hanya ambil ikan dan air rebusan semata-mata.

Bahan Kuah Kuning
Ikan tongkol yang dah di rebus
Air Rebusan Ikan Tongkol
Santan pekat
2 keping Asam keping
Timun
Kacang panjang
Tomato

Bahan Kisar
Bawang merah
Cili Api
Halia
Kunyit

Ok bab ni senang kerja korang, ambil periuk, masukkan bahan kisar, air rebusan, santan, asam keeping, kacang panjang, timun dan kacau sehingga ianya mendidih. Jaga elok-elok supaya santan tidak berketul-ketul ya. Kemudian masukkan ikan, tomato dan garam secukup rasa. Dan siap!!! Tara!!!

Sedap baunya

Kalau tengok bahan, pastinya korang rasa macam banyak step nak kene buat kan tapi alahai bila dah buat tu senang sangat tau. Mudah dan sedap rasanya. Saya pertama kali masak ikan tongkol masak lemak cili api ni, sebelum ni asik buat masak kicap atau sambal je.

Rasanya masam-masam pedas sangat membuka selera untuk berbuka dan bersahur, tu pasal saya tambah tomato, lagi sedap bak ang!!!!. Dan Alhamdulillah suami dan anak-anak sukakan masakan ibu. Fuhhh seronok kita!!

Petola masak air
Pasta la kita

TQ sebab buat ibu happy, walau penat tapi ibu puas bila dapat pujian mcam tu. Sayur petola dan pasta tu adalah hidangan sampingan untuk hidangan berbuka kami sekeluarga. Memang memasak itu memenatkan, tapi demi kepuasan dan kebahagiaan suami dan anak-anak, penat tu dah hilang entah kemana, ece ce cehhhh…hahahahha


Spread the love

Tags : , , , , ,

9 Comments

  • mamatisya posted on June 23, 2016 at 11:57 am

    bln puasa ni bila masa rs best sbb permintaan anak yg berpuasa..walaupun penat , kita sbg ibu mesti nk juga masak lauk bila die request kn
    mamatisya recently posted..Nasi Kerabu + Ayam Percik Klate & Akok Kerdut 🙂My Profile

    Reply
  • Anuar posted on June 24, 2016 at 10:48 am

    Rajin sis masak pada bulan Ramadhan kali ni… Tapi, bagi saya eloklah masak sendiri dekat rumah… Kalau nak beli dekat Bazar Ramadhan pun, kadang tu tak sedap… Betul tak? Masak sendiri lagi puas hati..
    Anuar recently posted..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay MalaysiaMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on June 24, 2016 at 2:07 pm

    Sedapnya. Selalu makan ikan tongkol yg masak kari. Gulai pon sodap yer. Blh try nih.
    Fiza Rahman recently posted..Pneumonia | Doakan Iman Harraz cepat SembuhMy Profile

    Reply
  • Bahrain posted on June 25, 2016 at 1:27 am

    aduh, sedapnya lama tak makan ikan tongkol.

    Reply
  • Bisnes Online posted on June 25, 2016 at 11:28 am

    Wahh saya suka masakan ikan tongkol tuh sebab itu memang kegemaran saya
    Bisnes Online recently posted..Penyedia Payment Gateway Terbaru MalaysiaMy Profile

    Reply
  • bella salsa posted on June 26, 2016 at 10:07 am

    sedap nye mesti enak tu heeee pas juga untuk di bulan puasa ini.
    bella salsa recently posted..Cara Memakai Hijab Modern Terbaru Untuk RemajaMy Profile

    Reply
  • Noriza Rahman posted on June 27, 2016 at 3:58 pm

    Baru je lepas masak ketam cili padi,sedap boleh masakkan untuk family kan
    Noriza Rahman recently posted..Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul QadarMy Profile

    Reply
  • imnajmi posted on July 11, 2016 at 2:37 pm

    mak aihh kecur air liur melihatkannya.. Salam Aidilfitri! maaf Zahir dan Batin
    imnajmi recently posted..Komik #13 : Raya MatrixMy Profile

    Reply
  • Suriaamanda posted on July 18, 2016 at 6:11 pm

    SA tak pernah makan ikan tongkol ni..x tau apa rasanya
    Suriaamanda recently posted..Be Strong Mak..My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge